Tutorial buat ringkasan pada feedburner

Tutorial
13/12/2010 | 47 komen »

buat ringkasan pada feedburnerSudah lama rasanya blog ini tidak menulis mengenai tutorial dan aku pasti ada antara kamu sudah boring dengan blog ini. Maklumlah aku hanya blogger separuh masa dan bila ditambah dengan kerja yang bertimbun, outstation, kursus dan sebagainya membuatkan aku kadang-kadang mampu update blog menggunakan live blogging dari handphone buruk aku sahaja (tak sabar nak pegang HTC Desire Z dari Maxis 10) lagi 2 minggu.

Ini hanya intro sahaja, berbalik kepada tajuk entri ini, kalau anda semua masih ingat aku pernah buat tutorial bagaimana untuk pasang feedburner pada blog kita dan beberapa tips untuk menampakkan feedburner kita cantik serta ringkas. Tutorial kali ini pula ialah bagaimana untuk buat ringkasan pada feedburner kita seperti contoh feedburner daripada blog rohaizad yang aku langgan.

Caranya cukup mudah dan hanya perlukan dua langkah mudah sahaja dan pastinya aku akan sertakan dengan gambar sekali supaya kamu semua lebih faham. Untuk lebih jelas mari aku terangkan apa beza feedburner biasa dengan feedburner yang ringkas ini serta kelebihannya yang mungkin boleh digunakan.

Kalau kita hantar artikel terbaru kita menggunakan feedburner tanpa ringkasan seperti di atas, para pembaca blog akan lebih cenderung untuk membaca artikel terkini hanya melalui email sahaja kerana keseluruhan entri tersebut telah pun dihantar ke dalam email. Keberangkalian untuk subscriber blog kita akan klik pada link tersebut pastinya sukar untuk dijangka serta link ke entri yang dihantar akan diklik apabila mereka ingin meninggalkan komen sahaja.

Berbanding dengan feedburner yang dibuat ringkasan, sudah pasti link ke blog akan diklik sekiranya subscriber blog kita ini hendak membaca entri penuh tersebut.

Perhatikan dua langkah mudah untuk buat ringkasan feedburner ini.

buat summary feedburnerLangkah yang pertama sudah tentu setting diperlukan didalam blog wordpress kita untuk menjadikan feed yang dihantar oleh blog hanya berbentuk summary/ringkasan sahaja. Jadi untuk setting each article tersebut tukarkan daripada full text kepada summary.

summary burner ataupun ringkasan feedburnerSetelah setting dibuat jangan lupa untuk klik save dan langkah kedua ialah seperti gambar diatas iaitu kamu perlu buka feedburner kamu dan pergi kepada bahagian Optimize dan pilih Summary Burner seperti gambar di atas.

Dalam ruangan Teaser isi sahaja apa ayat yang anda mahukan dan klik save. Teaser diatas adalah contoh feed yang aku buat untuk blog ini.

Ok sudah siap summary burner yang dilakukan dan untuk melihat hasilnya pastinya kamu perlu terbitkan entri terbaru serta kamu langgan blog kamu sendiri untuk melihat hasilnya yang akan dihantar melalui email.

Itu sahaja tutorial pada kali ini dan tutorial ini adalah lanjutan daripada pertanyaan yang dikemukan oleh cik dila dari write for hire yang sekarang tengah buat projek besar tu. Betul tak dila? hehe.

Kalau kamu tidak faham tentang tutorial ini silalah hubungi aku ataupun tinggalkan pertanyaan anda diruangan komen dibawah. Sekian sahaja laporan untuk kali ini.

.

.

@mijie-lama betul tak menulis tutorial ni, tapi bila start dah rasa macam tak boleh nak berhenti menekan keyboard

Artikel yang berkaitan

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

47 Maklumbalas kepada: Tutorial buat ringkasan pada feedburner

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge