Bagaimana membuang saved password di Mozilla Firefox

Komputer» Tutorial
28/07/2010 | 20 komen »

mozilla firefox versi musang berapiTutorial kali ini ditujukan khas untuk pengguna tegar yang menggunakan mozilla firefox (musang berapi) sebagai browser tetap untuk melayari internet. Mozilla Firefox seperti yang anda sedia maklum ada menyediakan fungsi untuk kita menyimpan login dan password untuk sesuatu website iaitu fungsi Remember, Never for this site dan juga not now.

Kadang-kadang kita menukar password sesuatu laman web yang memerlukan login seperti Facebook dan sebagainya di komputer lain ataupun pejabat dan sebagainya dan anda mungkin menghadapi masalah untuk login di komputer rumah anda dengan menggunakan saved password yang disediakan oleh mozilla firefox tersebut.

Bagaimana untuk membuang saved password di Mozilla Firefox? senang saja dan hanya beberapa step yang perlu anda lakukan untuk membuang saved password bagi sesetengah website yang memerlukan login page. Jangan tanya saya kenapa suka saved password kalau menggunakan mozilla firefox, sebab anda pasti tahu jawapannya. Kalau ada 100 website yang memerlukan login page, larat ke anda nak ingat semua? jadi biarkan mozilla firefox simpan semuanya untuk anda.

Baiklah dah panjang pula saya membebel, untuk membuang password yang digunakan bagi sesetengah login website apa yang perlu anda lakukan ialah seperti berikut.

Pada bagaian tools, klik Option dan pilih Security

Seterusnya pada bahagian option tersebut pilih security dan pilih saved passwords seperti gambar dibawah dan seterusnya hanya ikut gambar yang telah saya sediakan.

save password di mozilla firefoxNi ha gambar lebih jelas kalau anda tak jumpa mana option dan juga security serta dekat mana nak klik saved passwords, lihat gambar diatas dan kawasan yang telah saya tandakan merah. Selepas anda klik save passwords dan firefox akan pop up satu windows baru iaitu saved password seperti gambar seterusnya (kali ini tutorial banyak gambar porno screen caputre).

save passwords yerOK sudah sampai bahagian terakhir iaitu bagaimana untuk anda pilih website mana yang anda perlu untuk membuang password yang disimpan oleh mozilla firefox. Apa yang perlu anda lakukan ialah pilih mana-mana website yang anda inginkan lepas tu highlightkan dan klik je Remove. Selesai klik remove klik close dan seterusnya di bahagia option tadi klik ok

Selepas anda selesai remove login dan password, apa yang perlu anda lakukan ialah masuk kembali website yang anda ingin login tersebut contohnya Facebook ke then masukkan login id serta password dan selepas anda klik login akan keluar mesej disebelah kanan atas pada bahagian browser mozilla firefox untuk anda simpan password “Remember” password.

Oh ya sebelum saya terlupa ada cara sekiranya anda ingin menukar password untuk login page dengan cara yang cepat, apa yang perlu dilakukan ialah login sahaja website yang anda inginkan dan masukkan password baru selepas tu mozilla firefox akan detect password baru yang dimasukkan serta akan bertanya kita samada ingin mengubah password ataupun tidak.

cara mudah tukar passwordOK sekian sahaja tutorial pada pagi ini, chow shin chi anda bye-bye serta salam satu malaysia :)

Artikel yang berkaitan

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

20 Maklumbalas kepada: Bagaimana membuang saved password di Mozilla Firefox

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge