Jadikan Hosting berbayar anda percuma

Tutorial
16/04/2010 | 9 komen »

Memilik domain dan hosting sendiri adalah satu kenikmatan yang tidak dapat digambarkan bagi saya kerana kita boleh melakukan apa sahaja pada domain dan hosting tersebut selagi ianya tidak melanggar syarat yang telah ditetapkan oleh penyedia hosting tersebut.

Pada bulan febuari lepas saya telahpun membeli hosting daripada hostgator

Hosting hostgator berpengkalan di USA dan dengan 3 pakej yang disedikan iaitu Hatchlin, Baby, Business Plan tetapi sekiranya anda ingin mendapatkan hosting hostgator saya cadangkan anda membeli pakej Baby kerana ianya memberikan anda Unlimited Disk Space (Tiada limit untuk ruangan hosting), Unlimited Bandwith (Tak kira lah walaupun sejuta orang mengunjungi blog anda, tak perlu risau tentang had trafik yang masuk kerana ianya unlimited) dan juga anda boleh tambahkan domain tanpa had, database tiada had.

Saya faham harga yang ditawarkan adalah mahal iaitu USD 9.95 sebulan tetapi sekiranya anda ingin juga mendapatkannya anda boleh membuat bayaran secara bulanan dan ini meringankan sedikit beban untuk menggunakan hosting.

hosting hostgator murah

Selain itu anda boleh menggunakan kupod kod hostgator dan anda hanya perlu bayar $ 0.01 USD sahaja sebulan, semasa membuat bayaran pastikan anda menggunakan kupon kod hastgator ini “ newhgcoupon ” dan pada bulan pertama anda hanya perlu bayar USD 0.01.

Ok berbalik pada tajuk entri ini iaitu menjadikan hosting berbayar anda percuma, terdapat pelbagai cara sebenarnya dan ianya lebih kepada menukarkan beban ini kepada cabaran dan MOTIVASI untuk anda.

Saya ceritakan pengalaman saya dalam menggunakan hosting hostgator ini, pada mulanya memang takut untuk membeli hosting tersebut kerana untuk bayar setahun dah mencecah 90usd ++ ataupun dah hampir RM300 setahun mahal kan? jadi kalau untuk sebulan pun anda kena bayar USD $ 9.95=RM30 lebih kurang

Jadi apa yang saya lakukan ialah dengan membuang perasaan TAKUT tersebut dan tekadkan hati dengan membeli pakej Baby di hostgator dan membuat bayaran secara bulanan iaitu USD$ 9.95.

Memang tak dinafikan kadang kala saya pun tidak terlepas dari berfikir tentang adakah saya mampu untuk membayar sebanyak USD $ 9.95 sebulan? tetapi saya kuatkan semangat dan yakin yang saya mampu membayarnya dengan menggunakan hasil usaha sendiri tanpa mengeluarkan DUIT dari poket sendiri.

p/s: klik pada gambar untuk besarkan

Nah…tengok hasilnya, bulan pertama saya mengeluarkan hanya $0.01 sen sahaja untuk membayar hosting dan bulan kedua dan ketiga sekarang ni saya menggunakan duit hasil berblogging untuk membayarnya tanpa perlu mengeluarkan DUIT poket.

Perasaan takut saya sudahpun hilang dan sekarang saya sedang menikmati keindahan berblogging menggunakan domain dan hosting sendiri.

Saya mencetuskan semangat motivasi didalam diri dan hasilnya seperti atas. Saya yakin anda pun mampu melakukannya kerana perasaan TAKUT itu boleh dibuang dan cetuskan keinginan untuk mengatasinya.

Kepada pembaca blog ini, jangan takut untuk memulakan kerana “permulaan memang susah untuk dilakukan, tetapi apabila bermula anda akan merasa nikmatnya”.

Seperti kata fulltime blogger yang famous rohaizad dot com iaitu anda perlu melakukan “Turning Moment”

Sekian sahaja, terima kasih,

Chow shin chi.

p/s: selepas ni saya akan menghadiri seminar Smart Blogging untuk menambahkan lagi hasil dari berblogging, insyaAllah…jom ikut saya untuk melakukan Turning Moment.

Artikel yang berkaitan

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

9 Maklumbalas kepada: Jadikan Hosting berbayar anda percuma

  • imran berkata:

    Hebat bro mijie ni. Hosting main bayar dalam USD dan monthly pulak tu. Tak terikut saya macam ni :D

    • Admin berkata:

      mana ada hebat, ramai blogger malaysia pakai hosting luar…..yang bayar secara tahunan…sy bayar skit2 je, bro pun mampu apa….jadikan ia sebagai motivasi

  • zik berkata:

    suatu semangat motivasi yang sukar nak dapat… bagus2 nie..boleh jadi pendorong buat saya … ;-)

  • aktechpage.com berkata:

    Nak juga merasa hosting hostgator ni..
    Cuma belum smp seru lg ni…
    Semakin mantap bro ni… :)

  • Amy berkata:

    rembat je bro, yg penting kn usaha la

    saya biasa2 je, ramai lagi orang kat luar tu hebat2 :)

  • sangilapi berkata:

    macam ni lu guna yang 995usd sebulan supaya lu lagi kuat berusaha …..amacam ? :)

    apapun hua sokong cara macam ni…..mencabar potensi diri.

    • Admin berkata:

      haahhaah….pakai myvi je bro, takkan cita2 nak potong ferarri, dpt potong wira pun dah cukup,

      hahaha ok tak perumpamaan aku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge