Keputusan contest terakhir untuk tahun 2010

Rezeki
03/01/2011 | 92 komen »

Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seramai 9 orang peserta contest yang aku anjurkan tahun lepas yang berakhir pada 11.59 pm 31 Disember 2010. Walaupun penyertaan yang sedikit tetapi pelbagai jawapan dan komen yang aku terima.

Ada juga yang sanggup buat entry khas untuk contest ini walaupun aku hanya nak jawapan di ruangan komen tetapi aku tetap menerima penyertaan tersebut. Harap jangan ada bantahan selepas ini. Ini adalah senarai peserta contest yang aku anjurkan pada kali ini.

1. Iza

2. Anwar Osman

3. Akubiomed

4. Madlut

5. Eiela

6. Tehr

7. Bro Joe sangilapi

8. Ejon

9. Lee

Terima kasih sekali lagi kepada semua 9 orang yang telah menyertai pertandingan yang aku anjurkan itu, walaupun bilangannya yang sedikit tapi aku tetap menghargai kamu semua kerana menyokong apa yang telah aku anjurkan.

Kualiti lebih baik dari kuantiti

Baiklah sebelum aku umumkan keputusan pertandingan ini aku nak bercerita tentang kisah sebenar disebalik gambar yang aku letak dalam contest terakhir untuk tahun 2010.

Cerita untuk gambar di atas ialah, pada satu malam ketika hendak tidur aku buka suis lampu tidur di dalam bilik tetapi ianya tidak menyala. Mula-mula aku check dulu suis tapi semuanya ok.

Memandangkan dah lewat untuk tidur jadi aku pun tidur dalam keadaan gelap dan niat di hati esoknya nak check apa masalah sebenar lampu tersebut.

Tunggu sehingga hujung minggu, paginya aku check lampu tidur tersebut dan aku buka mentolnya untuk melihat apakah yang terjadi dan memang benar sangkaan aku lampu tidur tersebut telah terbakar. Jadi aku cabut mentol tersebut dan letakkan di atas simen di ruang tamu dan aku snap gambar menggunakan  smartphone HTC Desire Z.

Tujuan aku snap gambar tersebut adalah kerana kami merancang untuk pergi shopping di Tesco Puchong dan gambar tu akan menjadi rujukan untuk aku memilih mentol yang betul apabila aku nak membelinya.

Akhirnya aku berjaya membeli mentol untuk lampu bilik tidur aku dengan mentol yang betul dan kini bilik tidur aku kembali bersinar dengan mentol yang baru. Sekian

Cerita di atas ialah kisah disebalik gambar tersebut jadi kita lihat pula siapakah yang menjawabnya dengan betul, jeng jeng jeng.

Setelah aku baca semua jawapan yang diberikan oleh kesemua peserta tiada seorangpun yang menjawab dengan tepat, hehe ( kalau tepat dah boleh jadi ahli nujum la). Tetapi terdapat beberapa peserta yang menjawabnya hampir kepada cerita yang sebenar dan aku telah memilih 3 orang yang dapat memberikan jawapan yang terbaik. Keputusannya ialah :

Tempat pertama :

Lee (http://www.fazdli.com/)

pemenang contest 2010 blog mijiePilihan ini telah dibuat bersama isteri aku dan jawapan saudara lee adalah yang paling hampir kami rasakan dengan jawapan yang ringkas dan padat. Seperti yang aku tandakan dengan warna merah, antara jawapan yang hampir dengan cerita aku di atas.

Tempat kedua

Madlut (www.madlut.com)

tempat kedua contest 2010 blog mijieYang ni adalah kerana sama dengan apa yang aku lalui iaitu men ‘godek’ mentol lampu..jadi kami bersetuju untuk memilih madlut sebagai pemenang kedua. Tahniah untuk madlut.

Tempat ketiga :

Anwar Osman (http://www.anwarosman.com)

hadiah tempat ketiga contest blog mijieJawapan yang paling panjang dan siap buat entri lagi (terima kasih bro anwar). Seperti dalam jawapan tersebut ada beberapa persamaan dengan cerita sebenar dan kami sebulat suara untuk memilihnya sebagai hadiah untuk tempat ketiga.

Ok semua pemenang sudah dipilih untuk contest kali ini. (Sebarang bantahan hendaklah dibuat dalam tempoh 24 jam beserta bayaran RM 500) dan diharapkan semua yang menyertai berpuas hati. Kepada yang tidak berjaya insyaAllah tahun ini akan ada lagi contest yang akan dianjurkan dan boleh mencuba lagi.

Sebelum ini memandangkan ada 2 penyertaan yang diterima yang aku ingin berikan hadiah di saat akhir untuk mereka yang terpilih.

Jawapan Kreatif :

Tehr (www.tehramuan.com)

jawapan paling unik blog mijieJawapan yang diberikan dalam bentuk pantun dan ada beberapa persamaan didalam pantun tersebut dengan cerita sebenar. Jadi hadiahnya ialah pengiklanan selama sebulan di dalam blog ini. Tahniah buat tehr.

Jawapan Menggamit Jiwa :

Miss Ejon (www.faezon.com)

menggamit jiwa blog mijieJawapan yang aku warnakan dengan merah itu telah menyentap jiwa kami dan membangkitkan seribu kenangan. Memang mentol untuk lampu bilik tidur itu adalah kenangan kami. Cik ejon telah memberikan jawapan yang tepat seperti dalam fikiran kami. Hadiahnya ialah pengiklanan selama sebulan di blog ini. Tahniah buat ejon.

Semua keputusan sudah diketahui dan diharapkan kepada semua pemenang sila hubungi aku untuk menuntut hadiah masing-masing.

Terima kasih sekali lagi buat semua peserta yang masuk pertandingan ini dan juga buat semua yang menyokong kewujudan blog ini. InsyaAllah pada masa akan datang akan ada lagi hadiah-hadiah yang lagi best untuk kamu semua.

.

.

Nota : Susah untuk kami tentukan pemenang sampai berselisih pendapat dan akhirnya ianya dapat diputuskan bersama. Lain kali nak buat contest yang lagi senang lah.

Artikel yang berkaitan

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

92 Maklumbalas kepada: Keputusan contest terakhir untuk tahun 2010

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge