Malam ini mata agak cerdas dan badan pun memberikan isyarat tidak lagi penat dan membiarkan tuan dia untuk mengadap laptop yang agak berhabuk kerana lama juga si tuan dia tidak menyentuhnya. Memandangkan tiada apa yang nak dilakukan apabila mengadap laptop maka timbullah idea yang dia rasa macam best walaupun dia tak tahu bahana yang bakal menjelma dan dia sedang buat kerja gila.
Kisahnya tangan terasa gatal nak mencuba sesuatu tetapi malas nak membaca (sila ulang, malas nak membaca) dan jadinya terus mencuba tanpa fikirkan kesannya, Sebenarnya aku mempunyai satu hosting di hostgator dan memandangkan primary domain (default domain/domain utama) yang menggunankan hosting tersebut ialah niche blog aku dan blog ini merupakan add on domain kepada hosting tersebut. Kiranya domain muhammadtarmizi.com ni hanyalah add on domain kepada hosting itu.
Nak jadikan cerita terasa gatal tangan nak tukarkan domain blog ini menjadi primary domain dan domain yang primary asal iaitu niche blog nak dijadikan sebagai add on domain, so kalau next time terasa tak nak renew domain niche blog tu takder la kesannya pada blog ini. Ok harap kamu faham setakat ini.
Aku pun malas nak membaca banyak-banyak jadi terus aku contact “online chat” dengan technical support hosting hostgator dan yang paling aku suka perkhidmatannya pantas, kejap je layan aku. Kalau nak banding kat malaysia lebih kurang NetKL la senang citer. Ok itu iklan sahaja ceritanya lepas contact technical support aku tanya dia macam mana nak tukar primary domain kepada domain lain. Dia pun bagitahu kalau nak tukar primary domain, login sahaja client hostgator dan di situ ada fungsi di bawah view domain package dan ada change primary domain.
Tanpa banyak soal dan berfikir panjang aku terus je tukarkan primary domain dari niche blog domain kepada blog ni dan masa mula cuba memang tak berjaya, aku tanya lagi technical support dan dia cakap domain blog ini ialah addon domain, jadi aku kena remove dulu domain blog ini di add on domain dan lepas tu baru boleh tukar kepada primary domain yang baru.
Lepas tu aku pun buatlah semuanya dan akhirnya berjaya, tetapi bila aku buka je blog ini dia terus ke domain niche blog aku, tak guna betul, huhu aku sudah buat kerja gila.
Baru la aku perasan bahawa setiap kali remove atau addon domain, folder di dalam public_html masih lagi wujud dan perlu delete secara manual, memandangkan aku malas nak transfer folder blog ini ke direktori public_html dan banyak folder yang nak kena setting semula aku pun tukar balik primary domain.
Bila dah tukar, terus blog aku tak boleh akses dan buat aku termenung seketika sampaikan aku rasa macam malas la nak fikir..lebih kurang 30 minit juga blog ini down tadi dan kalau ada orang yang masuk blog ini tadi tengok lain macam je nasib kamu la.
Akhirnya aku dapat selesaikannya, dengan masukkan kembali addon domain blog ini dan kekalkan folder yang lama blog ini supaya bila akses www.muhammadtarmizi.com dan ia akan terus ke folder lama blog ini. Dengan rasminya blog ini pulih seperti sediakala dan membuatkan aku sudah lega sekarang ni dan rasa macam boleh tidur lena..malam jumaat weh.
Tapi ada juga kesan sampingannya iaitu blog ini agak slow sedikit untuk di akses beberapa ketika dan harapnya pagi esok ia akan pulih seperti sediakala, lagi kesannya ialah statistik pengunjung menggunakan awstast habis hilang, nah ambik muka ko. Tahun lepas punya statistik dan juga statistik tahun ini lesap begitu sahaja, dush untuk aku sebab buat kerja gila malam ni.
Tengok, pengunjung untuk bulan ini ialah 2 orang sahaja, haha padan muka ko mijie, dah sapa suruh buat kerja gila..Ok lah tu, dapat juga belajar sesuatu yang baru dan aku rasa puas hati walaupun buat kerja gila tapi aku dapat ilmu yang baru malam ini. Ok masa sudah cukup..kena tidur sekarang, malam jumaat malam ni ok.
Nota : Sebenarnya entri ini berbentuk tutorial, harap kamu semua dapat apa yang aku nak sampaikan, tutorial ini berbentuk GILA, haha
TU la.. lain kali malam jumaat terus masuk tido je, tak payah gatal2 tangan godek sana sini..
Entri terbaru dari samdaddycool..Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2011 1432 H
Betull-betul kena pula Malam Jumaat langsung tidak boleh buat OT.
Kita belajar dari kesilapan kalau tidak mana datang pengalaman
Entri terbaru dari akubiomed..Tip blog cara masuk kod video didalam blog
Haha..
Entri terbaru dari anif..Lotus Garden- The Zon Regency Hotel Johor Bahru
hahaha OT
hahaahh terlebih gatal tangan malam tu
hahaha…nak buat mcm mana..nasib baik tak hilang terus kan..
kalau hilang terus, means pencen terus la berbloging
eh jangan macam tu..haha…bukan blogger tegar namanya tu
baru nak reply, hahah
malam jumaat berlalu dengan aman…. cuma rasa sedikit terganggu dengan kerenah muhammad t… eh fahim…… asik merengek je mlm mlm…. fenin mama rasa tak cukup tdo…..
Entri terbaru dari nurul..02 Februari 2011-our wedding anniversary
hahaha i tak terlibat k
Ambik yg positif Mijie. Ilmu yg dapat tu tak ternilainya. Plus, dapat buat satu entri berdasarkan pengalaman itu.
itulah, banyak yang dapat belajar…cuma ada benda yang kita boleh kaji dulu sblm buat kan
fulamak…ni betul-betul gila ni. mesti bengang tgk stats terus jadi kosong balik. sabor jelaa. tak pe…dapat juga ilmu dan pengajaran kepada bro mijie dan blogger lain. agak-agak laa kan…lepas ni nak buat kerja gila apa plak?? hehehe…. sekadar guruan.
Entri terbaru dari Master Pak Pandir..SpeedBit Video Accelerator – Tonton video tanpa buffering
pasal stast tu tak kisah sgt pun, hahah cuma kerja gila membuatkan aku hampir hilang akal nak handle
hahaha…tu masa buat tue mesti pala otak pikir kelain tue..hoho
hahaah tak fikir pun, tgh free mind dan gatal tangan
nasib baik juga dapat diselesaikan
kadang2 kerja gila juga yang memberikan keseronokan yang berganda2 kepada kita
Entri terbaru dari tehr..Keputusan STPM 2011
memang betul tu bro tehr, keseronokan selepas menyelesaikan masalah
Itu adalah pengalaman yang berharga, yang tak akan dilupakan sampai bila-bila. Nasib baik boleh settle, kalau tak mau tak tidur malam jumaat tu Mijjie.
Entri terbaru dari ardzham..Zikir Foods Enterprise
nasib baik juga la, kalau tak rugi sunat malam tu, haha
aduh! seolah-olah dapat rasa berat dan semaknya kepala ketika berlaku perkara seperti ini.
aku dah buat kerja gila ni dah banyak kali. dulu ketika 1 tahun bermula dengan megat dot net. lepas tu 2 tahun selepas itu.
akhirnya, penangguhan memperbaharui domain & host sebabkan semua akses aku hilang.
bayangkan mahu bermula dengan semuanya baru!!??
Entri terbaru dari megat..Selamat Pengantin Baru- Blogger Khairul Nizam
memang semak masa tu megat, tapi skrg tidak lagi
Aku memang tak boleh kata apa… cuma ini sahaja yang termampu untuk aku buat….. ketawa…
hahahaha!!!!
p/s: orang kalau malam Jumaat tu masuklah tidur cepat-cepat… heh
Entri terbaru dari rohaizad..Kisah orang… kisah kita
hahaha, dah ambil pengajaran dah ni, malam jumaat jgn buat kerja
bahaya bro ni..haha
skank ok dah, jom gila2 hehe
Entri terbaru dari syahrilhafiz..Punca Blog Digodam – Atasi Masalah WordPress Fatal Error
jom2
lorrr aku ingat cerita pasai dalam gambaq tuu…punya lah baca sampai abih xde pun pasai hippo hehe… tak pernah lagi try contact support kat hostgator hehe…24jam non-stop eh diorang online… tak paham le ada effect ke kalo nak switch primary ke tak primary..effect dari segi IP server same ke untuk kesemua niche blog dalam satu hosting
Entri terbaru dari aimannajmy..Iron Man Kedah Tangkap Nyamuk
effect kalau ada banyak domain dalam tu
Sabar mijie..semuanya tu ada hikmahnya. pengalaman macam ni la mendewasakan blog kita.:)
Entri terbaru dari Faizul Noor..Tips Pemilihan Kerjaya Lepasan SPM
betul tu faizul, thanks
dulu pun aku pernah kena macam tu. last-last, minta tolong kat hosting provider ajela jawabnya. nasib baik dapat recover balik.
Entri terbaru dari titan..Komisen ke 11 dari Paid-to-Promotenet
kalau diorang buat memang settle sekejap je, ni aku pula cuba nak memandai2
penah jadi juga kat blog… lain… tapi tak penting pun… sebab kiranya ia macam blog ujikaji….. itupun masih blur2 lagi.. nak buat kerja2 gila macam nie… huhu
Entri terbaru dari zik..Pencipta mesin pengeluar wang automatik ATM
heheh kalau blog ujikaji boleh je nak try kan