Semasa saya sedang melawati blog rakan-rakan blogger yang lain tiba-tiba google talk saya pop up satu message ada email baru diterima ke dalam inbox saya.
Selepas itu saya pun bukalah email dengan perasaan ingin tahu yang menebal dan saya tunjukkan pada anda kandungan email tersebut, lihat dibawah yer
Pastu selepas terbaca email dari pihak paypal ni saya termenung seketika dan berfikir “ada orang salah masukkan duit ke akaun paypal saya ke” then selepas berfikir sejenak saya pun membuat siasatan ala-ala penyiasat persendirian.
Akhirnya saya berjumpa juga jawapannya, duit ini ialah hasil dari orang yang sewa link dari satu blog english saya selama seminggu. Walaupun $1 dollar ianya tetap duit juga kan? kalau tukar ke Ringgit Malaysia dah boleh dapat RM 3.30 tu. Lepas dah beli air twisster yang 500ml…
Walaupun hanya $1 dollar tapi ianya tetap bernilai dan saya bukannya bersusah payah pun untuk dapat duit tersebut, hanya letakkan link ke blog english saya je dan cukup masa duit masuk ke dalam akaun paypal saya.
Kalau anda ingin mempertikaikan saya nak cari duit dengan blog, terpulang pada anda kerana saya bukannya minta duit dari anda untuk renew hosting yang saya sewa dan duit-duit begitulah yang menampung kos sewaan hosting saya sebanyak USD 9.95 sebulan dan hosting blog ini.
Lain lah kalau ada orang yang sudi untuk sponsor hosting dan domain blog ini kepada saya dan saya akan terus berblog, berkongsi tutorial, maklumat dan sebagainya tanpa perlu berfikir “due date renew hosting dah dekat”.
So kesimpulannya ialah USD 1 pun duit jugalah, ada nilainya kalau anda betul-betul menghargainya.
p/s: ampun dan maaf kalau saya terkasar bahasa untuk post kali ini.
erm betul2 1usd pun duit gak.. seposen pun duit gak..lama2 kumpul2 kan nanti jadi banyak….
betul tu, pepatah melayu sudah berkata kan…sikit-sikit lama boleh guna buat bayar hosting, hohohoh
Pepatah melayu yang menyatakan ‘Sikit-sikit lama-lama jadi bukit’ tak boleh guna dah..sape nak duit jadi bukit…kehkeh..
haha, betul…betul…betul…mcm upin ipin
kalu dalam forex modal USD100 trade “USD $1″ pon boleh dapat USD1000. Power of “USD $1″
Betul tuh..kalu xde USD1 manakan cukup USD100..xgitu bro
betul tu, kalau ada 99usd belum boleh lagi claim untuk adsense, hehehe
ho ho.. duit tetap duit.. esok2 dapat la $10 dollar pulak..
itulah, sebab sekarang ni pun pancing yg diguna kecik je, nanti awal bulan 5 nak guna pancing besar lak
tu baru bunga bro..lepas nie dapat buah pulakss..mana tahu lepas nie ada mat salleh sewa link sampai setahun..byk tu boleh dapat…
harap2 masin la mulut bro, semoga kita semua dimurahkan rezeki
Tahniah bro. Bukan mudah nak dapat 1USD dari blog ni
memang bukan senang sebenarnya, tp kalau ada usaha semuanya pasti boleh
“sewa link” tu ape ye?
sewa link tu contohnya, awak ada tulis pasal kereta toyata vios baru, pastu ada dealer keta yg ada website nak promote website dia, so dia nak sewa kan link text dkt artikel kereta awk tu…
mcm tu la contohnya, mungkin pembaca lain nak tambah..
sewa link??maknanya lepas sebulan, bro akan tukarlah link tu??apapun, tahniah bro dapat buat duit dari blog..
ye betul, ada tarikh yang tertentu, selepas tu kita buang je link yang disewa, unless kalau dia nak sambung lagi sewa
bila dah merasa iusd tentu berkobar-kobar nak merasa 10usd pulak dan seterusnya
betul yg sememangnya betul