Tutorial pasang feedburner di blog anda

Tutorial
17/06/2010 | 42 komen »
install feedburner dari google

Google Feedburner

Tahukan anda feedburner telah pun dimiliki oleh google? sebenarnya dah lama dah pun google ambil alih feedburner ni. Tutorial kali ini ialah mengenai cara bagaimana untuk pasang feedburner yang disediakan oleh google untuk diletakkan di dalam blog anda.

Untuk menggunakan feedburner ni anda perlu pergi ke url ini http://feedburner.google.com dan gambar seperti sebelah tu akan keluar. Anda hanya perlukan akaun gmail untuk login feedburner ini ataupun sekiranya anda sudah mempunyai akaun gmail lagi lah senang.

Baiklah kita pergi ke langkah seterusnya bagaimana nak pasang feedburner ni. So macam biasa tutorial ini akan dibawakan secara santai dan disamping nasi tambah serta perisa seperti MSG untuk menyedapkan dan menambahkan selera (kefahaman) anda.

So, kalau yang dah ada akaun gmail, lagi senang dan kalau yang belum ada akaun gmail tu, pandai lah yer daftar satu akaun gmail. Kalau tak reti nak daftar akaun gmail jangan tanya saya..buat malu je lah wei..Gi tanya pakcik guard dekat bank tu, semalam saya tengok dia baru je daftar akaun gmail depan saya, pasti dia boleh tunjukkan untuk anda. So seperti biasa. Selepas login ke akaun google/gmail anda akan dibawa kembali ke akaun feedburner yang sudah bersiap sedia untuk anda gunakan. Lihat gambar dibawah bagaimana langkah demi langkah akan saya tunjukkan untuk anda. Kita mulakan dengan gambar pertama ok.

login akaun gmail

So login dulu yer untuk meneruskan ke step seterusnya. Oh ya jangan langkau step nanti buruk padahnya.

claim your feedburner

Jadi selepas login anda akan dibawakan ke gambar seperti diatas, seterusnya ialah ikuti gambar seterusnya.

masukkan alamat blog anda untuk feedburner

Seperti gambar di atas, masukkan alamat blog anda dan tekan je butang next tu, tak kisah ok anda punya blogspot ke wordpress ke tak kisah, janji anda ada blog dan boleh gunakan feedburner ini. Ok kita pergi ke gambar seterusnya.

gambar bogel luna maya dan airel di feedburner hahaha

OK sudah hampir siap sebenarnya, anda hanya pilih default je, pastu klik je butang next.

feedburner sudah siap

klik pada gambar untuk besarkan

Ok seperti gambar di atas, anda boleh tukarkan feed title mengikut kehendak anda serta feed address pun anda boleh tukar kalau anda suka. Selepas tu klik je next ok.

feedburner googleYeah, sudah hampir siap dan feedburner anda pun sudah hampir ready untuk digunakan, apa yang perlu dilakukan lagi selepas keluar gambar seperti diatas ialah dengan hanya menekan butang keramat Next.

biarkan kosong feedburnerOk bila dah sampai seperti digambar di atas, anda boleh gatal tangan untuk tick tempat mereka sediakan, tapi pada saya butang Next lagi best untuk di klik.

godam feedburnerOk sekarang sudah tiba masa untuk menggodam feedburner ini, dan selalunya bila dah sampai tahap seperti gambar diatas, saya lebih exicited untuk ambil coding feedburner untuk diletakkan di dalam blog saya, jadi untuk anda ambil source code bagi menggunakan feedburner klik sahaja pada pilihan Publicize seperti gambar dibawah.

feedburner ready to publishBaiklah sebelum anda boleh dapatkan source code (kod sumber) untuk diletakkan di dalam blog anda, terlebih dahulu anda perlu aktifkan dulu fungsi email subscriptions yang feedburner google sediakan, caranya klik sahaja butang Activate seperti gambar diatas.

source code feedburner

Seterusnya seperti gambar di atas, copy source code yang dalam bulatan merah, pastu paste kan kod tersebut ke dalam widget ataupun html/text di blogspot.com, rasanya semua dah tahu cara untuk masukkan html kod dekat blog masing-masing, so tak perlu saya tunjukkan lagi kan?

email subscribtion feedburnerGambar di atas tu adalah contoh source code yang di letakkan di sidebar blog, untuk menukarkan bahasa english ke bahasa melayu tunggu sehingga part 2….aduh sekali bersambung la..

Part 2 nanti saya akan bercerita bagaimana untuk mencantikkan feedburner anda, waktu penghantaran artikel anda dan macam mana nak masukkan jumlah reader dalam blog kita serta sebagainya, jadi tunggu…

Tentang Penulis: Admin

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

42 Maklumbalas kepada: Tutorial pasang feedburner di blog anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge