Ingat tak semalam aku menulis satu entri tentang apakah faktor anda menjadi subsriber blog? Jadi kali ini aku nak kumpulkan semua pendapat yang diberikan didalam entri ini. Aku akan cuba buat rumusan tentang faktor tersebut supaya kita dapat berkongsi bersama.
Cara Penulisan yang tersendiri – Kujie
Ianya berkait rapat juga dengan mendapatkan pengunjung setia, trafik dan orang akan datang berulang kali bilamana penulisan kita itu melambangkan identiti blog kita. Jadi nak dapatkan subsriber penulisan mestilah tidak meniru, jangan pula nanti bila orang baca blog kita lepas tu cakap ” eh, ni macam artikel yang aku dah baca kat blog si B tu..”. Kalau bercita-cita nak dapatkan subscriber perlu usaha untuk membentuk identiti tersendiri.
Tips dan Info yang berguna – zik, bro samdaddycool, syahrilhafiz, iza, mdhafiz dan pemerhatidunia
Sememangnya jika blog kita memaparkan info serta tips yang berguna ianya juga mampu menarik pembaca blog untuk sentiasa mengikuti penulisan yang kita buat. Namun tidak semua blogger berada dalam kategori ini jadi ianya bukanlah syarat wajib untuk blog kita memberikan tips ataupun info. Bergantung kepada isi kandungan blog itu sendiri.
Daily Update - Kujie, akubiomed
Ada blog yang melakukan daily update dan ini merupakan salah satu cara untuk mendapatkan subscriber, salah satu sebabnya ialah tidak ingin terlepas tentang artikel yang baru dikeluarkan ataupun subscriber yang tidak mempunyai banyak masa untuk melakukan blogwalking dan sebagainya. Jadi penyelesaiannya ialah subscribe melalui email dan setiap kali keluar entri terbaru ianya akan dihantar melalui email.
Menjadi rakan blogger – samdaddycool
Tidak dinafikan lagi, bila kita menjadi rakan blogger dan bukan setakat online malahan offline semestinya kita akan ada perasaan ingin tahu tentang rakan kita tersebut, entri terbaru yang mereka tulis pastinya ingin kita baca. Jadi bina hubungan antara rakan blogger dengan baik.
Tidak membosankan – Iza, Eizil
Terlalu subjektif untuk aku terangkan kerana setiap orang mempunyai tafsiran yang tersendiri, tetapi secara umumnya blog yang unik, jalan cerita yang menarik dan membuatkan pengunjung blog akan terus melekat di blog tersebut untuk terus membaca apa yang ditulis. Elakkan dari menggunakan bahasa yang kesat ataupun terlalu banyak ayat ringkas yang menimbulkan rasa bosan untuk membaca blog.
Banyak lagi tips yang aku nak huraikan tetapi aku rasanya di dalam entri terdahulu masing-masing sudahpun memberikan pendapat dan antara pendapat tersebut ialah pastikan blog kita sentiasa segar dengan entri terbaik, jangan hanya sekadar menulis blog untuk melepaskan batuk ditangga.
Artikel yang menarik dan penulisan yang bagus seperti blog khairi juga menjadi faktor untuk mendapat subscriber. Selain itu walau indah mana sekalipun bahasa dan artikel yang kita buat tetapi layanan kepada pengunjung blog kita tidak peduli maka ianya juga menjadi faktor pengunjung blog akan mula menjauhi blog kita. Layanan baik disini bukan bermaksud menjadikan mereka sebagai raja dalam blog kita tetapi cukup kalau kita memberikan respon atas apa yang mereka komen dan berikan pendapat.
Kemesraan dan hubungan dua hala antara pemilik blog dan juga pembaca adalah faktor yang penting jika kita inginkan mereka menjadi subscriber dalam blog kita. Ingat menjadi blogger tidak perlu untuk meninggi diri, jangan kerana kita mempunyai ramai pengunjung sehingga kita tidak layan mereka semua. Binalah hubungan yang baik dengan mereka.
Itu sahaja aku rasa ulasan yang boleh dibuat hasil dari entri terdahulu dan jutaan terima kasih kepada semua yang telah memberikan pendapat mereka di ruangkan komen tersebut.
Ada lagi tak rakan-rakan lain yang nak tambah? Silakan
bagi yang guna hp terkini boleh dapatkan email melalui hp dan ini cara terbaik
aku tak pasti adakah google reader juga boleh dilayan dengan hp canggih ni [aku tak pernah cuba]
eh, 1st ke ni?
Entri terbaru dari tehr..Pantun Ikan Sawah
Bro TehR bila hendak pasang feedburner di blog bro?
aku pun tunggu dia pasang, tutorial dah ada kat blog aku neh untuk pasang
sebenarnya aku tak tahu apa kelebihan feedbuner sebelum ni, hanya kini aku tahu faedahnya
aku akan cuba pasang secepat mungkin
insyaallah
Entri terbaru dari tehr..Pantun Ikan Sawah
sekarang dah tahu kan, so cepat2 buat, hehe
Bila aku tahu sesebuah blog aku ada subscriber, aku mula rasa bersalah bila nak mempromosi sesuatu produk. Tapi hakikatnya, teknik promosi biar betul. Ayat biar kena.
lagi satu, jangan hentam sembrono mempromosikan sesuatu produk. .. hasilnya, kemungkinan kita akan dapat emel pemberitahuan.. polan si polan, telah unsubscribe daripada blog nada…
Entri terbaru dari samdaddycool..Video aksi bolasepak Malaysia menentang Indonesia versi lawak
betul tu bro, kena ada cara yang betul..supaya kita ni tidak di cop sebagai penjual semata2
aku dah terkena, sebab letak link churp-churp sebagai entry blog…
Entri terbaru dari samdaddycool..Video aksi bolasepak Malaysia menentang Indonesia versi lawak
huhu siot je kalau mcm tu
mesti subscriber tu tak bole blah tgk aku nyer entry ‘pemalas’
Entri terbaru dari samdaddycool..Video aksi bolasepak Malaysia menentang Indonesia versi lawak
hahaha no komen
rasanya boleh tapi aku pun belum explore lagi, heehe
p/s; u are 1st
feedburner nie ada dia punya statistic visitor count.. aku pun tak berapa nak explore… huhu..
Entri terbaru dari zik..Pencarian Imam Muda Musim kedua 2011 sudah bermula!!
betul tu zik, rajin ngan tak je nak explore tu
Memang apabila seseorang hendak subscribe feed sesuatu blog sangat subjektif tapi apa yang dirumuskan diatas memang ada kebenarannya.
Entri terbaru dari akubiomed..Blog AkuBiomed dimakan ular Nuffnang
itulah, sharing is caring
nice tips. komen2 yg bernas dr otai2 semua tu. huhu. blog aku takde org yg nak subcribe ke?
Entri terbaru dari RedBoys..Bicara Contest
ada tu, mungkin masa belum sampai lagi
sebenarnya ada je yang subscribe. ada dkt 20 lebih. oklah. hehe.
insya allah lepas ni red akan sentiasa update.
Entri terbaru dari RedBoys..Bicara Contest
ok la tu, aku setahun pun baru 40 orang je
tu le. ada juga yang sudi subscribe. terharu.
Entri terbaru dari RedBoys..Bicara Contest
Ala…red jarang up date la…hehe.
Tak subcribe pun tak apa sebab aku amat prihatin untuk melihat blog yg di update setiap hari di list blog. Kalau up date, pasti ku akan datang komen….jgn risau.
Cuma kalau tak berkesempatan untuk online je akan sunti seketika…
Entri terbaru dari iza..Penangan Aura Shape Up Vest Corset
*sunyi…pembetulan..
Entri terbaru dari iza..Penangan Aura Shape Up Vest Corset
Semua yang kat atas tu betul pada pendapat aku
Entri terbaru dari dnoBiz..Berita Buruk Untuk Blogger – Google ambil tindakan terhadap aktiviti Link Exchange
terima kasih bro
sedang menaik kan lagi jumlah subscriber sekarang ni
Entri terbaru dari etomyam..Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter
hehe ada je bro jaz ni
identiti sendiri, macam mijie..haha
lut ko pun apa kurangnya, lama tak nampak.. dah sihat ke skrg ni, hari tu dah siap mambang2 lagi
Kumpulan tips yg bagus ni….
Entri terbaru dari iza..Penangan Aura Shape Up Vest Corset
untuk tatapan bersama
Daily update tu aku rasa yg paling penting kot, tapi jgn sekadar update tp isi ntah ape2 plak. Ye tak?
Entri terbaru dari faizul..Kisah Tak Terlupakan 2010
betul tu, kualiti perlu dijaga, bukan hanya sekadar kuantiti
hehe… daily update ni tough jugak nk buat… tambah pulak dengan entri yang berkualiti…
tp utk blog peribadi…. “hentam sajalah”
Entri terbaru dari Fahmi Raazali..AkuLearnCom Genap Setahun…
buat jer janji ianya tidak terlalu mengarut
sekadar membaca tips yang dihidangkan nak bagi nasi tambah memang gua tak tahu
Entri terbaru dari sangilapi..bengkel blackberry
takleh tambah nasi, kasi lauk pun tak per bro joe
bab lauk, memang brader sorang ni tak bole challenge…
Entri terbaru dari samdaddycool..Video aksi bolasepak Malaysia menentang Indonesia versi lawak
heheeh ko jangan, nanti dia bersuara kan
aku terima sebagai teguran seorang sifu beb..
Entri terbaru dari samdaddycool..Video aksi bolasepak Malaysia menentang Indonesia versi lawak
kah kah kah, betul tu bro sam, sifu aku juga tu
Huraian yang jelas, walaupun memang tiada jawapan yang tepat, tetapi senarai ini boleh dijadikan panduan yang baik untuk sesiapa yang ingin mendapatkan senarai langganan yang lebih ramai.
Entri terbaru dari Eizil..Banjir di Kelantan
terima kasih bro, kalau ada yang tak berapa berkenan tegur je aku ni
Saper aa aku ni nak tegur2 orang lain bro. hehehe
Entri terbaru dari Eizil..Pakej hosting bersama domain percuma
ala bro, kalau bab2 yg tak berapa kena tu boleh je tegur, aku ni kadang2 terbabas juga time menulis ni, hehe
insyaALLAH bro, sama2lah kita memperingati antara satu sama lain…
manusia tak lari dari kesilapan, kita perlu sentiasa cuba untuk memperbaikinya
Entri terbaru dari Eizil..Banjir di Kelantan
terima kasih bro eizil
salah satunya ialah post2 yang kita buat tuh.. mungkin bersambung/bersangkut paut… dengan entri akan datang.. so sebab tuh kena subscribe…
Entri terbaru dari zik..Pencarian Imam Muda Musim kedua 2011 sudah bermula!!
betul tu zik, rugi oo ketinggalan
Tips yang sangat berguna dan menarik. Thanks for sharing..
sama-sama bro
salam..
nice tips..
nanti saya akan
praktiskan..
Entri terbaru dari zulkbo..Kalau Beginilah Harganya
salam,
terima kasih zulkbo
hehe, nicely said.. aku rasa benda yg aku kurang adalah post yang mempunyai info2 berguna.. sebab content blog aku, aku maen tibai jerr.. rasa nak tulis benda nie, aku tulis.. hahahahha
Entri terbaru dari samanosuke_04..Dota 2 Bakal Keluar Hujung 2011!!
kalau personal dan unik pun boleh jadi ramai follower tau, yg penting bukan info sahaja ciri2 dia, unik pun salah satunya..contoh terdekat blog rezekimurah tu
wow.. pendapat aku pun ada sekali la..hehe..
pendapat yg x seberapa tu…
masih lg merangkak lh aku ni dlm dunia blogger…
Janji ianya memberikan manfaat bersama
siapa dia tu pemerhatidunia?
Entri terbaru dari Ali ridha..Facebook bakal ditutup kerana tekanan kerja
ni mesti tak baca entri sebelum ni..
blog aku yang ni
kebanyak kan entri sendiri.
Entri terbaru dari Ali ridha..Facebook bakal ditutup kerana tekanan kerja
gaya tulisan ikut sendiri.
tiada main ikut sangat orang.
Entri terbaru dari Ali ridha..Facebook bakal ditutup kerana tekanan kerja
setiap blog ada tujuan masing-masing.
Entri terbaru dari Ali ridha..Facebook bakal ditutup kerana tekanan kerja
aku ni kekadang kemaskini
blog.
Entri terbaru dari Ali ridha..Facebook bakal ditutup kerana tekanan kerja
senang trafik naik mencanak ni.
Entri terbaru dari Ali ridha..Facebook bakal ditutup kerana tekanan kerja
bagaimana menulisan seorang
hanya tahu salin & tampal je.
idea sendiri tiada.
Entri terbaru dari Ali ridha..Facebook bakal ditutup kerana tekanan kerja