Genap setahun blog muhammad tarmizi dot com

Umum
25/01/2011 | 71 komen »

Alhamdulillah hari ini 25 Januari 2011 maka genaplah setahun usia domain blog ini dan segala kejayaan, sedih serta suka duka yang dilalui oleh blog ini sepanjang setahun berada di alam maya ini akan diteruskan lagi. Walaupun bayaran untuk renew domain dibuat pada saat akhir iaitu hari ini tetapi ianya berjalan dengan lancar, kalau tidak mungkin esok anda sudah tidak dapat lagi melihat blog ini.

cara nak renew domain di netklTengok sahaja invoice dari NetKL yang dibayar pada malam ini sebelum pergi MyMydin tadi. Orang kata kerja saat akhir, kalau tak sempat bayar malam ni memang esok blog ini akan berkubur tanpa nesan, haha..

Kalau nak imbas apa yang dilalui sepanjang tahun ini sebenarnya banyak kenangan dan kalau ditulis mau sampai pagi esok pun tak habis, jadi aku tulis apa yang terlintas sahaja di dalam hati aku dan rangkuman secara keseluruhan sepanjang setahun blog ini bertamu di alam maya ini.

entri pertama blog mijie

Ini adalah entri pertama untuk blog ini dengan tajuk Selamat Datang ke Blog Muhammad Tarmizi Dot Com dan masa tu orang yang paling awal memberikan komen ialah sifu blog aku iaitu Rohaizad.com, Shahrul yang sekarang pun masih lagi mengunjungi blog ini walaupun jarang meninggalkan komen dan orang yang ketiga ialah sangilapi yang pasti semua orang kenalkan.

Bermula dari saat itu aku mula menapak dan belajar secara perlahan untuk menulis di blog ini mengikut olahan dan adunan aku yang tersendiri dengan menjadikan mereka yang telah berjaya dalam blog sebagai panduan. Apa yang dapat aku simpulkan ialah kesabaran dan kecekalan perlu untuk berblogging, seperti kata rakan seminar smartblogging aku Nazwan-beautifulnara.com ” berblogging itu ibarat melombong emas”.

Antara kenangan manis ialah bila blog ini mendapat tempat ke 3 (dah lupa) dalam pertandingan contest seo hidup seorang blogger anjuran denaihati.

Paling indah ialah apabila blog ini diberi peluang oleh maxis untuk menjadi reviewer untuk Maxis10 mencuba smartphone HTC Desire Z yang kini sudah menjadi milik aku.

Selain itu, hinaan, kritikan, tuduhan dan pelbagai lagi kata nista yang dilemparkan oleh blogger baru sudah lali ditelan oleh blog ini, namun demi minat terhadap blog aku teruskan jua. Hati kena kental kalau nak berblogging bukan.

Ok lah dah tak tahu nak tulis apa, macam-macam terlintas dalam kepala namun masa aku sekarang cukup terhad dan bebanan tugas yang ditanggung makin bertambah, blog ini mungkin akan sepi seketika dan diharapkan sepanjang blog ini dalam keadaan silent mood bolehlah menyelongkar artikel-artikel lama dalam blog ini, satu ruangan arkib dah diwujudkan di sidebar paling bawah dan juga boleh menjenguk di page sitemap.

Akhir sekali aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca blog ini, tanpa sokongan anda blog ini nothing..

Wassalam..

Artikel yang berkaitan

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

71 Maklumbalas kepada: Genap setahun blog muhammad tarmizi dot com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge