Bila sesekali buka MyBlogLog yang dengar ceritanya ianya akan ditutup tidak lama lagi, kebenarannya aku tidak pasti sebab malas nak tekan butang search dekat google. Jadi aku biarkan kamu semua mencari maklumatnya sendiri.
Ceritanya di sini ialah mungkin tidak kena dengan tajuk entri ini iaitu contoh surat cinta terhebat dan berbalik pada mybloglog yang juga mempunyai fungsi untuk menganalisa keyword yang digunakan untuk sampai ke blog kita. Dalam banyak-banyak keyword yang aku tengok ada satu keyword yang aku tertarik untuk tunjukkan pada kamu semua iaitu keyword “contoh surat cinta terhebat“.
Telan air liur sekejap aku bila ada juga orang yang masuk blog ini untuk mencari contoh surat-surat cinta yang terhebat, kenapalah google search bawa masuk ke blog ini bila orang cari keyword tersebut. Blog ini takder pun tips bercinta cintun serta surat-surat puitis untuk dihadiahkan kepada kekasih hati.
Setelah diselidik, kenapa google menyenaraikan blog ini sebagai salah satu yang related dengan keyword yang di cari ialah mungkin dulu aku pernah buat satu post tentang “Surat cinta untuk mu sayang“, haha itu adalah surat cinta bukan untuk kekasih hati.
Walaupun post yang aku buat itu bukanlah bertujuan untuk SEO ataupun komersial tetapi ianya tetap melekat pada enjin carian google.
Tips ringkas hari ini, di dalam kita cuba untuk menaikkan ranking blog, mendapat tempat di google search dan sebagainya kita perlu smart serta bersabar kerana kalau hari ini kita buat post baru tetapi belum lagi mendapat ranking di google tidak mustahil suatu hari nanti ia akan muncul juga dalam ranking google. Sabar itu nikmat
Cuba lihat pada gambar di atas, kata kunci atau keyword yang digunakan ialah “laman web teman pili bomba” dan walaupun blog ini tidak menulis tajuk entri secara spesifik tentang laman web teman pili bomba tetapi di dalam google ianya bukan menentukan ranking hanya bergantung pada tajuk entri semata-mata tetapi faktor lain seperti isi entri, keyword yang disumbat serta tag yang digunakan dan tidak lupa juga gambar yang digunakan.
Tengok pada gambar di atas iaitu dua ayat pertama iaitu laman web, google jumpa di dalam kandungan entri, manakala teman pili bomba pula berada di tajuk entri, dan cuba lihat berapa kali pengulangan untuk sesuatu keyword yang ditunjukkan, lihat sahaja pada perkataan yang google bold kan dengan biru serta hitam.
Ok itu sahaja tutorial kali ini, kalau tak faham sila ulang dan baca perenggan kedua terakhir dan terakhir sampai faham.
Nota : Mula-mula nak buat entri ini rasa macam nak buat secara umum, lepas tu fikir balik lama dah tak buat tutorial jadi kongsi la apa yang patut.
Haha~
mungkin ada benarnya itu adalah contoh surat cinta terhebat yang dilihat oleh pakcik google!
Banyak yang kita boleh pelajari dalam artikel di atas, mengenai kesabaran dan juga SEO. Sebenarnya itu mungkin adalah disebabkan oleh kombinasi keywords yang ada dalam artikel awak. Ditambah dengan tag dan gambar seperti yang awak nyatakan.
Entri terbaru dari Mama Murai..Alahai… Baiknya pak menteri bila berkempen
yer, kombinasi keyword dlm artikel sy tu yg menyebabkan blog sy masuk dlm rank di google mcm yg sy bagi contoh gambar dalam artikel di atas
keyword berkesan, cayalah bro, semestinya banyak cara kita boleh intro benda tu kalau tahu caranya
Entri terbaru dari syahrilhafiz..Trackback Sampah Spam Menjadi-Jadi
guna untuk kebaikkan dan jangan pula gunakan keyword yang menyebabkan pencari maklumat kecewa
Pingback: petalingstreet.org
memang dahsyat..
hahaha kebetulan je ni pun
Bermakna demo kena start post tips2 tulis surat cinta tu bro hehehehehe.
Entri terbaru dari Khairi..Perbezaan antara Poligami- Politeknik dan Poliklinik
haha malu boh nok buat ayat cintan cintun nih, kalau tergerak hati insyaAllah kawe buat
aku pernah dapat trafik hanya kerana keyword yang ada dalam komen sahabat
mulanya memang pelik dan hairan sekali
Entri terbaru dari tehr..Pantun Jiran Sebelah
memang, google kdg2 dkt ruangan komen pun di ambil kira untuk SERP
sesekali menulis sesuatu yang jarang orang tulis memang bagus juga.. kalau orang google keywords berkaitan, confirm blog kita juga naik
Entri terbaru dari kulanz..Blogger Jangan Lakukan 10 Perkara Ini
itu la pasal, kena niche yang baik memang boom la
Matt Cutts jurutera Google pernah memberi tip, fikirkan keyword yang mungkin orang taip didalam carian dan pastikan keyword itu ada dalam entri
Entri terbaru dari akubiomed..Apa Yang Bagus Sangat Belajar di Mesir Ni
terima kasih bro, tips yang bagus ni
kalah laman web asalnya tuh.. powerlah.. huhu..
Entri terbaru dari zik..Kartun malaysia- Samseng Hutan Part2 18sg!
hahaha