Berkursus boleh hilangkan stress di tempat kerja

Umum
29/10/2011 | 13 komen »
asrama dahlia, akademi bomba dan penyelamat malaysia kuala kubu bharu

asrama dahlia untuk budak-budak rekrut

Semenjak dua menjak ni banyak baca blog kawan-kawan cuma masa yang menyebabkan tidak sempat untuk meninggalkan komen. Tambahan lagi dah macam nak jadi blogger yang berpencen aku sekarang ni. Seminggu aku pergi berkursus di Kuala Kubu Bharu dan apa yang boleh aku katakan ialah sekurang-kurangnya dapat mengurangkan stress di tempat kerja.

Seminggu melupakan keyboard, monitor, pelan di tempat kerja memang seronok sebenarnya dan hanya fikirkan tentang apa yang diajarkan dalam kursus sahaja. Malam pula hanya dok dalam bilik sambil berehat dan menonton tv tanpa gangguan haha..

Itu sebab aku katakan berkursus boleh menghilangkan stress seketika di tempat kerja, tapi bila dah balik ofis stress datang lagi dan itu biasa la, kehidupan seorang pekerja.

Salah satu aktiviti yang aku lakukan bila ada sela masa waktu berkursus ialah mengambil gambar, hobi ni dah dekat 5 bulan dan salah satu cara untuk aku menghilangkan stress ialah dengan meluahkan perasaan dan menggambarkan di gambar-gambar yang aku snap. Nak belajar teknik-teknik yang macam abang Azman Ishak kita masih belum sempat lagipun dia guna lense mahal mana boleh samakan dengan aku.

wifi dlink dekat asrama ixora

Wifi disediakan di depan bilik aku

Sepanjang seminggu duduk di asrama inilah wifi yang aku gunakan walaupun kadang-kadang internet mengalahkan zaman dial up suatu ketika dahulu. Apapun memang selesa asrama yang disediakan untuk pegawai-pegawai kanan yang berkursus, dapat bilik aircond ada comforter dah jadi macam masuk bilik hotel.

awana resort genting highlands

Awana Resort Genting Highlands

Eh kenapa dengan awana genting highland? Sebenarnya kuala kubu bharu dengan genting highlands lebih kurang sejam sahaja perjalanan dan kebiasaannya setiap tahun bila kursus yang melibatkan kepakaran luar negara macam yang aku hadir sekarang ni, mereka akan jemput peserta kursus untuk makan malam di Awana Resort Genting Highlands.

penyanyi dekat Restoran Rajawali, Awana Resort Genting Highlands

Nak ambil gambar penyanyi ni takder flash, jadi rendahkan shutter speed, naikkan iso dan ini je yg mampu

Sambil makan sambil mendengar pelbagai lagu yang dialunkan oleh penyanyi kat atas tu, semua lagu dia nyanyi dari english, melayu, india, arab semua ada.

cepat dan mesra, slogan jabatan bomba dan penyelamat malaysia

CEPAT DAN MESRA

 

tangga asrama

marilah menuju kejayaan di puncak

kosong

kosong dan sepi, nak bermain dengan emosi tentang gambar ni tapi tak reti

kenangan rekrut

bila lihat rekrut teringat 3 tahun lepas, macam tu lah aku..pakai seluar slack, baju kemeja putih, rambut pendek, tie dan sentiasa terkejar-kejar nak ke kelas

tekun mengambil exam

member lain dok tekun ambil exam hari akhir kursus aku dok sibuk nak snap gambar sana sini

Kursus ni memang ada exam pada hari terakhir dan yang membuatkan aku rasa malas bila nak kena ambil exam dalam BI, walaupun exam ni open book tapi sikit punya payah soalan dia. Tapi aku main belasah je sebab memang dah boring dengan exam, paling lama aku jawab exam ialah 45 minit dan masa yang diberikan 2 jam 30 minit.

review of fire safety engineering report

wordless

True aka benar

berkatalah benar walaupun pahit

pegawai kanan jabatan bomba

sila cari aku dalam gambar ini

 

Nota : Stress boleh hilang bila pergi berkursus tetapi nak lari dari stress memang tak bolehlah, macam air ada pasang surutnya, siang dan malam yang silih berganti dan roda yang berpusung ada masa dibawah dan ada masa diatas. Ok dah kelaut dah ni, lepas ni nak juga azman ishak la, amik gambar sama-sama.”

Artikel yang berkaitan

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

13 Maklumbalas kepada: Berkursus boleh hilangkan stress di tempat kerja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge