Naikkan trafik blog part 2

Tutorial
31/03/2010 | 43 komen »

Artikel ini adalah sambungan artikel sebelum ini iaitu cara untuk menaikkan trafik blog anda.

Apa yang saya tulis didalam artikel ini adalah 100 % yang saya amalkan untuk naikkan trafik blog ni dan ianya mampu dilakukan oleh anda tanpa perlu skill yang tinggi dalam bidang IT ataupun sebagainya. Bagi mereka yang dah advance dan blogger tegar banyak cara yang boleh digunakan seperti On Page SEO dan Off Page SEO

Tapi teknik yang saya kongsikan ini ialah tidak menggunakan teknik-teknik orang yang mahir. Baiklah saya sambung teknik yang seterusnya untuk menaikkan trafik blog anda.

Teknik #4 – Menulis di Wall Facebook ataupun laman sosial yang lain.

cara naikkan trafik blog menggunakan facebook

Untuk menaikkan trafik blog anda, teknik yang keempat ini boleh digunakan untuk anda menaikkan trafik blog anda dengan menulis sesuatu yang berkaitan dengan blog anda di Wall Facebook dan masukkan link/alamat blog anda dan sharekan dengan rakan-rakan anda.

Contoh mudah ialah..anda menulis satu artikel di blog berkenaan siti nurhaliza sudah mengandung ke, pastu anda letakkan di Wall Facebook seperti contoh diatas. Ini adalah contoh je, gunakan kreativiti anda.

Sekiranya anda mempunyai rakan facebook seramai 5000 orang dan hanya 5% sahaja yang klik link yang anda letak bermakna sudah 250 orang yang berkunjung ke blog anda, mudah bukan teknik ini.

Tetapi anda perlu ingat, jangan melakukan perkara tak senonoh seperti spam di Wall rakan-rakan anda, hanya letakkan di Wall Facebook anda sahaja, yang penting etika dan buatlah dengan cara yang berhemah.

Ok habis untuk teknik ke 4 dan terus kepada teknik yang seterusnya.

Teknik #5 Link Exchange

link exchange

Link exchange boleh dipanggil sebagai teknik ataupun jalinan blog anda dengan rakan blogger yang lain. Caranya saya rasa tak perlu lagi saya terangkan secara terperinci.

Apa yang perlu anda lakukan ialah ketika anda mengunjungi blog rakan-rakan yang lain bertanya kepada mereka samada sudi ataupun tidak untuk bertukar link dengan anda, kebiasaanya kalau anda approach mereka dengan cara baik, hasilnya pasti berbaloi.

Tips untuk exchange link ialah cari blog yang mempunyai niche ataupun blog yang membincangkan perkara yang sama, contohnya kalau blog anda hiburan, cari blog hiburan untuk bertukar link.

Sekiranya anda dapat bertukar link dengan blog rakan-rakan lain yang glamer dan mempunyai trafik yang tinggi anda pun akan mendapat tempiasnya dan saya harapkan tiada dari kalangan pembaca blog ini menganggap pertukaran link itu adalah sebagai mengambil kesempatan terhadap blog yang glamer.

Teknik #6 Signature Email

teknik naikkan trafik blog guna gmail

Teknik apa ni? apa yang saya boleh katakan ialah ianya begitu ringkas dan anda hanya perlu masukkan sahaja pada ruangan signature email yang anda gunakan samada Gmail, Yahoo ataupun Hotmail dan sebagainya. Cara ianya berfungsi ialah sekiranya terdapat rakan ataupun sesiapapun yang menghantar email kepada anda, pastikan email anda ada signature seperti gambar diatas, jadi apabila anda membalas email tersebut signature anda disertakan sekali kedalam email tersebut dan ada link ke blog anda. Mudah, ringkas dan padat

Sekian sahaja perkongsian berkenaan langkah-langkah ataupun cara untuk menaikkan trafik blog anda dengan cara yang percuma dan saya percaya semua teknik yang telah saya kongsikan amat mudah untuk anda lakukan kerana ianya tidak memerlukan sebarang kos mahupun kepakaran yang tinggi.

Artikel yang berkaitan

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

43 Maklumbalas kepada: Naikkan trafik blog part 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge