Seperti yang dijanjikan sebelum ini, hari ni aku akan tunjukkan cara bagaimana nak masukkan lagu ke dalam post di blog anda. Aku akan buat seringkas dan sesempoi yang mungkin supaya semua orang faham dan jelas.
Baiklah tak nak cerita panjang, perkara yang pertama yang perlu dilakukan ialah semestinya anda perlu tahu lagu apa yang nak anda letakkan ke dalam post blog, eh takkan itu pun nak bagitahu dalam tutorial ni. hehe
Setelah pencarian rambang yang aku lakukan, aku menjumpai satu website yang menyediakan embed code bagi lagu yang disediakan di website tersebut. Website tersebut ialah http://www.4shared.com/. Aku pasti kaki-kaki download mesti tahu website ni kerana selain menyediakan embed code untuk player lagu tersebut, disini jugalah lagu-lagu boleh didownload.
Kita teruskan tutorial kita dengan membuat pencarian lagu yang dihajati oleh anda. Caranya lihat gambar disebelah kanan tu ada ruangan search, jadi taip sahaja lagu yang anda inginkan dan tekan butan search dan akan keluar lagu-lagu yang anda cari tersebut. Melainkan lagu yang anda cari tersebut tidak ada didalam server mereka. Itu sahaja.
Kalau dah jumpa lagu yang anda inginkan, klik sahaja pada tajuk lagu tersebut seperti yang aku tandakan warna merah itu dan tunggu sehingga dibawa ke page untuk anda download dan dapatkan embed code untuk lagu tersebut. Sedikit tips dari aku ketika hendak memilih lagu-lagu dalam server 4shared ini.
Semasa membuat carian lagu, pasti result yang keluar akan banyak memaparkan lagu yang mempunyai tajuk yang anda inginkan. Mudah sahaja, pilih sahaja lagu tersebut yang mempunyai bilangan download yang tinggi seperti gambar di atas, iaitu 49,260 downloads manakala yang lain hanyalah sekitar 4 ribu ataupun 5 ribu sahaja bilangan downloads.
Penting ke bilangan download yang tinggi? ini hanya pendapat aku sahaja, selalunya apa yang aku perhatikan kalau yang bilangan download sikit ada beberapa sebab, kualiti bunyi lagu tersebut teruk, lagu tak habis dan sebagainya.
Dah dapat lagu yang anda inginkan? ok mari kita mulakan langkah untuk masukkan lagu ke dalam post di blog. Lihat gambar kat bawah senang skit untuk aku terangkan.
Selepas anda pilih lagu tadi, paparan akan keluar seperti gambar diatas dan apa yang perlu anda lakukan ialah dengan hanya copy embed code yang disediakan tersebut dan paste kan sahaja di blog post anda. Lihat yang bergaris merah yang aku buat tu, ada URL, HTML code, Forum code dan yang last itu Embed : jadi pilih yang paling bawah dan copy embed code tersebut.
Untuk embed code di atas apa yang perlu anda buat ialah paste kan didalam post blog anda. PALING PENTING semasa hendak paste embed code tersebut ialah pastikan anda paste dalam HTML bukannya Visual. Faham tak maksud yang aku nak sampaikan itu, semasa menulis post di wordpress kan ada dua benda satu Visual dan satu lagi ialah HTML. Jadi pilih HTML untuk pastikan embed kod itu berfungsi.
Selain itu anda bolehlah edit embed kod tersebut seperti mengubah ketinggian (height) dan kelebaran player tersebut (width) dan setelah aku membuat testing yang terbaik aku cadangkan ialah menggunakan ketinggian (height) 20 sahaja manakala untuk width aku masih kekalkan kelebaran tersebut.
Lepas paste kod tersebut siapakan post anda dan selepas publish cuba lihat hasilnya, kalau berjaya bagitau rakan-rakan yang lain dan kalau tak berjaya bagitau aku, ceh macam slogan kat kedai makan lak “Sedap bagitau rakan, tak sedap bagitau kami”, hahaha.
Kalau kita buat tutorial kita perlu tunjuk hasilnya kan, orang kata kalau nak mengajar kita dulu kena tunjuk teladan yang baik dan dengan ini aku tunjukkan hasil dari tutorial ini. Sempena bulan Ramadhan al mubarak yang akan menjelma tidak lama lagi, aku dengan ini ingin memohon maaf kalau tulisan aku ini membuatkan kamu semua terasa hati, benci sakit hati dan sebagainya. Sepuluh jari aku pohon maaf. (Touching la pulak). Terimalah lagu Ramadhan Tiba yang dinyanyikan oleh Opick
Lagu : Ramadhan Tiba- Opic
Update 12 Febuari 2012 : Ok update terkini untuk entri ni selepas terlalu banyak email yang diajukan pada aku serta di ruangan komen yang tak sempat aku balas, jadi kepada sesiapa yang inginkan lagu tersebut AUTOPLAY atau bahasa lain lagu tu main secara automatik bolehlah masukkan code ini sekiranya menggunakan lagu dari sumber embed 4shared dot com.
Masukkan kod ini di penghujung embed kod flashvars=”autostart=true”
Ok ini contohnya
Sila tengok yang aku merahkan dan gariskan di atas dan peringatan ini hanya untuk lagu dari sumber website 4shared.com sahaja untuk youtube dan sebagainya mungkin tidak berkesan, kalau youtube tambah code ini &autoplay=1″
Ok terima kasih, ada soalan? silalah email kepada aku
im just wondering.how the song play automatically?coz,i have to click the play button first ;;
To play automatic u need to put some html code to the source code for automatic player
nak kod tu boley ? carikan laaa ~~
hehe
AUTOSTART=TRUE
nk tulis cod tu kt ne
klu nk upload dr computer boleh x???x nk search kt internet!!!!!!
salam…tq bro
salam, sama2
leh terang detail tak cm ne nk bgi automatic player ?
Entri terbaru dari cik ena..230711 ..
kn masukkan source code, dan dalam tu kn ada autostart
salam..cikin pakai blogspot dan menjadi la..mekacih for de share..=D
sama2 cikin
salam..maaf..plis explain detail ttg autoplay..pliss..sy kurang ilmu dalam bab2 ni..
min untuk autoplay tu, skrg ni ada masalah ngan coding, nanti bila dah selesai sy akan cuba update entri ini dengan code untuk autoplay, dah tak jadi lepas update version wordpress ni
cam na plak ek nk mskkan lgu dlm tumblr??harap abg ble tlg..
copy je coding tu dan masukkan code tu dlm bentuk html dkt thumblr…sy rasa mcm tu la, sbb sy tak pernah guna thumblr
Entri terbaru dari Admin..Wordless Wednesday #5 Honda CBR 1000 in my dream
how play automatically?
Entri terbaru dari rina..weyh
masukkan kod ni AUTOSTART=TRUE
source code nak letak kat mana?
Dkt edit html tu
x boley pon… bile nak klik lagu je.. lagu tu x kuar..? cam ner erk..?
Lagu mana, ,ambil embed code mana
TERIMA KASIH..BRU NK BELAJAR2…
Thanks for sharing the tips.. amat berguna utk sy…
superb la bro..!!!
trimassss…
senang bebeno na ikOt.. ^_^
xde pong embed
ada tu tengok betul2
xde..law ade i x tnye..bleh ke msok lgu kat fb?
kalau nak masuk lagu kat fb just share je tak pun copy link lagu tersebut
Thanks..boleh pun..tpi x bleh auto play…;-)
Alahai autoplay tu sy pun kdg2 blh kdg2 x blh
terimakasih
http://www.bukittinggifashion.com
http://www.bukittinggi-fashion.blogspot.com
KAIN SULAM BUKIT TINGGI FASHION
SULAM BUKIT TINGGI FASHION KEBAYA NYONYA TELEKUNG BAJU KURUNG MOSLEM SWIMSUIT
alahaiii…pening dh kepala nie..banyak sangat hmtl tu……lepas pada paste embed die tu… AUTOSTART=TRUE tu nak letak kat mane????? aduhhhh…aduhhhhhh……..citer detaillll..plisssss
MP3 dah bley masuk, tapi macam mana nk autoplay?
nak letak mana AUTOSTART=TRUE tu?
tq
Entri terbaru dari isma..Janji
kpd admin,kalau nk ltk lagu lm bl0g cam ne?nk buat bile 0rang tgk blog kite,bunyi lagu
itu dah jadi auto start dah tu
info menarik thanx bro
blog try kat blog lirik
Entri terbaru dari Lirik Lagu | Online Lirik Galeri..Lirik Lagu Alyah – Pesananmu
terima kasih byk2….cara yg anda terangkan memang SANGAT BERKESAN dan MUDAH DIFAHAMI terutama saya yg masih merangkak dan still belajar sesuatu yg baru…TAHNIAH !!!
sama2, harap kita dah berkongsi sama2
x pham la…boley terang kan dngan detal
nur tak faham dekat belah mana tu? dah detail pun sy terangkan tu
assalamuaikum
saya nk tya macam mn nk letak lgu bayk2 dlm 1 list xyh guna youtube???
plz expalin
itu kena guna script tu
boleh ambil script di sini
http://scmplayer.net/
Assalam,saya dah dapat autostart tapi kalau nak lagu tu “loop” ( dimain scara berterusan ) bagaimana pula ? Tq bro
Saya berjaya masukan koad saudar beri tu serta dengan autoplay tapi ada tak kod supaya ia dimainkan berulang-ulang!
Entri terbaru dari shiken..Senarai tajuk,penulis dan harga dari pembaca novel
Bang aku sudah nyoba Alhamdulillah ada diblog, tapi yang jadi masalahnya adalah knp tak ada suaranya…??
boleh membantu ane?,.
Entri terbaru dari Anie Ayuningtias..Promosi hebat domain dan hosting dari KL Server.net
Admin mau nanya dong? Kalau cara ke lagunya itu, tempatnya dimana ya? saya bingung.
buka 4shared.com dekat situ banyak lagu
thanks sbb sharing………:)
abg assalammualaikum..abg nk tnye skit..saya ikot semua kod2 yg abg bgi…tapi perlukah sya install x-shockwave punye software sbb saya dh buat kat blog saya tapi dia tulis situ not plug-in..mcm mne bang??
tima kasih.. so noce. saya mmg x mau yg autoplay sbb boring gak kalau asyik dgr benda yg sama. thanks a lot
Saya dah upload lagu sy t xde keluar embeb tu cm mane ye..
embed tu kalau nak keluar kn ambil dekat mediafire tu