Analisa trafik bulan jun

Umum
05/07/2010 | 48 komen »

Mungkin terlambat sedikit untuk review trafik pada bulan jun bagi blog ini, tetapi nak juga buat dan pastinya bulan Jun ialah bulan yang buat saya tersenyum. Walaupun trafik tidaklah begitu tinggi tetapi ok lah untuk orang yang tak popular seperti saya ini dan blog ini pun baru berusia 6 bulan.

Kalau dilihat pada trafik summary sebanyak 2242 unique visitor telah menjengah blog muhammad tarmizi dot com, jumlah pelawat yang berkunjung juga meningkat kepada 5063 dalam tempoh sebulan dan bilangan pages yang telah dilawati ialah sebanyak 22575 dan turun sedikit berbanding dengan bulan mei 22987, mungkin sebab artikel bulan mei lebih banyak dari bulan jun. Hits untuk jun telah meningkat dan telah pun mencecah 100 ribu lebih..

Secara peribadinya saya berpuas hati dan merasakan usaha yang saya lakukan berbaloi kerana target untuk bulan jun ialah mencapai 2000 unique visitor dan ianya telah tercapai. Alhamdulillah matlamat untuk menulis blog dan berkhidmat telah tercapai.

Nampaknya peningkatan ini bukanlah boleh dikecapi sekelip mata dan banyak usaha yang dilakukan untuk mencapainya. Bukan setakat ping blog, menggunakan gengblogger ataupun social media yang lain. Tetapi blogwalking juga perlu dilakukan untuk berada di tahap ini. Saya masih lagi berpijak di bumi yang nyata. Jangan bandingkan blog saya dengan blog-blog yang hebat yang mempunyai unique visitor melebihi 10 ribu sebulan. Tetapi harus di ingat saya pun menuju kearah tersebut.

Selain daripada yang saya sebut diatas, pemantapan seo juga penting untuk memastikan blog ini dikunjungi bukan hanya semata-mata dengan kaedah seperti blogwalking ataupun promosi dan sebagainya tetapi trafik secara semulajadi (organic) daripada search engine adalah penting untuk memastikan lebih ramai pengunjung datang ke blog ini.

sumber trafik guna google analytics

Sumber trafik blog ini secara keseluruhannya datang daripada referring site seperti blogwalking, top commentator di blog-blog rakan, ping gengblogger, facebook dan sebagainya ialah sebanyak 38.96 % dan apa yang saya pasti suka dengan figure di atas ialah trafik dari search engines ialah sebanyak 45.44%, jadi trafik blog ini banyak disumbangkan melalui search engine dan itulah yang di idamkan oleh ramai blogger. Trafik semulajadi akan datang ke blog sekiranya blog kita sudah mesra seo ataupun dengan kata lain kita mengoptimakan seo blog.

Sebagai yang terakhir, perlu ke saya buka slot iklan untuk blog ini? ataupun artikel yang berbayar memandangkan trafik dari search engine adalah mewakili majoriti pengunjung blog ini. Persoalan ini mungkin rakan-rakan lain yang boleh menjawabnya. Sekian

Artikel yang berkaitan

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

48 Maklumbalas kepada: Analisa trafik bulan jun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge