10 hari berlalu blog ini tidak berupdate tanpa rasa bersalah dan nak kata tuan punya blog ni sibuk takderlah sampai mengalahkan PM tetapi itulah nasib part time blogger, ada ketika dia punyai masa yang banyak untuk berada ditalian dan kadang-kadang sehari suntuk tidak berada ditalian.

Gambar ini aku ambil pada waktu pagi (sunrise) dari bilik hotel puteri resort melaka, aku sendiri mengatakan ianya lemah kerana tiada POI yang best
Semenjak akhir ini juga banyak entri-entri dalam blog ini berkisar tentang gambar yang dihasilkan, sebenarnya bukan kekeringan idea untuk menulis seperti orang lain cuma minat atau hobi baru ini yang buat aku asyik nak pegang kamera sahaja. Jadi alang-alang ada hobi baru iaitu mengambil gambar aku pun sekalikan dalam entri blog ini. Blog lain dah banyak kan cerita itu ini, jadi biarlah blog aku macam ni.
Hari isnin petang aku ke melaka untuk bagi talk kursus yang dianjurkan oleh pusat khidmat kontraktor melaka dan seperti kebiasaannya aku akan bawa sekali keluarga aku untuk bersama. Kebetulan isteri aku memang teringin nak makan dekat muara sungai duyung tu jadi lepas sampai di puteri resort kami tinggalkan barang didalam bilik dan terus menuju ke restoran ikan bakar muara sungai duyung.
Jarak dari tol ayer keroh ke puteri resort lebih kurang 5km sahaja dan dari hotel tu ke muara sungai duyung lebih kurang 15km sahaja dan secara seriusnya aku bergantung 100 % GPS dalam telefon aku tu untuk sampai ke muara sungai duyung ni.
3 hari 2 malam aku di melaka dan hari rabu petang aku balik ke KL kembali dan semalam aku bercuti untuk temankan isteri aku check up di klinik bukit changgang. Jadi hari ni baru bekerja setelah 3 hari tak masuk pejabat.
Apa kata layan sahaja buah tangan dari melaka dan juga klinik bukit changgang yang aku ambil. Jangan malu untuk komen kerana aku masih mentah dalam bidang fotografi.

sampai je muara sungai duyung ni kami order kupang sweet sour, sotong celup tepong, sayur campur dan juga ikan siakap bakar biasa serta sambal...memang berbaloi makan disini kerana murah berbanding di KL

ikan siakap ni bakar biasa separuh dan separuh lagi bakar sambal, sedap dan murah..yang penting isteri puas hati dapat apa yang dia dok mengidam lama dah

dalam banyak-banyak gambar, yang ni paling aku suka dan aku pun tak faham kenapa aku suka sangat dengan gambar ni

oppss jangan la ambil gambar saya...[ masa ni dekat klinik bukit changgang ketika tunggu mama dia habis check up, nak dapat adik ni

aku juga cuba mengambil gambar dalam pelbagai genre dan nak mencari dekat mana yang paling aku minat, buat masa ni ambil masa untuk pelbagaikan terlebih dahulu dan belajar

cuba teka muhammad fahim sedang buat apa tu? gambar ni aku ambil gunakan live view terlebih dahulu dekat screen, dapat jarak yang sesuai dan titik focus lepas tu off live view dan snap sebabnya aku malas nak duduk untuk snap gambar paras bawah mcm ni

semasa aku ambil gambar ni aku cuba membayangkan aku sedang menggunakan lense yang boleh zoom sampai 200mm dengan bantuan VR II..haha berangan sungguh tapi harap ianya menjadi kenyataan hujung tahun ni
Itu sahaja koleksi aku kali ini dan sebenarnya semakin hari semakin banyak benda yang ingin aku cuba dengan kamera ini dan semakin hari aku rasa macam aku makin banyak perlu belajar.
.
.
Nota : Lepas ni nak banyakkan ambil gambar waktu malam dan bermain dengan landskap. Teruja bila tengok gambar-gambar orang lain yang sangat cantik dan tergoda.
mama menulis; gambar fahim kat bwah kerusi tu mama tau fahim tengah buat apa… hehehehehheeee projek besar tu……
terima kasih belanja kami makan kat muara sungai duyung….. next time kita makan western pulak ye.e….
sama2 la mama
sempat gi melaka sekejap jun lepas
tak bermalam pun, pulang hari je
gambar2 yang jelas macam ni memang seronok ditatap
Entri terbaru dari tehr..Siri Bercakap Dengan Ayah | Mata Hati
itulah cikgu…sepatut 2 hari jd 3 hari huhu
Bro ada beri sentuhan HDR pada gambar diataskan?
Entri terbaru dari akubiomed..Sekitar konvo Unisel
takder bro, hanya edit skit menggunakan photoscape, klik-klik je bro
belum sampai tahap untuk gunakan teknik HDR ataupun software yg effect HDR tu
baru hari ni dapat bace dengan tenang. semalam lewat sangat nak komen.
nak komen lebih… aku pon kelaut jugak.. haha.. ada beberapa perkara yang menghairankan aku.
1. adakah warna tu hang pakai dinamik range yang ade dalam kamera? ataupon hang tambah colour pakai software?
2. Gambar Fahim pada gambar 5 tu… aku rasa macam sikit pelik warna kulit dia.. bleh eksplain bro?
3. Komposisi pada gambar fahim no 2 dari bawah… aku sangat suke perletakan subjek ini. ada nampak cerita kat situ.
P/S: dah beli lense baru eh? 200mm? betoi ke?
Entri terbaru dari Azman Ishak..Fasa ke2 – PHP Projek: Transaction IN/OUT
1. dari kamera tu warna tu, aku hanya guna photoscape skit je edit.
2. warna kulit dia mcm tu sbb aku setting WB tak betul haha, pastu nak balance kan shutter speed ngan apperture dah jadi kelaut bila fahim asyik gerak je, aku malas nak fill in flash.
3. haha ni aku tak tengok kamera pun, on kan live view tengok balance skit terus snap
lense baru? haaha tunggu aku dpt claim mengajar tu nanti aku beli
berapa harganya tu…? fahim mintak hadiah basikal, mama pun ada mintak jugak…. boleh dapat ke tidak ye…? heheheheeheee mama suka gambar fahim tgh tut tut tut……
Entri terbaru dari nurul..Ramadan bulan mulia
tak lama lagi jadi pakar penembak bro..
masih lagi bertatih bro
Pernah 2 kali menginap dkt puteri resort…harga bilik agak murah & anak2 blh mandi swimming pool..cuma nk ke bdr melaka agak jauh jaraknya…Ikan bakar dkt umbai & pernu pn sedap jgk bro…
Entri terbaru dari Nadri..Adegan Keluarga APPLE
jauh pun tak jauh sgt pun sebab melaka tu kan kecik jer