Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata dalam satu kenyataan hari ini kakitangan kerajaan akan mendapat bonus hari raya sebanyak RM500 bagi kakitangan kerajaan yang bergred 1 sehingga Gred 54. Ini merupakan Bantuan Khas Kewangan untuk hari raya nanti. Petikan berita tadi :
KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.
“Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Menurut beliau bayaran itu melibatkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.
Dalam pada itu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam dan golongan pesara seperti yang diumumkan hari ini.
Presiden Cuepacs Omar Osman berkata pemberian bantuan khas kewangan bagi Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu akan meringankan beban mereka ketika menyambut Aidilfitri bulan depan.
“Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu, ini sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang.
“Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam,” kata ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Beliau juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan bonus yang lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011 pada 15 Oktober ini.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh berkata pihaknya amat berpuas hati kerana golongan pesara tidak dipinggirkan.
“Kita ucapkan terima kasih dan menghargai keprihatinan Perdana Menteri yang mana setiap kali pemberian bonus atau bantuan khas, kerajaan tidak melupakan golongan pesara yang telah berkhidmat kepada negara,” katanya.
Raja Wan Mahmood berkata pemberian itu menunjukkan keprihatinan Najib terhadap golongan pesara selain meringankan beban yang ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah. — Bernama
Walaupun ia bukan dipanggil bonus tetapi dengan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM 500 ini dapat meringangkan bebas penjawat awam untuk membuat persiapan menyambut hari raya aidiltfitri. Aku pun tumpang gembira dengan bonus yang diberikan.
terbaik ni
banyak benda boleh lepas ngan 500 ketul tu hehehe
betul tu, boleh lepas duit minyak keter ngan duit raya untuk anak buah
heheeh
cayalah..
belanja sakan la no..hehe
em tak kot, berjimat cermat, hehehe
wah! 500. syukur2..bila la nak masuk kerja ni. belajar tak habis lagi. ROFLT!
rezeki di bulan ramadhan, em sabar pasni dah habis belajar boleh la merasa bekerja
merasa ke cikgu ? kalau merasa cikgu, dapat la aku merasa gak hehehe
untuk semua kakitangan kerajaan tu
cikgu pun dpt la tu
rezeki2…. tuh bro… boleh la beli apa2 yang patut untuk perayaan nanti..
tu la zik rezeki ramadan
separuh simpan,separuh dibelanjakan
betul tu bang joe, stuju
ye ker…? tak mungkin tue…..
simpan untuk servis keter, hahahaa sibuk la awk ni
Alhamdulillah, Syukur…..
Yang ni nak wat belanja mak ayah berhari raya…
bagus demo akma
Alhamdulillah…walaupun dapat duit raya sebanyak itu, pembelajaan kena la berjimat-cermat gak kan…:).Syukur lah lepas la bagi ank sedara aku 324 org semua huhu…
syukur alhamdulillah, rezeki ramadan kan
Pingback: durian runtuh | REZEKI MURAH
selamat sob..
yer selamat
haha. ini sudah bagus.
memang bagus, hehe tengah pokai lak tu
rezeki datang
thank you kerajaan kerana perihatin
yer, terima kasih kerana prihatin kepada penjawat awam
Hi Geng,
A’dulilah coz diberikan bonus.. bolehlah buat pembelanjaan raya nie..
Tq
tu la pasal, syukur rezeki yang dapat sblm raya
pekerja kerajaan sambilan n pks dapat ke? kalau tak dapat, memang la dianak-tirikan..huhu..
tak pasti la, kn tanya boss tempat kerja la
sepatutnya….perkiraan gaji kena ditetapkan oleh kerajaan…baru adil n saksama…walaupun kerja di swasta…kebajikan kena laaa dijaga jugaa…
banyak faktor yang perlu diambil kira untuk perkiraan gaji dan sebagainya
rakyat didahulukan pencapian diutamakan,,,,,,,cayalh
dan harapnya tahun ni dapat bonus kan
duit raya nieh..haha
hehe dapat buat raya dengan gembira skit
Ye la.. Lega sikit hati ni..
itula dapat meringangkan beban persiapan hari raya
Apa yang penting adalah kemampuan menyimpannya..
yer betul, kena pandai rancang kewangan
memang bagus pun dapat duit raya ni..
harap2 tahun depan ada lagi ye tak? hehe
hehehe kalau boleh bagi bonus 2 bulan gaji baru best, hehe
syukur, merasa juga dapat tahun ni..
besar tu nilai RM500, banyak benda boleh buat..
tu la, syukur alhamdulillah
alahai untungnya org yang bkjer kerajaan ..terasa cemburu pkl hee..
rm 500 tu bro mijie mcm2 dah blh dapat heee..
betul tu, banyak tu 500 kalau kita betul menggunakannnya
kakitangan sambilan dtempat sy paling sibuk diantara yg laen. tp bantuan raya hanya dibayar mengikut bulan yg kita hadir penuh.. kalau mereka ambil cuti bergaji pd bulan tue maka xdikira… aplah nasib!! hanya RM500 utk penghargaan pada kami pun nak berkira…
kami je yg kena redha…
saya tak pasti keputusan untuk pemberian bonus ini bergantung pada kementerian/jabatan atauapun SPA jadi sy pun nak komen tak boleh
memang….kami (sambilan) kire berkhidmat untuk kerajaan juga…tp alaun2 khas yang mcm ni..tiada ke untuk kami?
kjer lebih kurang gak ngn kakitangan awam lain…pertimbangkanlaaaaaa…
harap ada kakitangan kerajaan ataupun pegawai dari SPA tak pun menteri yang berkenaan membaca komen2 di blog ini supaya dpt membantu anda.
saya hanya menulis tentang fakta dan untuk membantu menyelesaikan masalah begini saya tidak mampu
brp aribulan dapat rm500 tu yer??? ada sesapa yg tau??
dengar ceritanya 6hb september, tapi tiada kenyataan rasmi lagi pasal tarikh sebenar
da kua arini (1 sept)….alhamdulillahhhh….
x ada pn kua arini…huhu
dah kuar dah, sy baru je check tadi
pg td kol 7 lebih lum kua…. pas kol 8 check da ada daaahh…
maybe kua berperingkat kot….
biasa pas kul 8 baru masuk
hmmm…sy tak dpt lg bonus rm500 tu…napa ye?
em dah tanya bahagian pentadbiran?
Syukur le jugak leh tampung ape2. Bagi yan susah cam teman ni ok lah banyak gak bantu.
itula kan
Masa kerajaan buat pengumuman mengenai bonus RM500 ada menimbulkan rasa kekecewaan kepada saya kerana saya bukan penjawat awam tetapi di saat menjelang Hari Raya syarikat saya buat pemgumuman 0.5%
rezeki masing-masing kan
aku dok dapat lagiiiiiii
naper tu eric, raya dah lepas dah
tu laa masalahnye…
raye dah lepas tp duit raye xdapat2 lg..
aduish mcm mane laa pihak kewangan ni.
pas delay2 lg..
sape yg patut dipersalahkan?
yg jadi mangsa kakitangan
cuba gi tanya kewangan tu apa masalah dia
p/s: eric dan abu orang yang sama yer?
dua-dua dari mukah sarawak ke
kenape jb perangkaan ta bayr lagi bonus raya..
budok keje banci sehari doh dapat aku yg sambilan doh 6 thn xdapat2 lg.
komen sket……..
encik abu, saya tak tahu nak komen macam mana, mungkin encik abu boleh tanya pengurusan tentang status tersebut, dapatkan penjelasan dari bahagian kewangan tempat encik abu bekerja
masalahnye name pun bonus raye… kesian sye xcukup duit raye.
mane peruntukan kerajaan bg kalau bahagian kewangan xbayar?
diaorg wat apa duit tu?
saya tak tahu la kes mcm ni, kalau boleh cuba tanya pengurusan lebih baik dari kita buat andaian dan tohmahan
p/s: encik abu ngan eric ni orang yang sama ek? saya tengok dua-dua dari mukah ni
same tapi xserupa…
bile tah nak dapat bonus raye ni
oh yer ke, by the way thanks, pasal bonus tu better eric tanya bahagian kewangan
hahaha… dah post kat sini br nak masuk..
test
Entri terbaru dari nurul..Sebuah kehilangan yang abadi….