Bagaimana memasang sitemap pada blog

Tutorial
09/06/2010 | 48 komen »
blog sitemap

sila klik pada gambar yer untuk besarkan

Yeah…kembali lagi tanpa rasa bersalah sebab dah 3 hari blog tidak berupdate, kali ini datang dengan tutorial iaitu bagaimana memasang sitemap pada blog anda. Tapi sebelum tu, anda tahu ke sitemap tu apa? tahu tak? kalau anda tak tahu saya pun tak tahu, hehehe

Oklah saya pun tak reti nak jelaskan sitemap tu apa, yang saya tahu ialah pasang sitemap kat blog…dan sekadar sedikit pemahaman saya, kalau terjemah sitemap tu jadi macam ni bunyinya… “peta laman”…betul ke rakan-rakan? Kalau tak betul maafkan hamba sebab hamba dulu English masa SPM dapat A1 (hahahaha)……

Baiklah dah jauh pula membebel bila dah lama tak pegang keyboard ni, secara ringkas sitemap ni macam navigation, penunjuk arah atau peta laman untuk blog atau website anda untuk memudahkan pencarian sesuatu maklumat ataupun ingin melihat struktur yang wujud dalam blog anda. Ok jelas tak? kalau tak jelas..gi tanya pakar-pakar supaya dapat terangkan kepada anda

Biasanya apabila nak lihat berapa banyak page ataupun berapa post yang wujud, sitemap boleh digunakan bagi memudahkan pengguna untuk melayari blog anda.

Jadi untuk memasang sitemap pada blog saya menggunakan plugin dagon sitemap yang memudahkan kita untuk pasang sitemap tanpa perlukan coding yang berjela-jela, download plugin dagon sitemap disini

http://www.dagondesign.com/articles/sitemap-generator-plugin-for-wordpress/

Macam biasa anda boleh download dan install plugin tersebut ataupun dengan mengikuti tutorial install plugin untuk blog wordpress dengan cara yang mudah.

Step seterusnya selepas install ialah activate plugin tersebut dan create satu page untuk sitemap blog anda seperti gambar dibawah.

sitemap blog wordpress

nak lihat gambar besar sila klik pada gambar

Add New untuk page dan namakan title page tersebut mengikut suka hati anda, saya gunakan sitemap, anda boleh letak peta laman ataupun sebagainya…ikut suka hati anda yer. Selepas add new page langkah seterusnya ialah copy code dibawah untuk masukkan didalam page seperti yang saya buat di gambar dibawah. PASTIKAN anda klik pada HTML terlebih dahulu…kalau tak memang tak berfungsi lah sitemap blog anda

<!-- ddsitemapgen -->

Ingat…letakkan dalam HTML bukannya Visual, bila dah siap Publishkan page tersebut dan lihat hasilnya di blog anda….

masukkan code php dalam sitemap blog

ingat yer, klik pada HTML sebelum paste code di atas, bukannya Visual

Jadi selepas publish maka dengan rasminya blog anda sudah mempunyai sitemap dan pastikan saya akan gembira kalau saya berkunjung ke blog anda kerana saya suka klik pada sitemap kalau nak mencari ataupun melihat apa yg ada dalam blog anda.

OK sebelum tutorial ini berakhir anda boleh ubah setting pada dagon sitemap mengikut citarasa yang anda inginkan…caranya ialah ubah pada setting dagon sitemap yang terletak di bahagian setting, lihat gambar dibawah

setting dagon sitemap blog

ubah mengikut kehendak anda...itu blog anda, suka anda ok

Yeah…sudah siap dan maka berakhirlah tutorial ada kali ini…gembira? seronok? bagitau saya sekiranya anda sudah berjaya memasang sitemap pada blog anda.

Oh ya…plugin ini hanya untuk blog wordpress sahaja dan untuk pengguna blogspot saya tak pasti dapat gunakan ataupun tidak…rasanya tak boleh

.

.

.

.

.

.

.

nota kaki : minggu ni dalam proses memohon untuk memasang streamyx di rumah, dah sakit hati ngan broadband…nak blogging pun dah rasa macam tension. Harapnyya minggu depan streamyx masuk then nak berblogging pun selesa

Artikel yang berkaitan

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

48 Maklumbalas kepada: Bagaimana memasang sitemap pada blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge