Cara nak buat cloaking link affiliate

Tutorial
03/11/2010 | 76 komen »

cara nak buat cloaking linkSebelum tutorial ini panjang berjela ada baiknya diterangkan terlebih dahulu apa maksud cloaking link affiliate mengikut pemahaman aku.

Cloaking link ialah menyembunyikan alamat asal URL web yang dingini, ia digunakan oleh player affiliate untuk menyembunyikan affliate link mereka untuk mengelakkan bakal pembeli sesuatu produk yang menyediakan jualan melalui agen (affiliate) daripada terus membeli melalui alamat web jualan utama dan mendapat komisen jualan tersebut.

Contoh affiliate link http://www.kerja-kerajaan.com/index.php?ref=mijie dan laman asal link tersebut ialah http://www.kerja-kerajaan.com.

Tujuan kebanyakkan player affiliate menyembunyikan link asal adalah supaya pembeli sesuatu produk tidak pergi kepada web jualan asal dan membuat pembelian hanya melalui link yang telah mereka buat cloaking tersebut.

Harap kamu semua jelas apa maksud dan tujuan cloaking link ini dan tutorial ini adalah hasil daripada pertanyaan rakan blogger aku iaitu saudari warnnie pemilik blog http://www.bluedianthus.com/

Hasil dari pertanyaan warnnie aku pun hasilkan tutorial ini, bukan aku pandai tapi selagi kita berkehendak kepada sesuatu maka kita perlu berusaha untuk mendapatkannya. Bukan susah google kan ada, cuma maklumat yang kita dapat itu tepat ataupun sebaliknya.

Kita pergi kepada langkah pertama iaitu sebelum nak buat cloaking link perlu terlebih dahulu kita perlu ada domain dan hosting. Kebiasaan agen affiliate akan membeli satu domain dan hosting untuk membuat cloaking link dan boleh buat banyak-banyak cloaking link dengan mencipta subdomain. Kalau rasa banyak duit boleh buat satu domain untuk satu cloaking link.

Contoh yang aku nak berikan ialah melalui subdomain kerana aku tidak mempunyai duit yang banyak (hahaha). OK teruskan tutorial ini. Caranya ialah anda perlu cipta satu fail dan namakan ia sebagai index.html

subdomain untuk cloakingOk seperti gambar di atas, aku buatkan satu subdomain untuk tujuan cloaking link affiliate yang dikehendaki dan seterusnya lihat pada gambar di bawah.

cipta file index.htmlOk selepas kamu cipta subdomain tersebut gunakan Klien FTP ataupun Cpanel untuk masuk ke direktori subdomain yang telah di cipta di atas. Terpulang pada kamu samada hendak gunakan FTP ataupun cpanel untuk mencipta fail index.html seperti yang aku buat.

Kalau nak guna cpanel, klik pada New File dan namakan file tersebut sebagai index.html dan lihat langkah yang seterusnya untuk buat link cloaking.

Buka/edit fail index.html tersebut dan masukkan coding html dibawah

<html>
<head>
<title>Rahsia Kerja Kerajaan Sudah Terbongkar</title>
<meta name=”mssmarttagspreventparsing” content=”true”>
<meta name=”robots” content=”noindex”>
</head>
<frameset border=0 rows=”100%,*” frameborder=”no” margintop=0 marginleft=0 marginright=0 marginbottom=0>
<frame SRC=”http://www.kerja-kerajaan.com/index.php?ref=mijie” scrolling=auto frameborder=”no” border=0 noresize>
<frame topmargin=”0″ marginwidth=0 scrolling=no marginheight=0 frameborder=”no” border=0 noresize>
<body></body>
</frameset>
</html>

Ok seperti coding di atas, kamu semua hanya perlu copy paste sahaja dan ubah pada bahagia title yang aku highlight dengan warna purple kesukaan isteri aku :) dan juga URL link affiliate anda. Hanya dua benda sahaja perlu edit dan selepas itu klik save.

Ok sudah siap tutorial ini, senang dan pendek sahaja tutorial ini cuma selingan dan ayat merapu yang menjadikan ia panjang.

cloaking link url

harap maaf gambar tak berapa nak cantik

Contoh web jualan asal dengan url asal serta url yang telah aku cloaking pada gambar di atas. Ok dah habis baca tutorial sekarang tiba masa untuk anda mencuba, jangan lupa bagitahu aku kalau dah berjaya.

Rounded Rectangle: <html> <head> <title>Rahsia Kerja Kerajaan Sudah Terbongkar</title> <meta name="mssmarttagspreventparsing" content="true"> <meta name="robots" content="noindex"> </head> <frameset border=0 rows="100%,*" frameborder="no" margintop=0 marginleft=0 marginright=0 marginbottom=0> <frame SRC=

Artikel yang berkaitan

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

76 Maklumbalas kepada: Cara nak buat cloaking link affiliate

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge