Cerita semalam yang hangat

Tutorial
29/11/2010 | 107 komen »

kambing biri biriSalam hari isnin untuk semua,

Hari ini sila abaikan tajuk entri di atas dan juga sila abaikan gambar yang sebelah kiri entri ini kerana ia langsung tiada kaitan dengan cerita yang hangat. Sebenarnya tiada yang hangat pun cuma hujung minggu ini aku pening sedikit semasa proses nak tukar theme.

Masa peringkat permulaan aku dah cuba satu theme yang mana theme tersebut mempunyai fungsi yang membolehkan kita ubah sidebar dan sebagainya melalui menu yang disediakan. Setelah berhempas pulas menyiapkan theme tersebut dan bila tiba masa untuk aku release kan blog ini dengan theme baru. Terasa macam tak cantik pula. Jadi aku pun hold dulu theme tersebut dan cuba mencari theme lain yang berkenan di hati.

Lepas puas merayau di internet aku cuba lihat theme mymudah dari blog etomyam dan aku pun mencuba theme tersebut. Lepas puas godek, tukar setting, buat header dan sebagainya. Terima kasih juga pada bro etomyam kerana sudi melayan panggilan telefon yang aku buat setelah beberapa setting yang aku puas buat tapi tak menjadi.

Setelah semuanya siap, maka aku pun test run theme tersebut dan nak lihat hasilnya, cantik memang cantik tapi hati rasa macam tak berapa nak sesuai pula untuk buat live blogging kalau guna theme ini, maka aku kembalikan theme kepada yang asal ini. Harap bro etomyam jangan ambil hati pula. Lepas tu nak nampak bagi kelainan sikit aku ubahkan iklan nuffnang ke bawah dan juga tukar header. Dah boring la letak muka aku.

Ok habis cerita hangat masa pula cerita suam-suam kuku.

Sebenarnya sebelum aku tengah nak tukar theme aku ada cari satu plugin yang mana membolehkan blog kita akan dipaparkan dalam keadaan maintainance mode supaya tidak mengganggu proses-proses editing theme, tukar theme ataupun baut maintainance.

Jadi aku kongsikan plugin tersebut di sini

Ok ini contoh paparan blog kita apabila kita aktifkan maintainance mode menggunakan plugin cj coming soon. Jadi semasa proses pertukaran theme dan sebagainya ia tidak akan menganggu pengunjung blog anda ataupun ianya dapat memberitahu pengunjung anda tentang proses yang sedang anda lakukan.

Download plugin tersebut disini  http://www.cssjockey.com/wordpress-plugins/custom-coming-soon-pages-wordpress-plugin

*perlu diingatkan, selepas aktifkan plugin ini sila klik Enable pada bahagian basic setting plugin ini untuk melihat paparan seperti di atas, dan sila gunakan browser lain untuk melihat paparan diatas kerana jika sekiranya anda menggunakan browser yang sama anda login blog anda maka anda tidak akan dapat melihat paparan di atas.

Ok dah habis pun cerita semalam, hangat tak?

Artikel yang berkaitan

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

107 Maklumbalas kepada: Cerita semalam yang hangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge