Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan blogger semua,
Tepat jam 11.59 pm 06 September 2010 iaitu pada malam ini, pertandingan seo contest HIDUP SEORANG BLOGGER akan ditutup secara rasmi dan 12.01am 07/09/2010 keputusan untuk senarai top 10 akan diumumkan. Jadi diharapkan semua peserta akan berdebar-debar menanti keputusan tersebut, jangan ada yang tak ada selera untuk berbuka puasa hari ini sudah.
Untuk melihat senarai peserta yang layak untuk peringkat akhir boleh rujuk di blog denaihati selaku penganjur pada pertandingan kali ini. Semuanya hebat-hebat belaka, ada yang mempunyai PR 4, PR3 dan domain yagn sudah lebih dari 1 tahun dan blog ini pun masuk juga pertandingan ini namun domain belum sampai lagi setahun.
Ini adalah 2 entri wajib yang telah aku buat sepanjang penyertaan seo contest ini.
Faktor kedudukan dalam google
Antara kriteria yang google lakukan untuk menentukan kedudukan dalam cariannya ialah domain trust atau dengan kata lain domain tersebut telah dipercayai oleh google, sudah di index dalam search engine mereka. Faktor lain ialah Page Rank (PR) yang telah diberikan oleh google kepada blog/webstie/social site dan sebagainya. Selain itu juga dalam menentukan kedudukan mengikut keyword tersebut google juga melihat kepada kesesuaian dengan domain, meta tag, keyword dan juga description pada blog tersebut bagi membolehkan ianya di index dan mendapat tempat di google.
Update Blog
Banyak lagi faktor yang perlu diambil kira seperti kekerapan anda update blog, semakin kerap blog anda di update maka semakin kerap crwaler google akan masuk ke blog anda. Ini juga membantu anda untuk menduduki senarai teratas dalam carian google dalam sesuatu keyword yang digunakan.
Komen di blog
Komen atau perbincangan yang aktif dalam sesuatu entri yang diterbitkan juga banyak membantu untuk menduduki carian google ni kerana crwaler google akan masuk ke setiap entri sehingga kebahagian komen. Sekiranya crwaler tersebut terjumpa keyword yang relevant dengan keyword yang sedang di usahakan, pasti google akan mengambil kira untuk kedudukan dalam carian.
Anchor text dan Backlink.
Ini merupakan penilaian yang diambil kira oleh google untuk menentukan kedudukan dalam search engine mereka, Backlink dari blog/site yang mempunyai PR tinggi membantu kedudukan sesuatu blog tersebut walaupun blog anda hanyalah PR0. Anchor text untuk juga membantu google untuk menentukan kedudukan blog anda dalam sesuatu keyword. Tak tahu nak buat anchor text sila rujuk disini .
Faktor-faktor lain ialah seperti commentluv, ke aktifan kita membuat komen di blog-blog yang berada di top 10 tersebut, trafik yang tinggi dan juga cara kita optimakan blog tersebut. Boleh juga menggunakan signature di email seperti gmail, letakkan link di wall facebook anda ataupun myspace dan friendster
Perkara yang terpenting.
Ini hanya pada pandangan aku sahaja, perkara terpenting yang perlu diambil kira ialah entri yang dibuat tersebut mestilah mencapai peratusan yang tinggi tahap relevannya dengan keyword yang dipertandingkan.
Ok sekian sahaja untuk hari ini, aku doakan semua peserta pertandingan akan berjaya, yang tidak berjaya jangan kecewa kerana itu adalah adat dalam pertandingan, menang ataupun kalah itu sudah pasti. Tetapi yang penting ialah ilmu yang dapat dalam pertandingan tersebut.
.
.
.
mijie- malam ni 8.30 malam perjalanan balik ke kelantan, jadi esok pagi baru melihat keputusannya, tak nak tangguh perjalanan kerana pertandingan kerana aku percaya dengan rezeki yang Allah sediakan.
hmm kita tunggu dah lihat siapa yang menang.. he he aku punya kedudukan hanya di tempat ke 16.. okay la tu..
16 …power tuh boss… aku cuma page yang ntah keberapa … hehe
Good luck bro.. makin berdebar lak..
tahniah bro, dah jadi top3
em sorry bro komen bro sangkut kat akismet
Tahun lepas beraya di kedah
tahun ini beraya di jengka
puasa sudah zakat pun sudah
beraya kita hindari prasangka
Lupakan sengketa bermaafan
dari hujung rambut ke hujung jari
halalkan kata-kata mana yang termakan
sesama muslim jauhi cakar-mencakari
bro, tak reti nak balas pantun, tp yg penting zakat sudah semuanya sudah
tunggu hari raya je dkt kelantan ni
wah…tahniah bro mijie…. yang penting dapat ilmu baru untuk belajar tentang seo nie…
sama-sama
dah dalam perjalanan la ni kot..heheh
selamat berhari raya bro
yer bro, masa bro komen tu saya dekat kuantan
ni dah pukul 12.53 pagi 7/9/2010 siapalah agaknya top 10 tu?
result dah keluar kat denaihati bang joe, alhamdulillah dpt juga 300 duit raya
wahh ! bonus dapat,duit raya dapat ! tahniah diucapkan,mijie !
….lepas ni lu dapat “duit lepas raya” pulak….agaknyalah….kehkehkeh
ameen, duit lepas raya dapat memang bestlah
raya ni pun banyak pakai duit
tu pasal gua kasi lepas raya…kahkahkah
hahaha cantik la tu, kalau lepas raya ok juga, sebelum dapat gaji ada org bagi gaji dulu, kahkahkah
kalah menang adat pertandingan
yang penting pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi
aku yang tak bertanding lebih pula bersemangat
hati2 memandu bro
salam lebaran
ok terima kasih bro
rezeki dapat rm300.00 abe mijie kita…
rezeki anugerah Allah
Pingback: Entri – Simple Collaborative Document Sharing Tool | Startup Websites