WordPress 3.0.1 sedia untuk di update

Tutorial
31/07/2010 | 40 komen »

WordPress 3.0.1 sudah sedia untuk di update bagi pengguna yang menggunakan hosting sendiri (self hosting) yang tentunya menggunakan platform wordpress.

Jadi kepada anda yang menggunakan wordpress untuk blog anda bolehlah berbuat demikian supaya blog anda menggunakan wordpress version terkini dan setakat artikel ini ditulis, wordpress 3.0 telah di download (muat turun) sebanyak 11 juta kali. WordPress 3.0.1 yang baru sahaja di lepaskan ini telah menyelesaikan bug-bug yang wujud di dalam wordpress 3.0. Sudah tentu kalau setiap kali wordpress keluarkan versi yang terbaru pasti akan ada penambahbaikkan.

Baiklah kepada semua blogger yang menggunakan wordpress, boleh update versi terbaru ini dengan cara yang paling mudah iaitu anda hanya perlu klik Please update now pada bahagian atas dashboard wordpress blog anda. Selepas itu wordpress akan update secara automatik dan tidak memerlukan kefahaman teknikal pun.

update blog wordpress automatikApa yang perlu anda lakukan selepas klik pada Please update now akan keluar paparan seperti gambar disebelah kanan ini, terdapat peringatan yang penting iaitu wordpress menyuruh kita membuat backup database dan file blog terlebih dahulu sekiranya semasa proses update wordpress 3.0.1 menghadapi masalah. Jadi nasihat saya buatlah bakcup terlebih dahulu untuk mengelakkan terjadinya perkara yang tidak dingini.

Namun sekiranya anda berhati kering ataupun macam saya ni jenis buat selamba je, tak perlu buat backup dan terus klik pada butang Update Automatically. Sila ambil risiko anda sendiri ye kalau nak terus klik update automatik tu dan jangan saman saya ataupun cakap saya yang suruh. Risiko ditanggung sendiri. Tetapi saya berjaya update wordpress 3.0.1 tanpa membuat backup. So pilihan ditangan anda.

Sekiranya blog anda berjaya update wordpress kepada versi 3.0.1 tadi akan terpapar mesej seperti gambar dibawah dan itu bermakna tiada sebarang masalah yang dihadapi semasa melakukan update wordpress secara automatik tadi.

wordpress 3.0.1 siap update

akhirnya berjaya update wordpress

OK selesai berita blogger hari ini dan selamat berhujung minggu buat anda semua, yang merancang untuk balik ke kampung dengan menggunakan kenderaan sendiri, pandulah berhati-hati dan ingat orang yang tersayang ” KELAJUAN ADALAH MEMBUNUH“.

.

.

.

@mijie- sudah pun berada di kampung dan sangat gembira kerana tidak perlu lagi berebut internet dengan adik ipar kerana rumah mentua baru sahaja dikuasakan oleh Streamyx 1MB dengan kemudahan WIFI, yihaaaa.

Artikel yang berkaitan

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

40 Maklumbalas kepada: WordPress 3.0.1 sedia untuk di update

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge