Seperti yang dijanjikan sebelum ini, hari ni aku akan tunjukkan cara bagaimana nak masukkan lagu ke dalam post di blog anda. Aku akan buat seringkas dan sesempoi yang mungkin supaya semua orang faham dan jelas.
Baiklah tak nak cerita panjang, perkara yang pertama yang perlu dilakukan ialah semestinya anda perlu tahu lagu apa yang nak anda letakkan ke dalam post blog, eh takkan itu pun nak bagitahu dalam tutorial ni. hehe
Setelah pencarian rambang yang aku lakukan, aku menjumpai satu website yang menyediakan embed code bagi lagu yang disediakan di website tersebut. Website tersebut ialah http://www.4shared.com/. Aku pasti kaki-kaki download mesti tahu website ni kerana selain menyediakan embed code untuk player lagu tersebut, disini jugalah lagu-lagu boleh didownload.
Kita teruskan tutorial kita dengan membuat pencarian lagu yang dihajati oleh anda. Caranya lihat gambar disebelah kanan tu ada ruangan search, jadi taip sahaja lagu yang anda inginkan dan tekan butan search dan akan keluar lagu-lagu yang anda cari tersebut. Melainkan lagu yang anda cari tersebut tidak ada didalam server mereka. Itu sahaja.
Kalau dah jumpa lagu yang anda inginkan, klik sahaja pada tajuk lagu tersebut seperti yang aku tandakan warna merah itu dan tunggu sehingga dibawa ke page untuk anda download dan dapatkan embed code untuk lagu tersebut. Sedikit tips dari aku ketika hendak memilih lagu-lagu dalam server 4shared ini.
Semasa membuat carian lagu, pasti result yang keluar akan banyak memaparkan lagu yang mempunyai tajuk yang anda inginkan. Mudah sahaja, pilih sahaja lagu tersebut yang mempunyai bilangan download yang tinggi seperti gambar di atas, iaitu 49,260 downloads manakala yang lain hanyalah sekitar 4 ribu ataupun 5 ribu sahaja bilangan downloads.
Penting ke bilangan download yang tinggi? ini hanya pendapat aku sahaja, selalunya apa yang aku perhatikan kalau yang bilangan download sikit ada beberapa sebab, kualiti bunyi lagu tersebut teruk, lagu tak habis dan sebagainya.
Dah dapat lagu yang anda inginkan? ok mari kita mulakan langkah untuk masukkan lagu ke dalam post di blog. Lihat gambar kat bawah senang skit untuk aku terangkan.
Selepas anda pilih lagu tadi, paparan akan keluar seperti gambar diatas dan apa yang perlu anda lakukan ialah dengan hanya copy embed code yang disediakan tersebut dan paste kan sahaja di blog post anda. Lihat yang bergaris merah yang aku buat tu, ada URL, HTML code, Forum code dan yang last itu Embed : jadi pilih yang paling bawah dan copy embed code tersebut.
Untuk embed code di atas apa yang perlu anda buat ialah paste kan didalam post blog anda. PALING PENTING semasa hendak paste embed code tersebut ialah pastikan anda paste dalam HTML bukannya Visual. Faham tak maksud yang aku nak sampaikan itu, semasa menulis post di wordpress kan ada dua benda satu Visual dan satu lagi ialah HTML. Jadi pilih HTML untuk pastikan embed kod itu berfungsi.
Selain itu anda bolehlah edit embed kod tersebut seperti mengubah ketinggian (height) dan kelebaran player tersebut (width) dan setelah aku membuat testing yang terbaik aku cadangkan ialah menggunakan ketinggian (height) 20 sahaja manakala untuk width aku masih kekalkan kelebaran tersebut.
Lepas paste kod tersebut siapakan post anda dan selepas publish cuba lihat hasilnya, kalau berjaya bagitau rakan-rakan yang lain dan kalau tak berjaya bagitau aku, ceh macam slogan kat kedai makan lak “Sedap bagitau rakan, tak sedap bagitau kami”, hahaha.
Kalau kita buat tutorial kita perlu tunjuk hasilnya kan, orang kata kalau nak mengajar kita dulu kena tunjuk teladan yang baik dan dengan ini aku tunjukkan hasil dari tutorial ini. Sempena bulan Ramadhan al mubarak yang akan menjelma tidak lama lagi, aku dengan ini ingin memohon maaf kalau tulisan aku ini membuatkan kamu semua terasa hati, benci sakit hati dan sebagainya. Sepuluh jari aku pohon maaf. (Touching la pulak). Terimalah lagu Ramadhan Tiba yang dinyanyikan oleh Opick
Lagu : Ramadhan Tiba- Opic
Update 12 Febuari 2012 : Ok update terkini untuk entri ni selepas terlalu banyak email yang diajukan pada aku serta di ruangan komen yang tak sempat aku balas, jadi kepada sesiapa yang inginkan lagu tersebut AUTOPLAY atau bahasa lain lagu tu main secara automatik bolehlah masukkan code ini sekiranya menggunakan lagu dari sumber embed 4shared dot com.
Masukkan kod ini di penghujung embed kod flashvars=”autostart=true”
Ok ini contohnya
Sila tengok yang aku merahkan dan gariskan di atas dan peringatan ini hanya untuk lagu dari sumber website 4shared.com sahaja untuk youtube dan sebagainya mungkin tidak berkesan, kalau youtube tambah code ini &autoplay=1″
Ok terima kasih, ada soalan? silalah email kepada aku
salam saudara..
terima kasih..
lama dah cari ni
boleh la cuba nanti
nak letak lagu apa bro..
yer boleh cuba, untuk blogspot pun boleh, tapi sebelum paste kod tersebut, klik dekat edit html terlebih dahulu
mau paste di mana ? aku sudah try banyak kali tapi tak tau mau paste embedded kod nya di mana
cik jijah pakai blogspot ke? baca sampai perenggang akhir tak? kalau blog spot, dkt new post kan ada edit html, pastekan embed code tu di situ, lepas publish baru boleh keluar lagu tu
fewit! memang simpel..
senang cara ni. jimat ruang hosting =)
simple drpd youtube kan..
yer betul, hanya linkkan kepada server
wah..senangnya,nak buat lepas ni hehe
buat jangan tak buat
salam… bro ada perasan x mcm blog justkhai tu??
macam mana ek dia buat ??
player tu…
em tak perasan la pulak, mungkin boleh contact dia kot tanya, huhuhu tak reti saya nak buat andaian
Cayalah bro, thanks berkongsi info bermanfaat ini. Ya, best lagu ramadhan tiba itu.
yeah, hari ni baru kali pertama kali dengar lagu tu
wah sempoi, lepas ni boleh buat posting senarai lagu-lagu raya ni hehehe
nanti bro buatkan la
‘download lagu raya’ antara keyword panas sebaik sahaja masuk 1 ramadan hahaha
betul tu
selalu download lagu mp3 pakai 4shared.com tp x penah pulak guna kod tu kat blog. hrmm… perkongsian yg baik. jaz, post dulu lagu nasyid ramadhan, baru lagu raya.. hehe…
Salam bro, fungsi “autoplay” boleh masuk tak? Maksud saya selain youtube. Sebab saya biasa buat youtube punya video.
boleh rasanya fungsi autoplay tu, but pada pandangan peribadi saya, autoplay kat blog slalunya org tak berapa suka
nanti gua baca plan-pelan walaupun tak berhasrat nak letak lagu dalam blog
apapun terima kasih mijie…..mana amat ni,setahu gua dia yang nak tutorial ni.
aku pun letak lagu dalam post je,hehehe dkt sidebar memang tak minat nak letak
wah best gak ni….. mau cuba….
saya mesti pilih
Woooow.
terima kasih. Bleh lar saya download lagu hari ni kalau internet dah ok.
semoga internet bro pulih seperti biasa
ufo datang lagi..?
ufo??? konfius neh, heheheh
mmg cara ni mudah..
tapi saya masih x boleh lagi cube..
x phm yang time nak paste code 2…
kene p kat new post ker??
then klik kt edit Html??
mcm 2 ker??
kalau nak masukkat dkt post, bila time nak buat post baru, klik kat edit HTML untuk blogspot
kalau nak letak kat sidebar, kn gi add gadget then add HTML/JAVA
pastu pastekan
yeah itu dia…tutorial yang sangat mudah… apa lagi praktiskan ya.. hehe
buat sekarang
thanks for the info..
memang betul2 berguna..
letak lagu dalam entri layan gak..hehe
letak lagu sekali sekala boleh, kalau tiap2 entri tak bagus juga
sekarang teka-teki aku terjawab…
teka teki apa sam?
dah lama aku terfikir camne orang buat player lagu dlm entry…
anggaplah entri ni hadiah untuk kamu sam
sam,jangan biarkan hidup lu diselubungi dengan teka teki
tapi hidup gua memang diselubungi dengan persoalan !
persoalan yang belum terjawab lagi ye
cube lagi erk…
jap tau..
ehe…..
ok bila dah berjaya bagitau yer
warghh…
x berjaya lagi..
dh la x pndai sgt…
huhuhuh…
mst x blh nak wat bila time nk paste…
copy embed code tersebut dan klik kat edit html then paste
tp x dgr pe2 lagu pown…
lagu tu kena klik play dulu baru berbunyi, bab sini url blog bro sy nak tgk blog bro
bro saye dah berjaye dah…ade nak tanye lagi..
1) kate tadi kene play dulu lagu tu kan?nak kene tunggu sampai lagu tu abes ke..
2)cmane nak buat lagu tu autoplay…supaye bukak je blog trus bleh dengar lagu..
lagu tu bukan autoplay, untuk buat autoplay ada kn ubah coding, nanti saya dapatkan source nya
OK….
Kalau nak masukkan banyak lagu ble dak?
Wah.. terima kasih… tak lama berkumandanglah lagu-lagu raya dalam post.. blogger-blogger ni..
sekarang ni pun dah ada dah orang yang pasang lagu-lagu kat blog ni, hehehe
saya nak wat autoplay..
tp x reti..
;(
sorry sy tak reti nak buat autoplay, sila tanya google
tq bos nice sharing info
sama-sama
raya dah nak dekat ape lagi masukan la lagu raya hehehe
malas nak masukkan
terima kasih bro,dah lama saya cari cara nak buat benda ni,..maklumlah budak baru belajar..he..he..jangan marah haa..
ok sekarang ni dah jumpa kan, boleh la buat
Pingback: Review Bulan September
terima kasih ngan infonnya.saya dah try..menjadi
sama-sama….
salam,yg masukkan lagu tu dah berjaya..tp ada tutor x macamane nk masukkan mp3 biar dia ada kat gadget tepi bar sebelah pos tu ke..? tmkash..
salam,
untuk gadget perlukan satu player, nanti kalau ada masa saya akan buat satu tutorial tentang ini
secara asasnya kena ada player untuk letak dekat gadget dan juga file sharing untuk simpan lagu
abis 2 kalu nak buat lagu 2 automatic bunyi sendirik gane ek?
kalau nak auto kena ubah skit embed code tu, nanti sy carikan kalau dah dapat sy bagitau nanti
saya dah masukkan lagu tap knp x leh autoplay lg 2?kita kn klik br leh dengar..
fieda atuo play kn setting lain
berjaya buat… terima kasih ye
Entri terbaru dari syamimi..Blog oh Blog!
sama-sama dan tahniah
kalau nak buat dia autostart macam mana? dia terus main lagu nya.? thanx
Entri terbaru dari eymma..Header Sempoi
kena tambah coding ini AUTOSTART=TRUE
????x phm laaa…da wat..tp x jd pon…hurm…
em kn masukkan coding tu dalam code untuk lagu
terima kasih atas tunjuk ajarnya..
Entri terbaru dari RAFIAH..Ayat-Ayat Cinta
sama-sama, semoga ianya bermanfaat
then bole bg tau x cam ner kalu nak ltak lgu 2 kan bler kiter view jer blog kiter dyer akan play automatik???
masukkan dalam coding tersebut autostart=true
da wat..tp x leh gak…
sorry la kalau tak dpt juga aku pun dah tak tahu nak buat mcm mana, cuba cari kat google la
salam saudara apa2 yg nak di download kan kena letak d satu tempat yg sama d html ke
boleh mana2 janji url file tersebut kena ingat
tak boleh pon..
dia ckp
”We were unable to save your template”
dah bnyk kali da saye buat..
cuba baca tutorial tu betul2, kalau untuk blogspot semasa nak buat post baru, then copy code tu paste dalam keadaan html
salam..t.ksh ye atas prkongsiannye..
Entri terbaru dari mujahidah muslehah..jOm nyAnyIpUteRiku sAyaNg
sama2
salam…t.kasih yer di atas perkongsian yg best tue…heee..bjaya jugak utk da 1st time…thanks a lot…
sama-sama dan tahniah kerana berjaya
dah wat cam tuh .. p cam na nak wat lagu tyme blog kita ne tbuka jak
kena masukkan coding auto start
thanks =))
sama2, masih belajar lagi ni pun
thanks ((=
Entri terbaru dari mukminah..Yang Mana Satu Kereta Idaman Kalbu Anda
thnk you so much for the tips. berguna sangat
Entri terbaru dari tasha’s..Mood in lurve 2
sama-sama, sharing is caring kan
tunjukkan contoh code autoplay…. x nmpak la.. sori la sy bdk br blaja
kat atas tu sy dah bagi, baca dalam komen pun sy ada bagi lagi untuk autoplay
i buat tapi x jadi pn so how….
apa yang tak jadi tu? autoplay ke masukkan lagu dalam blog?
salam, tks alot for the info, ni best tal lokek ilmu,
sharing is caring
Bro
nk paste embed edit html tu kat mane eyh
kat bwh skali ke??
or kat mane?
dekat add new post tu, ada edit html untuk blogspot, dkt wordpress html
salam…tq gtaw ye…tp kan, tau x katne ye kte blh download lagu2??
download lagu? 4 shared ada youtube pun ada takpun search kat google
salam. tq dh berjaya buat cuma macamana ya nak buat supaya lagu automatik keluar, tak perlu tekan play.
tq
Entri terbaru dari hasny..EVE Collagen
kena masukkan code autostart, cuba baca yg sy dah tulis kat atas dan dalam komen2 ni
assalamu’alaikum sheikh.. blh xplain sedikit lagi mcm ne nak paste kat HTML..kat bahagian mana?? tak tau lah (jika guna blogger,bkn wordpress)
salam, dkt new post tu ada edit HTML dgn compose kan, klik yang edit html tu then paste kan coding kat situ
hye,…..
thannxxx Missra dah cuba….n memg jadi…..
tapi just want to ask 1 ques…..
cmna kita nak buat bagi lagu bunyi ja bila org masuk blog kita???
da sapa2 tahu…plzzzz leave coment to my blog: miraduet.blogspot.com
tochei2
kn set autoplay tu
syukran tuan.. insyallah keberkatan bersama tuan melalui blog saya.. zakieusof.blogspot.com
terima kasih zaki
tq…mmg senang masuk lgu nie…tpkn cm mna kita nk lagu 2 mula secara automatic…
kena godek coding skit tambah “auto start”
Pingback: >Insaf « DaunKesumLimauPurut
THANKZ..AKHRNYa SYA DPT MASUKKN LAGU..:)