Gunakan fungsi search di blog

Tutorial
11/04/2011 | 35 komen »

fungsi search di blog Agak lama blog ini tak buat tutorial dan keinginan untuk aku buat tutorial dalam blog pun dah makin berkurang dan aku andaikan sekarang ramai yang dah pandai selok belok blog. Lagipun kalau aku buat tutorial panjang berjela pun bukannya orang baca pun, alih-alih dok hantar email tanya benda yang sama lagi.

Bila bercakap pasal pertanyaan email ni, semakin hari banyak pula email yang dihantar kepada aku tanya itu dan tanya ini, pelik juga bila makin kurang aku aktif berblogging makin banyak pula email yang datang. Masa aku aktif dulu tak banyak sangat pertanyaan yang diterima masuk ke dalam email aku. Oh ok bukan aku berlagak pandai ataupun sombong dengan email pertanyaan tersebut dan jauh sekali untuk aku mendabik dada tentang aku ni pakar dalam blog ataupun serba tahu.

Cuma kebanyakkan email yang diterima adalah soalan yang terlalu asas dan aku buat andaian soalah tersebut diajukan tanpa berusaha untuk mencari maklumat dahulu ataupun dengan kata lain nak jalan pintas untuk pandai sesuatu. Bukan tak boleh gunakan cara macam ni tapi ramai dah blogger yang memberi teguran berkenaan perkara ini jadi tak perlu aku dok ulang 2, 3 kali perkara yang sama dan harap semua faham.

Blogger juga ada masa untuk keluarga, kerjaya mereka jadi adalah tidak patut sebenarnya kalau kita tidak mengetahui sesuatu benda kita teruskan lontarkan persoalan tanpa kita terlebih dahulu mencari maklumat yang berlambak di dalam internet. Gunakan google untuk mencarinya. Tengok-tengok membebel juga aku akhirnya, maaf yer kawan-kawan.

Apa yang aku tulis kat atas tu baru intro untuk entri ini sahaja, tu lah kesan bila dah lama tangan ni tak menaip di blog dan macam-macam dalam kepala nak dikeluarkan.

Berbalik kepada perkara di atas tadi, sebenarnya aku amat menghargai orang yang menghantarkan pertanyaan kepada aku dan terus terang aku suka untuk menjawabnya selagi aku mampu untuk menjawabnya serta aku gembira bila mendapat email balas dari orang yang bertanya tersebut menyatakan mereka dah berjaya buat itu dan ini selepas aku menjawab soalan mereka. Selalunya lepas aku jawab email jarang yang email balas pada aku dan ada 2 kemungkinan iaitu sama ada mereka dah boleh selesaikan masalah mereka ataupun masih lagi tak faham apa yang aku jawab. Abaikan..

Sebenarnya fungsi search yang aku percaya kebanyakkan blogger meletakkan di dalam blog bukan untuk mencantikkan blog sahaja, bukan sekadar suka-suka tetapi ianya adalah salah satu fungsi untuk memudahkan kita mencari atau mendapatkan maklumat di dalam blog yang kita kunjungi.

Ikutkan dah jelas lagi bersuluh fungsi search yang wujud dalam blog aku ni sehinggakan aku buat satu statement “nak cari info?, taip di sini dan tekan ENTER”. Rasanya semua boleh fahamkan.

Jadi gunakan fungsi search jika kita nak cari maklumat dalam blog para blogger diluar sana tu, contohnya kita dah termasuk secara tidak sengaja ke blog seseorang dan bila sekali imbas kita baca apa yang blogger itu tulis dan nampaknya blognya menulis menjurus ke arah tutorial dan tips-tips berkaitan wordpress dan sebagainya.

Oleh demikian kalau ada yang kita terasa nak cari maklumat seperti cara nak pasang feedburner pada blog dan masa inilah kita boleh menggunakan fungsi search tersebut. Taip sahaja apa yang kita nak cari dan tekan ENTER dan segala apa yang kita nak sudah terhidang didepan mata, tak perlu lagi kita nak hubungi blogger tersebut unless apa yang blogger tu tulis masih lagi samar dan perlukan pencerahan.

tadaaa jawapan dari search di blogIni adalah contoh sahaja bagaimana kita boleh menggunakan fungsi search yang disediakan oleh pemilik blog untuk digunakan. Barulah kita digelar orang yang genius.

Ok dah tak mau tulis panjang takut nanti ramai pula yang sentap dan tak nak lagi email ke blogger dan kalau anda rasa aku ni sombong sila COP sekarang.

.

.

Kita punyai persamaan rambut yang hitam tetapi hati kita lain-lain, selagi manusia tu boleh menulis dan bercakap memang akan ada orang yang COP kita pelbagai gelaran, sombong, otai berlagak, perasan hebat dan macam-macam lagi, tapi aku hanyalah PETAI bukan otai ok.

Mohon maaf sekiranya terkasar bahasa dalam entri ini dan aku tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang, yang suka sila klik like haha yang tak suka sila tutup dan tak perlu masuk lagi blog ini. Sama-sama kita perbetulkan diri kita demi mewujudkan sebuah rumpun blogger yang disegani oleh orang luar dan dihormati oleh masyarakat.

Nota : Entri ini diterbitkan secara berjadual memandangkan aku sedang berkursus selama seminggu.

 

Artikel yang berkaitan

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

35 Maklumbalas kepada: Gunakan fungsi search di blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge