Reaksi dari pembaca blog

Rezeki
19/02/2012 | 10 komen »

respon dari pembaca

Agak lama sebenarnya blog ini tidak menerbitkan entri yang serius dan hari ini aku nak buat ulasan sedikit tentang reaksi ataupun respon dari pembaca blog ini yang telah meninggalkan komen mereka didalam beberapa entri. Komen diatas adalah dari entri ini – Bersyukur dengan rezeki Allah berikan.

Terima kasih buat pengunjung baru yang singgah di blog ini, jadi aku hanya ingin ulas sedikit sahaja berkenaan komen daripada Nurjulia yang baru sahaja tinggalkan komen pada entri yang sudah hampir 2 tahun aku tulis.

Pertamanya aku berterima kasih pada nurjulia kerana meninggalkan komen yang panjang lebar dan aku berterima kasih kerana menjadikan blog ini sebagai salah satu medan untuk kita berbincang bersama dan saling berkongsi ilmu yang kita ada. Dalam perenggan pertama komen saudari memang aku bersetuju kerana benar 9/10 punca rezeki itu adalah dari perniagaan dan aku tak nak ulas panjang tentang ini.

Memang aku tidak menafikan bahawa 9/10 punca rezeki itu adalah datang daripada perniagaan. Apapun masing-masing mempunyai pendapat tersendiri dan pada aku tidak salah untuk kita membuat pilihan masing-masing. Dalam kitaran hidup bermasyarakat mestilah ada yang menjadi peniaga ada yang menjadi cikgu, ada yang bekerja sebagai tukang kebun dan setiap orang mempunyai peranan masing-masing dimana ianya hidup untuk saling melengkapi.

Betul tidak salah untuk mencebur diri dalam perniagaan tetapi jangan kita lupa, walaupun berniaga itu punca rezekinya besar ianya perlu dilakukan mengikut landasan yang betul dan aku tak nak ulas panjang bab ini kerana masing-masing sudah faham, begitu juga orang yang memilih untuk bekerja, bukankah bekerja itu juga merupakan satu ibadah yang mana apabila pekerjaan itu dilakukan dengan cara yang betul insyaAllah rezeki akan berkat dan kenapa ramai orang yang terlalu yakin bila bekerja pasti duit tidak cukup, tak kemana kerja tu..10 tahun dok macam tu sahaja. Jadi baik berniaga dari makan gaji..please rezeki manusia tu telah Tuhan catatkan sebelum kita lahir di dunia ini lagi. (betulkan aku jika salah)

Setiap orang mempunyai matlamat hidup yang tersendiri, ada orang minat bekerja sebagai guru kerana ingin menjadi warga pendidik yang dapat berkhidmat untuk anak bangsa mereka dan ada yang memilih untuk menjadi polis, bomba, tentera yang mana mereka berkhidmat untuk negara kita.

Memang setiap manusia mempunyai keinginan untuk hidup mewah kerana manusia itu sifat dia tak pernah puas dengan apa yang dimilikinya dan kalau boleh nak melancong sana melancong sini. Pada aku tidak semestinya hanya berniaga sahaja kita mampu memiliki apa yang kita inginkan dan juga mencapai impian kita kerana rezeki itu ada dimana-mana dan bukan hanya daripada berniaga semata-mata.

Ingat tentang kitaran hidup dan saling berkait antara satu sama lain.

Baiklah aku tamatkan entri ini setakat ini dahulu aku harapkan para pembaca sekalian boleh tinggalkan pendapat untuk kita bincangkan  bersama dan terus terang aku begitu menghargai pendapat kamu semua.

Artikel yang berkaitan

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

10 Maklumbalas kepada: Reaksi dari pembaca blog

  • nursarah berkata:

    Pilihan di tangan masing2.. ukur baju di badan sendiri. tapi aku suka kalau di celah hidup yg sementara ni. kita pelbagaikan usaha dlm mencari rezeki. niatnya kalau nak bisnes untuk ubah hidup tu biarlah betul. jadi jutawan yg dermawan mcm para sahabat di zaman Nabi saw. niat kalau dah senang mesti nak tolong orang yg susah. harapkan redha Allah melalui usaha berbisnes. Jgn nak senang sorang2 then lupa diri sedangkan kekayaan dan kejayaan tu Allah yg beri. Wallahualam.
    Entri terbaru dari nursarah..plan bertukar ke postpaid dengan Data Plan.

    • samdaddycool berkata:

      Aku suka “ukur baju di badan sendiri”. Aku pernah kerja makan gaji, kerja sendiri dan kerja makan gaji semula. dan betul juga kat Mijie, Allah dah tentukan rezeki setiap manusia sejak azali.

      Cuma aku nak sentuh 1 sahaja tentang MLM. Ia bukannya satu perniagaan.. ok!
      Entri terbaru dari samdaddycool..Architecture, design, work load

  • akubiomed berkata:

    Ada yang ingin mencari duit lebih tidak mempunyai formula perniagaan jadi ada yang gagal diseparuh jalan. Bagi yang berjaya mereka akan terus maju tidak menoleh belakang lagi.

    Saya terpanggil dengan pakar motivator tempatan bergaul dengan orang mempunyai pengetahuan dan berjaya didalam perniagaan baru boleh berjaya.

  • Kujie berkata:

    dalam bab kecukupan kewangan – sebenarnya semua orang cukup cuma masing² yang memilih gaya hidup bagaimana untuk membuatkan kecukupan itu menyenangkan.
    Entri terbaru dari Kujie..Berendam Di Kolam Air Panas Ulu Legong

    • Admin berkata:

      terima kasih kakjie, sebab tu sy kata pilihannya kita yang buat dan kena hormat keputusan orang lain..sbb dia yang nak menentukan hidup dia mcm mana

  • hafizmd berkata:

    as salam bro mijie =)

    dalam bab ini, pertamanya aku cukup setuju ngn pandangan kak jie. Kita pilih gaya apa yg kita nak. Klau pilih gaya korporat tp gaji kecil, jwbnye tak sampai hujung bulan, kita akan merana. Jadi kata2 “ukur baju dibadan sendiri” mmg tepat sekali.

    Besar periuk, besarlah keraknya juga nak kena perhati. Alangkah bagusnya bila besar periuk, kecil keraknya. Biar byk isi yg sama2 kita boleh kongsi =)
    Entri terbaru dari hafizmd..Malaysia kalah, korang kecewa tak?

  • sangilapi berkata:

    apa yang dicopy paste tu memang gua tak dpt baca sebab halus sangat,lu punya entry pun gua tengok kelabu sebabnya mata gua semakin rabun.

    pendek kata kalau bab rezeki tu kita tak payah nak gatal tangan mencampurinya sebab itu semua urusanNYA,kita buat kerja kita ‘berlakon’ lah sebaik mungkin atas ‘pentas’ ni :-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge