Cara nak block ip address spammer di blog

Tutorial
08/03/2011 | 57 komen »

spammer komen di blog

Masih ingat lagi tak dulu pernah blog ini buat dua post tentang spam dengan tajuk “Baru tinggal sehari banyak pula spam datang” dan selepas tu aku gunakan plugin growmap anti spambot untuk menghalang spam tersebut buat komen di blog ini namun ia tetap tiris dan post tentang “Spam masih lagi pintar” menyusul setelah spam tak berhenti menyerang dan sampai sekarang spam itu masih berleluasa di blog ini.

Pukul 5.30 petang tadi aku dah kosongkan spam di blog ini, namun sehingga pukul 11 malam sekarang spam tersebut masih lagi menyerang blog ini sampai 172 komen tambah satu trackback spam yang lepas masuk dalam ruangan spam di blog ini. Oh ya, cerita pasal trackback spam boleh rujuk di blog syahrilhafiz yang cerita pasal trackback spam ni.

Bila terlalu banyak komen spam aku tak nak ia berlaku sebab ada juga kadang-kadang komen dari pembaca blog ini yang terlepas ke kotak spam dan kalau aku delete semua spam nanti ada juga komen dari pembaca blog ini yang terdelete sama. End of the story nanti cakap aku sombong ataupun tak layan komen orang.

Jadi aku mencari jalan untuk block komen spam tersebut dari masuk ke blog ini dan beberapa bulan lepas aku cuba godek di bahagian Setting > Discussion dan pergi pada comment blacklist lepas tu masukkan ip address spammer tersebut supaya komen tersebut tidak masuk ke dalam ruangan spam lagi.

cara nak blacklist ip address spammerSelepas blacklist ip address dan dengan harapan cara ini dapat block spammer di blog ini, namun masih lagi spammer dapat masuk blog ini dan buat kerja-kerja spam dia. Itu cara pertama untuk block ip address spammer di blog dan hasilnya ia hanya mengesan spam tersebut dan tidak menghalang spammer tersebut membuat komen di blog ini cuma ia hanya berfungsi untuk memasukkan komen dari spammer tersebut ke ruangan spam dekat dashboard.

Hari ini aku cuba godek-godek cpanel di hosting aku untuk tengok ada ke tak fungsi block ip address tersebut dari akses ke blog aku dan akhirnya aku terjumpa fungsi IP Deny Manager.

gunakan ip deny manager untuk block ip address akses blog kitaDalam fungsi ip deny manager ini kita boleh block ip address yang dinginkan dan halang daripada akses ke laman web/blog kita dan itu adalah cara yang aku rasa yang mampu untuk menghalang spammer di blog ini.

ip address blockMasukkan sahaja ip address spammer tersebut dan klik add untuk blocked dan selepas itu blog ini tidak lagi dapat diakses oleh ip address dari spammer tersebut. Ok ini pendapat aku sahaja, mungkin spammer tersebut masih lagi boleh spam sekiranya dia menggunakan software untuk melakukan spam.

Itu sahaja yang terdaya aku lakukan untuk elakkan spam, walaupun komen spam tu tak berapa banyak tetapi kalau sehari dah 100 lebih dan kalau blog ini aku tak buka selama seminggu mahu beribu komen spam masuk dan sebagai langkah malas aku terus klik empty spam dan mungkin disitulah aku akan terdelete komen-komen pembaca blog ini yang masuk ke ruangan spam.

.

.

Nota : Tutorial kali ini penuh dengan bebelan dahulu,  perenggan-perenggan akhir baru tulis pasal tutorial..minta maaf ye rakan-rakanku semua.

Artikel yang berkaitan

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

57 Maklumbalas kepada: Cara nak block ip address spammer di blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge