Hidup seorang blogger part 1

Umum
22/08/2010 | 105 komen »

hidup seorang blogger yang bermain facebook

Banyak kisah yang ingin aku sampaikan pada entri kali ini tapi biarlah aku jelaskan terlebih dahulu aku hanya HIDUP SEORANG BLOGGER secara part time sahaja bukannya sepenuh masa dan aku masih lagi bekerja sepenuh masa. Blogging hanyalah memenuhi minat aku yang mendalam terhadap dunia blogging.

Aku mula mengenali dunia internet ini sudah lewat iaitu sekitar tahun 1998 dan pada masa itu perkhidmatan email yang paling popular ialah hotmail dan masa tu aku rasa belum ada lagi blogger yang menggunakan gmail sebab secara rasminya gmail wujud pada tahun 2004. Aku mengenali dunia internet ialah untuk menggunakan email dan chatting menggunakan MIRC yang dulu amat popular. Email pertama yang aku gunakan ialah email hotmail dan masa tu microsoft belum lagi membeli perkhidmatan hotmail.

Seorang pelajar sekolah menengah

Masa aku mula-mula kenal internet dahulu belum ada lagi istilah blogger ni dan dapat gunakan email hotmail pun dah rasa macam bangga sangat sebab dah pandai menggunakan internet kononnya, haha. Email aku masa tu ialah mizie_98 dan sampai sekarang email tu masih lagi aku gunakan.

Selepas aku mula mengenali dunia internet melalui email aku sudah mula pandai menggunakan MIRC untuk chatting dan masa tu channel yang paling popular ialah #kampung dan itulah kerja aku bila aku pergi ke cyber cafe untuk menggunakan internet. Tahun 1998 aku rasa belum pernah terdengar lagi istilah blogger dan sebagainya.

Pelajar universiti


Dipendekkan cerita sampai sekitar tahun 2000 aku sudah mula belajar di menara gading dan pendedahan kepada dunia internet terus meluas dan pada masa tu search engine yang popular dan aku gunakan untuk mencari bahan ialah yahoo.com dan penggunaan internet aku hanyalah berkisar kepada carian maklumat.

Apabila masa terus berlalu dan semakin hari dunia internet berkembang pesat, sekitar tahun 2002 aku sudah mula aktif menggunakan mirc untuk chatting dan berkenalan dengan manusia di alam maya, jadi perkenalan dengan rakan alam maya hanyalah melalui laman sembang mirc sehinggalah Friendster mula diperkenalkan dan aku sudah mula menggunakannya.

Masa friendster diperkenalkan dan aku pada masa tu sudah terlalu taksub dengan laman sosial tersebut dan masa tu mana ada lagi istilah blogger dan menggunakan facebook, myspace dan sebagainya. Begitulah dunia internet aku pada masa itu, email dan juga friendster menjadi benda baru.

Sehinggalah masa terus berlalu dan dunia internet aku seolah-olah berkisar pada laman sosial dan perhubungan melalui email, walaupun pada masa itu blogspot sudahpun wujud tapi aku masih lagi tidak kenal istilah blog dan bagaimana untuk menjadi seorang blogger.

Tamat pengajian dan bekerja.

Pada tahun 2004 aku akhirnya berjaya menghabiskan pelajaran di universiti dan mula mencari pekerjaan dan dunia internet masa tu aku sudah mula kurangkan sehinggalah secara tidak sengaja pada tahun 2005 aku diperkenalkan oleh rakan serumah aku tentang blog dan juga menjana pendapatan melalui google adsense. Secara rasminya aku mula  memiliki blog ialah pada tahun 2005 dan mula menulis dan bolehlah panggil blogger masa tu kot. blog yang pertama aku ialah menggunakan platform blogspot dan masa tu aku memang betul-betul teruja. Walaupun wordpress sudahpun wujud tetapi aku masih lagi tidak tahu untuk menggunakannya.

Jadi kisah hidup seorang blogger yang bermula pada tahun 2005 dan menggunakan blogspot untuk blog yang pertama aku. Pada masa itu aku sudah mula kurangkan penggunaan friendster dan juga laman social lain seperti myspace. Aku pada masa itu sudah mula ketagih berblogging dan hidup seorang blogger banyak mengajar aku tentang liku-liku hidup.

Tamat Hidup Seorang Blogger part 1

Aku tamatkan kisah hidup seorang blogger part 1 ini disini dahulu dan akan aku sambung lagi tentang bagaimana aku mula mengenali wordpress, berblogging dan juga mendapatkan income melalui blog serta lain-lain. Secara ringkasnya aku buat rumusan tentang evolusi aku hidup seorang blogger dari tahun 1998 sehingga 2005

1998-aku mula kenal dunia internet dan memiliki email yang pertama dari hotmail

2000-sudah mula menggunakan search engine yahoo untuk mencari maklumat untuk membuat tugasan semasa belajar

2002-mula aktif dalam laman sosial seperti friendster dan diikuti myspace pada penghujung 2003

2005-aku memiliki blog yang pertama dan masa tu menggunakan blogspot

Itulah serba ringkas bagaimana aku mula mengenali dunia internet sehinggalah sekarang aku menjadi blogger part time serta buat duit secara sampingan melalui internet. Sekian

Nota : Entri ini diterbitkan bagi menyertai pertandingan contest seo yang dianjurkan oleh Denaihati.com

Tentang Penulis: Admin

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

105 Maklumbalas kepada: Hidup seorang blogger part 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge