Salam hari jumaat buat semua, kalau sebut hari jumaat pasti semua tersenyum sebab besok merupakan hujung minggu dan pasti ramai yang sudah merancang pelbagai akitviti bukan?
Ok lah tak nak cerita panjang hari ni nak tunjukkan pada kamu semua bagaimana untuk menggunakan mozilla firefox private browsing. Kalau yang dah tahu untuk menggunakannya sila betulkan apa yang aku nak tulis ni, mungkin ada kesilapan ataupun pemahaman yang salah.
Buat apa nak gunakan private browsing ni? Salah satu tujuan yang boleh digunakan ialah untuk melihat kedudukan di browser mozilla firefox tanpa sebarang cookies yang tertanam dalam browser kita, ini penting bagi melihat kedudukan sebenar blog kita dalam sesuatu keyword yang digunakan untuk blog kita seperti keyword HIDUP SEORANG BLOGGER yang tengah hot. Contoh perbezaan anda browser biasa dan yang menggunakan private browsing ialah cookies tidak disimpan dalam browser tersebut.
Lihat screen capture yang aku ambil disebelah kanan tu. Ini menggunakan mozilla firefox dalam keadaan normal mode dan semua data telah direkodkan apabila aku berkunjung ke blog idola aku www.kujie2.com. Semua data disimpan sebagai cookies dalam browser tersebut. Jadi kegunaan private browsing ialah anda boleh browser ke blog tersebut dalam keadaan fresh ataupun dengan kata lain ianya seolah-olah kali pertama anda berkunjung ke blog tersebut. Lihat gambar dibawah.
Lihat bila aku menggunakan private browsing je terus cookies tadi semua hilang dan blog kakjie merekodkan aku baru kali pertama berkunjung ke blog kakjie. Ok dah faham? Kalau dah faham aku tunjuk macam mana nak gunakan private browsing di mozilla firefox anda.
Mula-mula pergi ke Tools dan klik pada Start Private Browsing dan anda boleh menggunakannya. Gambarajah dibawah mungkin boleh menjelaskan lagi pemahaman anda.
Ok selain dari klik pada Tools di bahagian atas browser mozilla firefox anda. Boleh juga menggunakan short cut key pada keyboard anda iaitu dengan menekan Ctrl+Shift+P secara serentak dan akan keluar pop up seperti gambar dibawah untuk anda memulakan private browsing.
Ok klik sahaja start private browsing dan anda boleh menggunakan browser tersebut dalam keadaan dimana cookies langsung tidak di tanam dalam browser anda.
Sekian sahaja artikel kali ini dan selepas ni kalau anda nak tahu kedudukan sebenar blog anda dalam sesuatu keyword boleh gunakan tutorial yang aku sediakan ini. Buat peserta pertandingan Seo HIDUP SEORANG BLOGGER selamat berjaya dan selamat mencuba, yeahhh.
nice tips
thanks bro
Salam bro..thanks sharing info ni..good luck untuk contest hidup seorang blogger tu walaupun saya tak dapat join..hehe
lain kali pasti ada lagi, bolehla join
tutorial yg menarik…
gudluck untuk semua…
terima kasih bro
oo tu function dia rupanya. ingatkan surf senang nak hack ke apa ke haha ayat private tu semacam je. tq share
hahaah think positif
bro..thanks bro sebab dah buatkan entry ni..hehe..harap2 result nanti tidak dipengaruhi oleh cookies bila di check
betul tu bro, tapi aku yakin pihak penganjur cukup profesional
maknanya kita tidak perlu clear cookies setiap kalilah yerk…wah, bagus ni. ringan skit nak guna. thanks for sharing bro.
betul tu bro, sebab memang tak lekat cookies
tapi tulah, kalau tgh blogwalking and komen blog org. mmg kena disable baliik…kalau tak jenuh nak isi form komen selalu. haha
guna time nak check rank dan sebagainya, pastu kalau nak buat blogwalking pakai yang biasa balik
baru hari ni tahu kegunaannya
thanks
lain2 kegunaan ada lagi kot?
ada lagi, untuk affiliate yang nak orang membeli melalaui link mereka, boleh juga gunakan
ilmu baru… thanks bro…
ok sama2
steady tips ni, lepas ni nak buat camtu jugak lah
terima kasih, sekadar bekongsi, ni pun rakan juga yang membantu
wah mijie…tak tahu la pulak kate leh check cmtu..hehe..neway.tq..
tu la awk, asyik guna google chrome je, haha
kalau jenis banyak akaun adsense bagus kot guna benda ni,mijie? ……selain restart modem
tapi bang joe untuk adsense dia rekod based on ip, yg ni hanya clearkan cookies je
niceee…baru aku tau..
tpi mcmne nk dpt coding mcm kjie pnye tu ekk..mcm menarik plak..hehe..
kena tanya kakjie macam mana dia amik coding tu, hehe
terbaik la mijie..tak pernah nak ambil kisah pun pasal private browsing ni..hehe..nice sharing..
saya pun bertanya dengan rakan-rakan dan share di sini
owh baru aku faham..nice tips bro
ok thanks
saya pun baru tahu…
tapi
saya guna browser Safari…
tak taulah ada ke tidak camni
oh safari sy tak pernah guna
Opera pun ada fungsi ni
bro memang terbaik
Tip simple tapi menarik…tq
untuk pembaca setia blog ini
harap2 ia berguna kan
owh ok2… baru paham… kasi itu clear cookies.. huhu
yer betul, untuk mendapat result tanpa gangguan cookies