Cerita suka suki dihujung minggu

Umum
08/08/2010 | 36 komen »

Hujung minggu pasti mood pun untuk berehat dan berjalan-jalan, jadi post hari minggu ini pun akan digabungkan dengan cerita-cerita pendek yang tajuknya diberikan ialah cerita suka suki dihujung minggu. Aku pasti hujung minggu ini adalah hujung minggu yang paling sibuk buat anda semua kerana ianya merupakan hujung minggu terakhir sebelum kita berpuasa sebulan di bulan ramadhan.

Cerita suka suki 1

fahim duduk di car seat baruMinggu ini aku berkesempatan bersama isteri dan anak berkunjung ke Jusco Taman Equine untuk membeli car seat yang baru untuk fahim. Mama long dia yang hadiahkan sempena hari lahir dia yang pertama (in advance) lagi 2 bulan. Fahim lahir bulan oktober tapi dah dapat hadiah advance dari mama long dia, yer lah, nanti tak dapat jumpa mama long juga time birthday fahim nanti. Lepas raya dah nak pergi sambung belajar ke UK.  Semoga mama long akan sukses disana nanti, kalau ada rezeki insyaAllah kami bertiga akan ke sana nanti.

Jenama car seat yang baru ini ialah Sweet Cherry dan nampaknya dari Car Seat, Stroller dan barang-barang lain fahim gunakan brand sweet cherry. Hargapun tidaklah terlalu mahal berbanding dengan jenama-jenama lain.

Car seat ini sebenarnya dibeli sebab car seat yang lama tu hanya untuk newborn sehingga 1 tahun, tapi fahim 8 bulan pun dah tak muat, kesian tengok bila dok dalam car seat  macam blogger yang tersepit jer. Untuk anda diluar sana yang baru bercadang nak beli car seat untuk anak anda, aku cadangkan beli yang jenis boleh isi dari newborn sehingga 4 tahun terus. Jadi tak perlu nak beli 2 kali macam saya. Beli sekali tapi terus boleh guna dari baru lahir sehingga 4 tahun, mudah bukan.

Cerita suka suki 2

Kesempatan hujung minggu ini juga aku mengambil kesempatan untuk menziarahi rakan aku masa belajar dulu yang baru mendapat cahaya mata ke 2. Babby girl juga kali ini dan yang sulong pun perempuan. Tahniah buat Cikgu Azli dan Puan Yaya kerana mendapat bayi perempuan yang sangat comel. Lama juga kami sekeluarga berada di rumah mereka dan macam-macam yang dibualkan.

Oh ya, nama anak yang kedua ini ialah Hana Arissa, comel nama tersebut dan mungkin nama tersebut dipilih oleh si isteri. Hana Arissa ni masuk 5 hari dah tanggal pusat, cepat betul dia tanggal pusat kalau nak compare dengan fahim, hari ke 9 baru tanggal pusat dan masa tu aku punyalah gelabah sebab tak pernah melalui pengalaman tersebut.

Sembang punya sembang, rupa-rupanya mereka membuat keputusan untuk berpantang hanya di rumah sendiri dan tak nak balik kampung untuk berpantang. Disebabkan oleh berpantang di rumah sendiri, banyak cabaran yang mereka lalui. Oh ya kawan aku ni mencari orang yang boleh menjadi pembantu rumah buat sementara waktu selema 2 minggu untuk menolong isteri dia yang berpantang seoarang dirumah. Kalau ada yang nak jadi pembantu rumah ataupun kenal-kenal bolehlah hubungi aku. Rumah kawan aku tu area Jusco Taman Equine.

Cerita suka suki 3

Kisah yang terakhir ini lebih kepada rungutan seorang pengguna, siapa lagi aku lah pengguna tersebut. Al kisahnya pagi tadi aku ke pasar tani Dengkil untuk membeli barang keperluan dapur untuk menyambut ramadhan. Semenjak kebalakangan ini aku perhatikan harga barangan sudah mula naik berbanding dengan minggu lepas.

ikan segar di pasar tani

credit to antara-sumber.com

Bayangkan aku beli ikan selar yang bersaiz sederhana 3 ekor sama dengan RM 6, fuhh seekor RM2 kalau sebelum ni aku beli 5 ekor pun baru RM 4-RM 6 maknanya kenaikkan pun sekitar 30%. Pastu sambil jalan-jalan sekitar pasar tani tu aku pun tanya ikan tongkol pula, harga ikan ni pun dah naik. Minggu lepas beli seekor harga baru RM 4 tapi hari ni beli dengan berat lebih kurang sama tapi harga pun dah sekitar RM  5.60.

Payah untuk aku ulas tentang kenaikkan harga barang ni, sebab banyak faktor kenaikkan harga ikan segar ni, faktor sempena nak bulan puasa dan hari raya pun boleh dikira juga. Pastu nak mengadu kat mana?

Jadi aku tinggalkan pasar tani tadi dengan sedikit rungutan kerana kebanyakkan harga barang-barang dari ikan, daging dan lain-lain sudah mengalami kenaikkan. Lain kali aku nak gi beli dekat pasaraya je lah, harga lebih murah berbanding dengan pasar tani. Ok lah itu sahaja kisah ke 3, anda pula macam mana? ada tak perubahan harga terhadap barang basah?

Tamat

Cerita suka suki dihujung minggu tamat disini. Besok hari isnin hari untuk bekerja :)

Artikel yang berkaitan

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

36 Maklumbalas kepada: Cerita suka suki dihujung minggu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge