HIDUP SEORANG BLOGGER : Entri terakhir untuk seo contest

Umum
06/09/2010 | 21 komen »

seo contest hampir tamat

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan blogger semua,

Tepat jam 11.59 pm 06 September 2010 iaitu pada malam ini, pertandingan seo contest HIDUP SEORANG BLOGGER akan ditutup secara rasmi dan 12.01am 07/09/2010 keputusan untuk senarai top 10 akan diumumkan. Jadi diharapkan semua peserta akan berdebar-debar menanti keputusan tersebut, jangan ada yang tak ada selera untuk berbuka puasa hari ini sudah.

Untuk melihat senarai peserta yang layak untuk peringkat akhir boleh rujuk di blog denaihati selaku penganjur pada pertandingan kali ini. Semuanya hebat-hebat belaka, ada yang mempunyai PR 4, PR3 dan domain yagn sudah lebih dari 1 tahun dan blog ini pun masuk juga pertandingan ini namun domain belum sampai lagi setahun.

Ini adalah 2 entri wajib yang telah aku buat sepanjang penyertaan seo contest ini.

HIDUP SEORANG BLOGGER PART 1

HIDUP SEORANG BLOGGER PART 2

Faktor kedudukan dalam google

Antara kriteria yang google lakukan untuk menentukan kedudukan dalam cariannya ialah domain trust atau dengan kata lain domain tersebut telah dipercayai oleh google, sudah di index dalam search engine mereka. Faktor lain ialah Page Rank (PR) yang telah diberikan oleh google kepada blog/webstie/social site dan sebagainya. Selain itu juga dalam menentukan kedudukan mengikut keyword tersebut google juga melihat kepada kesesuaian dengan domain, meta tag, keyword dan juga description pada blog tersebut bagi membolehkan ianya di index dan mendapat tempat di google.

Update Blog

Banyak lagi faktor yang perlu diambil kira seperti kekerapan anda update blog, semakin kerap blog anda di update maka semakin kerap crwaler google akan masuk ke blog anda. Ini juga membantu anda untuk menduduki senarai teratas dalam carian google dalam sesuatu keyword yang digunakan.

Komen di blog

Komen atau perbincangan yang aktif dalam sesuatu entri yang diterbitkan juga banyak membantu untuk menduduki carian google ni kerana crwaler google akan masuk ke setiap entri sehingga kebahagian komen. Sekiranya crwaler tersebut terjumpa keyword yang relevant dengan keyword yang sedang di usahakan, pasti google akan mengambil kira untuk kedudukan dalam carian.

Anchor text dan Backlink.

Ini merupakan penilaian yang diambil kira oleh google untuk menentukan kedudukan dalam search engine mereka, Backlink dari blog/site yang mempunyai PR tinggi membantu kedudukan sesuatu blog tersebut walaupun blog anda hanyalah PR0. Anchor text untuk juga membantu google untuk menentukan kedudukan blog anda dalam sesuatu keyword. Tak tahu nak buat anchor text sila rujuk disini .

Faktor-faktor lain ialah seperti commentluv, ke aktifan kita membuat komen di blog-blog yang berada di top 10 tersebut, trafik yang tinggi dan juga cara kita optimakan blog tersebut. Boleh juga menggunakan signature di email seperti gmail, letakkan link di wall facebook anda ataupun myspace dan friendster

Perkara yang terpenting.

Ini hanya pada pandangan aku sahaja, perkara terpenting yang perlu diambil kira ialah entri yang dibuat tersebut mestilah mencapai peratusan yang tinggi tahap relevannya dengan keyword yang dipertandingkan.

Ok sekian sahaja untuk hari ini, aku doakan semua peserta pertandingan akan berjaya, yang tidak berjaya jangan kecewa kerana itu adalah adat dalam pertandingan, menang ataupun kalah itu sudah pasti. Tetapi yang penting ialah ilmu yang dapat dalam pertandingan tersebut.

.

.

.

mijie- malam ni 8.30 malam  perjalanan balik ke kelantan, jadi esok pagi baru melihat keputusannya, tak nak tangguh perjalanan kerana pertandingan kerana aku percaya dengan rezeki yang Allah sediakan.

Tentang Penulis: Admin

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

21 Maklumbalas kepada: HIDUP SEORANG BLOGGER : Entri terakhir untuk seo contest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge