Cara nak guna twitter

Tutorial
30/04/2011 | 48 komen »

profile twitter heymijie

Aku tahu ramai yang tahu guna twitter dan aku percaya ada lagi dikalangan kita sampai sekarang tidak menggunakan twitter samada tidak tahu menggunakannya ataupun memang tak nak menggunakannya. Terpulang kepada anda kerana twitter ni bukanlah satu benda yang wajib untuk kita guna.

Sebelum pergi lebih dalam tentang twitter baik aku tunjukkan serba sedikit mengenai twitter.

muka depan twitterMuka hadapan/home page twitter aku paparkan status rakan-rakan twitter kita serta apa yang kawan-kawan kita retweet mengenai orang lain. Pada aku twitter ni lebih kurang Facebook juga yang boleh update pasal status kita cuma cara dan interface sahaja yang berbeza.

jumlah follower dan followOk pada bahagian ini akan menunjukkan jumlah tweet yang anda buat, tengok aku punya baru 2,228 je bermula dari bulan 12 tahun lepas aku start aktif twitter ni. Bahagian bawah tu jumlah yang aku follow serta jumlah follower aku. Ok kalau ada orang yang nak follow aku boleh masuk id twitter aku iaitu @heymijie.

trending di twitter hari iniOk ini pula trends yang wujud dalam twitter, trends ini akan berubah-ubah setiap masa dan bergantung kepada berapa ramai pengguna twitter tweet benda yang sama. Selalu kita dengar bila musim sukan atau sebagainya ada orang sebut “khairul fahmi” jadi trend dekat twitter la, eh anuar zain dah jadi trend dekat twitter la..itu contoh masa anugerah bintang popular baru-baru ini.

Kenapa mereka menjadi trending? sebab semua orang menggunakan hashtags yang sama apabila bercerita pasal sesuatu majlis ataupun kejadian.

HASHTAGS

contoh tweet reply

Kat atas tu adalah contoh hashtags yang digunakan didalam twitter, bermula dengan # dan seterusnya hashtags tersebut, contoh di atas pula ialah untuk peserta reviewer daripada maxis10 dan hashtags rasmi yang mereka guna ialah #maxis10.

Jadi gunanya hashtags ini ialah bila kita search hashtags tersebut maka akan keluar pengguna twitter yang menggunakan hashtags yang sama seperti gambar di bawah.

cara dapatkan result hashtags twitter

Ok itu adalah result untuk hashtags #maxis10, kita pergi ke seterusnya tentang twitter.

 

mention twitterTimeline adalah status-status terkini daripada rakan-rakan twitter kita manakala Mentions ialah status yang digunakan oleh rakan twitter kita untuk reply/memberitahu kita sesuatu. Contoh kat atas adalah mention dari rakan-rakan.

Ada dua keadaan mention, yang pertama ialah hasil dari apa yang kita tweet dan rakan kita reply tweet kita dan keadaan yang kedua ialah kita nak mention kepada dia tentang sesuatu. Contohnya kita sebut @azmanishak macam mana cuaca dekat wangsa maju bro?..ok itu adalah contoh sahaja.

cara nak reply twttierIni adalah tweet dari rakan dan kita boleh klik pada reply untuk ucapkan sesuatu kepada rakan-rakan twitter kita.

twitter reply to tweetOk kalau nak reply tweet kita hanya dibenarkan sebanyak 140 patah perkataan sahaja dan tidak boleh lebih dari itu, sama juga dengan FB ianya tetap ada limit kan.

Rasanya itu sahaja kot yang aku selalu gunakan untuk bersosial dalam twitter ini, selain itu sama juga dengan FB anda boleh gunakan DM (Direct Message) kepada rakan twitter kita jika nakkan ia sebagai privasi.

Harap faham la apa yang aku terangkan pada kamu semua tentang twitter ini dan akhir kata selamat bersosial di twitter pula lepas ni dan jangan lupa follow aku yer http://twitter.com/#!/heymijie

Artikel yang berkaitan

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

48 Maklumbalas kepada: Cara nak guna twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge