Dari dunia online turun ke dunia realiti bersama @kujie dan @azmanishak di rumah kakjie

Umum
26/09/2011 | 26 komen »

fahim di rumah kakjie

Kalau dulu masa awal-awal aku menulis di blog aku mula kenal blog kakjie dan blog azmanishak tetapi masa tu mereka dah menjadi blogger hebat, kalau nak komen kat blog mereka pun aku dah segan apatah lagi nak jumpa mereka berdua lagilah buat aku segan.

Macam-macam perasaan timbul masa mula-mula dulu, diri sendiri cuba membawa anasir negatif seperti berfikir kalau jumpa mereka mesti aku ni dianggap mengambil kesempatan, nak tarik trafik sebab kenal blogger-blogger hebat seperti mereka dan segala macam perasaan negatif yang aku sendiri cipta.

Tapi semua tanggapan yang aku cipta sendiri itu adalah negatif semata-mata, selepas pertama kali berjumpa dengan azman ishak masa tu selepas aku mendapat HTC Desire Z dari maxis10 dan baru aku tahu si azman ni sempoi orangnya. Bak kata pepatah “tak kenal maka tak cinta” (erk..boleh ke pepatah tu, aku bukan gay ok haha). Selepas tu kami mula berkawan dari dunia online ke dunia realiti dan tambahan pula mempunyai minat yang sama iaitu “gambar”.

Lepas tu pertemuan demi pertemuan sehinggalah aku rasa macam alah kecik betul dunia ni. Nak dijadikan cerita adik ipar si azman tu adalah senior masa aku jadi rekrut dulu malah aku ngan adik ipar dia tu memang sangat kenal cuma berlainan pangkat sahaja. Ok stop dulu bab si azman sebab nantikan terbuka cerita dalam kain pula.

Kakjie pula aku kenal secara online dah lama cuma sekadar bertegur macam tu sahaja dan kali pertama berjumpa secara realiti ialah masa kakjie tengah uruskan rumah sewanya di serdang dan kebetulan masa tu aku memang ada di kawasan sana. Bila kali pertama berjumpa memang rasa macam, eh betul ke kakjie ni..dan itulah hakikatnya, apa yang kita rasa online tak semestinya betul semasa realiti.

Itulah hakikat yang aku tak pernah fikirkan, mereka berdua tidaklah seperti mana yang aku fikirkan sebelum ini dan selepas itu aku mula merubah tanggapan tentang kawan-kawan online dan kawan di dunia realiti.

Ok itu baru intro yang nak aku cerita ialah tentang jemputan ziarah raya yang kakjie jemput dekat blog dia, asalnya hanya dok berbicara dalam twitter sehinggalah masing-masing dok berbincang dan hari ahad ianya menjadi kenyataan.

Asalnya nak datang pagi-pagi tetapi memandangkan rumah pun dah seminggu lebih tak berkemas tambah pula isteri sekarang sedang berbadan dua jadi aku pun kemas rumah dulu dan selesaikan apa yang patut sebelum ke rumah kakjie. Lagiupun ini bukannya program atau majlis rasmi, kena ada pada sekian-sekian masa cuma masing-masing dah bersetuju untuk sampai ke rumah kakjie waktu tengahari.

Pertama kali sampai ke rumah kakjie rasa terpegun sekejap, wahhh rumahnya besar dan mendamaikan. Walaupun serendah tu dah banyak kali aku lalu bila berkursus di kuala kubu bharu.

Sampai ke rumah kakjie dalam 1.30 petang, si pakcik azman dah sampai setengah jam lebih kurang. Kakjie memang peramah sebab sampai je rumah dia dah disambut dan terus ke meja makan dan tak sangka kakjie buat makan-makan sebab niat kami hanyalah untuk berjumpa lagipun kakjie dah cakap bukan open house pun.

Yang pasti nasi ayam madu yang kakjie masak memang sedap dan aku dengan orang rumah tanpa segan silu makan bertambah, lepas tu makan pula pasta sup dan kali pertama makan serius sangat sedap, nak tengok feel aku tengah makan pasta sup masuk blog kakjie.

Lagi bertambah tak malu bila kakjie pun sangat peramah melayan kami sampai aku pun naik segan dibuatnya, terasa macam saudara mara pula walaupun kami hanyalah blogger yang kenal dari dunia online, baca juga apa yang kakjie tulis tentang kisah kami semalam dalam entri mereka bukan sekadar blogger.

Anak aku si fahim pula sibuk tak nak makan sebab dah nampak kolam kat rumah kakjie, memang dia suka sangat..tambahan pula anak si azman tu amirul dan pun berendam di kolam, tengok entri ni seharian di kujie’s water theme park yang azman buat.

Lepas makan aku pun pergi tukar baju renang fahim dan letak dia dekat kolam dan mula-mula memang dia takut-takut tapi lepas dah hilang takut bukan main seronok main kolam tambah-tambah amirul, intan dan kawan-kawan dia tengah mandi sampaikan aku nak suruh fahim naik pun dia tak nak.

Manakala si mak-mak dok berborak dan seronok tengok mereka walaupun sebelum ni mereka hanya berkenalan melalui suami masing-masing kecuali kakjie yang aku kenal dulu.

Walauapapun memang seronok bila berada di rumah kakjie dan hubungan antara blogger serta isteri masing-masing dah macam sedara mara terdekat.

Segan juga bila kakjie sediakan 2 bilik satu untuk si azman dan isteri dan satu lagi untuk aku dan isteri untuk berehat dan solat dirumanya. Terima kasih sekali lagi buat kakjie.

Itulah kali pertama aku dan isteri serta anak datang berkunjung di rumah kakjie, rasa macam dah biasa datang pula. Kakjie pula memang peramah dan aku pula macam kat rumah sendiri, siap masuk dapur lagi hahaha..maafkan saya kakjie atas perlakuan saya semalam.

Inilah kali pertama aku berkunjung ke rumah rakan blogger dan lama juga duduk rumah kakjie, pukul 5 baru bergerak pulang dan sebelum pulang along dan intan bawak kami ke air terjun serendah. Cantik tempatnya dan rasa rugi sebab tak bawa seluar spare, kalau tak memang aku terjun jawabnya. Lain kali mungkin boleh plan lagi pergi berkelah di sana..kakjie sebagai tuan rumah dan si azman jadi penganjur. Memang terbaiklah.

Ok jom layan gambar

fahim di tepi kolam

mula-mula takut nak mandi kat kolam

intan dan fahim dalam kolam

bila dah biasa terus masuk dalam kolam dengan intan, tengok lidah tengok lidah tu

fahim nak tangkap ikan dalam kolam kakjie

lepas mandi tukar baju, fahim nak tangkap ikan dalam kolam pulak

cari ikan kaloi tak jumpa, kakjie cakap sebab hujan..air keroh dan ikannya sembunyi bawah pokok teratai..jadi ikan talipia pun snap je lah

jeles sebab tak dapat tangkap yang kembang, kuncup pun jadilah

dslr sony alpa milik azman

ini kamera dslr azman yang mempunyai lense hebat 70-210 mm....GOTCHA, hahaha

Mijie-bila sesuatu perhubungan itu dibina melalui kejujuran, siapapun kita dan blogger macam mana pun kita ianya insyaAllah akan terus berkekalan.

Artikel yang berkaitan

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

26 Maklumbalas kepada: Dari dunia online turun ke dunia realiti bersama @kujie dan @azmanishak di rumah kakjie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge