Kalau semalam aku menulis mengenai HIDUP SEORANG BLOGGER untuk pertandingan SEO Contest dan ramai blogger yang bertungkus lumus untuk menyiapkan entri berkenaan. Hari ini pula kerja sekolah yang diberikan oleh sifu Rohaizad mengenai Blogger yang terkentut dimana ini bukanlah pertandingan tetapi satu pendekatan baru yang dibawa oleh rohaizad.
Sebenarnya sudah 2 kali penganjuran penulisan sebegini dimana yang pertama dengan tajuk Blogger yang tersepit dan yang kedua ialah Kisah hidup blogger yang terdesak dan kali ini tajuknya pun dah macam lawak. Kalau nak buat cerita serius pasal terkentut ni susah gamaknya.
Blogger yang terkentut tu macam mana? Blogger tu hanya panggilan sahaja, jadi yang terkentut tu adalah manusia. Terkentut ni semua orang pernah mengalaminya bukan? yang pasti semua orang ada cerita dan kenangan masing-masing pasal terkentut.
Aku pula nak kongsikan sedikit pasal blogger yang terkentut ni dan aku nak tulis dalam 2 kisah terkentut.
Kisah terkentut pertama.
Kisah ini terjadi selepas aku sudah berkahwin dan ada satu hari tu aku dan isteri pulang ke kampung isteri di hujung minggu. Kebetulan semasa balik semua adik beradik isteri berkumpul di rumah.
Aktiviti macam biasa kalau balik kampung pastinya makan sedap dan selepas makan kami beramai-ramai berkumpul di ruang tamu untuk ber “borak” serta bergelak tawa. Nak dijadikan cerita tiba-tiba salah seorang dari kami TERKENTUT dan apalagi semua tergelak la, aku pun sama juga turut tumpang gelak sekali. Tapi yang paling aku tak boleh lupa ialah adik ipar aku yang paling bongsu tu tiba-tiba bersuara “eeee kentut, lain kali kalau nak kentut pergi toilet lah” haha inilah kali pertama aku dengar bila nak kentut pergi toilet. Ok tamat kisah pertama
Kisah terkentut kedua
Kisah ini ada kaitan antara pasangan yang sedang hangat bercinta dan juga yang sudahpun berumah tangga. Kalau dulu semasa sedang hangat bercinta masing-masing cukup takut bila tiba-tiba rasa nak terkentut. Tak nak pergi jauh, aku kongsikan pengalaman aku. Dulu masa bercinta kalau tiba-tiba rasa nak terkentut semasa tengah berjalan bersama pasti aku akan biarkan si awek jalan dahulu kehadapan dan bila lihat “line clear” maka bom akan dilepaskan selepas tu baru berjalan berhimpit kembali. Bila si awek bertanya kenapa tadi? macam-macam alasan yang diberikan, duit terjatuh lah, ternampak handphone cantik kat kedai handphone la padahal nak cover supaya awek tak tahu kita kentut.
Tapi bila dah kahwin dengan si dia tadi, bab terkentut ni dah buat selamba sahaja. Masa berjalan bersama tiba-tiba terkentut boleh buat selamba sahaja. Isteri tanya “abang terkentut ke tadi ?” dan si suami menjawab dengan selamba ” a’a terkentut tadi” . Itu kalau semasa berjalan-jalan belum lagi terkentut dalam kereta dengan aircond yang sejuk, terkentut di rumah, dalam selimut dan pelbagai situasi lagi. Semuanya tak hairan, si isteri pun sama terkentut dengan selambanya. Ok tamat kisah terkentut
.
.
.
.
.
mijie-nak terkentut rasanya nak siapkan artikel ni tak seperti artikel HIDUP SEORANG BLOGGER semalam, kali ini betul-betul mencabar jiwa untuk menyiapkkannya
macam lawak jer yang sifu rohaizad beri ni huhuh..tapi best dapat ingatkan kisah silam
tu la pasal, sampai nak terkentut di buatnya bila nak menulis post ni
hahahah…kenangan yg sentiasa melingkari diri..sbb tiap2 hari kentut..hehe
kenangan ape kah?? hehhee
hahahaha….bese ar tuh…dah kahwin rasanya sape la nk kontrol lagi…dok serumah tuh,, penat la nk kentut nk lari g tmpt lain..hehe…
hahaha tahu takper
tapi tak taw pun mijie..tak kawen lagi..haha
haha
dah kawen nnti..pasti tau…hehhee
hahaha..
kelakar la entri ni..
tapi best..
terkentut membawa hikmah…kihkih
hahaha ” terkentut membawa hikmah ” pepatah baru ni
haha…
betul3..
buat toksik dalam badan..=)
hihi
wahahaha… orang yg dah berumahtangga memang camtu kan. sebelum = bersegan-segan, selepas=tak segan langsung! haha.. nice!
haha, lumrah hidup agaknya
masa sebelum kawin kena jaga adab dan sopan untuk menambat hati sidia. bila dah kawin kan dah dapat, tak perlu nak beradab sopan lagi.hehe..
haha, tapi itulah yang selalu terjadi kan
takpe angin banyak dalam badan tuh..kasi buang ..hehehe
yer kasi buang sama dia, tapi kn toleh kiri kanan belakang dulu sebelum buang
kalau nak diikutkan banyak sangat cerita pasal kentut ni..ada yang memalukan dan ada yang melucukan..
betul tu, kisah kentut pun banyak dia punya version
Yang membaca cerita ini pun sampai nak terken**t dibuatnya. Kelakar la
nasib baik tak terkentut
ala,mijie…..kalau masa tengah bercinta tu nak terkentut pun tak pe sebab semuanya tengah “wangi-wangi” belaka
hahaha betul la abg joe, time bercinta tu semuanya indah
hahahahha..baik punyelah bang joe…semuanya indah dan wangi..
pssst..ke ade yg siap simpan dalam botol..buat ubat demam rindu…hohohoho
erm betul tuh… biasa kalau nak kentut dekat public nie …terpaksa cover… wahhh …
hehehe itu sebenarnya untuk menjaga imej kan
bangsa arab x kisah kalau kita kentut. kalau kita tengah makan bersama-sama ngan dia pun jika kita kentut dia akan tepuk kita kata bagus. angin keluar tu menyihatkan badan. tapi kalau kita sendawa dorang akan anggap sangat tidak sopan.
ini cerita dari sahabat saya yang belajar kat al-azhar dan bekerja disana lah. saja nak kongsi. hehe..
saya dulu pun pernah dengar cerita begini dan ada org ckp mat salleh pun sama
aku sahkan perkara ini memang betul….masa dalam kapal dulu benda ni berlaku.
biasalah selepas makan kelasi akan sendawa sepuas-puasnya dan hal ini amat-amat kurang disenangi oleh mana-mana kapten yang bukan berasal dari malaysia
rupa-rupanya sendawa itu dianggap kurang sopan berbanding dengan kentut…..kahkahkah
pengesahan sudah dibuat oleh abg joe
wahahaha!! tak sanggup nak cite kisah2 ni tapi so far xder kot kisah kentut2 melawak gini.gegegege
hehehe setiap orang ada pengalaman pasal terkentut ni kan
Mijie
betul tu. yg dah kawin memang dah tak payah cover line lagi. sifat malu tu dah hilang.
tapi kalu dengan org lain mmg cover habis, lbh2 kalu berhampiran lain jantina
kadang dengan member pompuan yg dah kenal selamba je kentut, hahaha
Kelakar tu. hi2.
hehe
Izad buat contest ke bro?
yer bro, masuk blog rohaizad
da masuk…sampai bila tu?
bukan contest lah,donny….sekadar .”kerja sekolah”,dah tamat pun
[30/8/2010]
ayat yang menarik tu..
memang pendekatan yang bagus untuk kembangkan idea menulis
terima kasih
Salam saudara..
saya hari-hari jadi blogger
yang terkentut nak menyiapkan
entri.he he
salam,
saya pun sama kadang2
hahaha…entry yang berbau kentut
memang benar sekali apa yg bro ceritakan tu hehehe
hahaha kuat tak bau dia?
cerita ini ada kaitan dengan penulis, hehe
Pingback: rohaizad dot com » Kisah Blogger Yang Terkentut…. yee haa!
hahaha..kentut pergi toilet? untuk apakah?
sebab tak nak bau nanti tersebar, haha
untuk apa? basuh muka lah sebab muka dah merah padam ….kentut boleh terlepas pulak !……kahkahkah
hahaha ada je abg joe ni
haha…bab kentut layan ja depan awek pun..bru leh tau tahap kesayangan mereka hahah
haha betul tu, satu alat untuk mengukur kesetiaan, haha
memang terbaik! sblom dan selepas kawen .. ahha. adei.. sabar2 tahan ketawa
hehehe
jangan gelak
hehe… x habis lg ka cerita kentut kentut
dah habis dah bro, hehe
mmg semua blogger penah kentut.. tul tu.. hihii.. dah tak de rahsia ye bila jadi suami isteri ni..
heheh tahu takpe