p/s: klik butang play untuk melayan lagu ini sambil membaca artikel di bawah
Bila tiba hari isnin semua orang memang liat, yang bekerja rasa macam malas nak bangun pergi kerja. Si full time blogger pula hari isnin rasa macam malas nak buat post. Tak kira la apa yang anda lakukan pasti bila tiba hari isnin je semua orang melayan monday blues.
Pada pandangan peribadi aku, hari isnin memang hari yang sukar diwaktu paginya kerana setelah dua hari iaitu sabtu dan ahad bangunnya lewat dan mood bercuti masih lagi menebal dalam diri. 2 hari tidak menyentuh keyboard untuk melakukan kerja, membelek fail dan juga bermacam perkara lagi.
Tapi bila tiba hari isnin ianya nak kembali kepada asal seperti di hari jumaat, mood untuk melakukan kerja mahupun menulis blog masih lagi di tahap rendah. Sebab itu bila tiba je hari isnin masing-masing masih lagi dalam mood bercuti dan berehat.
Antara sebab mengapa kita terasa dengan monday blues ialah :
- Selepas hari jumaat kita akan melupakan tentang kerja dan mula merancang aktiviti untuk hari minggu, jadi pasal pekerjaan semua dilupakan.
- Malam minggu pasti ramai yang tidur lewat dan tabiat tidur pasti akan berubah pada hari-hari yang biasa. Kalau hari bekerja tidur awal tapi hari minggu pasti ada yang tidur lewat sebab keesokkan harinya tak perlu bangun awal.
- Hari minggu pula bangun tidak perlu bersiap untuk ke tempat kerja dan hanya bersantai dirumah ataupun berhari raya di rumah rakan-rakan (ini bagi musim perayaan).
- Kepala tidak serabut dengan kerja pada hari minggu jadi mood bercuti itu yang dirasai.
Jadi tibanya pagi isnin semua kebiasaan yang dilakukan pada hari minggu terus berubah, dari bangun lewat dah mula kena bangun pagi untuk bersiap ke tempat kerja, dari pelbagai akitiviti santai kena pula melakukan aktiviti rutin pada hari bekerja.
Full time blogger mungkin lain sedikit feel dia tentang monday blues ini sebab mereka tidak perlu bersiap untuk ke pejabat dan sebagainya.
Secara keseluruhannya bila hari isnin pasti ramai orang sebut tentang monday blues kan? tak kira anda blogger, bekerja ataupun peniaga..sedikit sebanyak anda juga akan alami perasaan yang sama.
So apa perasaan dan pendapat anda tentang monday blues?
suri rumah pun rasa ‘blues’ juga
sabtu ahad – tak cuci baju..keluar suka suki berfoye foye dgn family
bila isnin – kena tinggal sorang2…suami & anak2 ke sekolah….
blues nak kemas rumah bersepah 2 hari dgn kain baju berbakul2
agaknya begitulah yang isteri saya rasakan sekarang di rumah
aku masih bujang ni..ekekekekeke
hehe bujang ye, the time will come
aku pun ada terasa kemalasan nak p keja td. tp disebabkan aku ada hal penting(berkenaan kaspersky) nak uruskan awal2 pagi.. aku terus bangun dan amik baju yg x payah sereka pakai p ofis. hehehe.. mmg prepair baju tu sehelai ja x payah sereka lepas basuh. mmg jenis x kedut. untuk2 hari2 malas mcm nie la.
memang itulah yang selalu dialami bila menjadi pekerja, iron baju dan seluar
p/s: selalu suruh isteri gosokkan, tapi kadang2 aku gosok sendiri je
Pendapat saya tentang monday blues…tak selalunya akan berlaku…Cuba ikut rutin jam biologi kita seperti biasa, macam kalau waktu kerja bangun awal pada hujung minggu dan buat aktiviti yang tak dapat dibuat semasa hari bekerja. Tapi kadang2 “blues” akan berlaku pada hari lain juga.
betul tu sis, kadang2 je perkara ini berlaku dan time tu memang nak buat apa pun semuanya liat
oh baru ku tahu monday blues tu benda…haha
sbg student memang agak liat nak pi kuliah..^_^
hahaha ini monday blues ikut tafsiran aku sendiri
kekeke..
sama je kut semua..
bayangkan monday blues selama seminggu…
adeh….haha
hahaha mainan minda semata2
yeah! pandai bro mijie bermain dengan kata2..heee
ala bro, sekadar apa yang terlintas di hati, tu je
hurm betul tu.
terlintas difikiran pun apa salahnya luahkan sekali
luahkan apa yang termampu
Salam….
Aku sentiasa blues….walaupun tak kerja.tp kena bangun awal jgk sbb solat dan siapkan kelengkapan suami utk ke tempat kerja…..
kdg2 lepas semuanya beres, sambung tdo balik. selalunya dah tak ngantuk la kalau dah berjln sana-sini…inila peluang utk tgk blog…tp tetap malas nk up date….huhu..
sama macam bini saya je, hehe
Salam Miji. Interesting read and music pun sesuai dengan the topic
Memang almost setiap Isnin pun I rasa macam ni. Weekend mengisi masa dgn suami dan kwn2, then isnin pagi tiba2 terasa sorang di rumah mengadap komputer. Buat masa ni I bekerja dari rumah untuk menghabiskan thesis jadi memang kurang contact dgn org luar pada weekdays.
Ada interesting fact i nak share, sebagai vet kami ada satu penyakit dalam kuda yg dipanggil ‘Monday morning sickness’. It happens to horses yang diberi rehat satu atau dua hari (weekends) tetapi masih mengekalkan diet makanan yg sama dengan hari mereka aktif. When they start excercising pada hari isnin tu kuda terus boleh sakit, and kdg kala terus jatuh and mati. Nasib baik outcome ‘monday blues’ manusia tak drastik macam ni
Salam izmira, rasanya kita dulu satu matrik kan? ingat kelab ping pong
tentang kuda tu satu fakta yang menarik untuk dikongsi, terima kasih mira.
Nasib baik kan kita manusia tak kena pula monday morning sickness, huhu mungkin fitrah kita manusia berbeza dengan haiwan
p/s: awk sekarang tengah sambung master ke PHD dalam bidang veterinar tu?
Salam Miji. Yes, that’s right kawan matrik dan kelab ping-pong di KMK .
Mira sekarang dalam my final semester in PhD Sains Veterinar majoring in Genetiks Haiwan, InsyaAllah awal tahun depan submit thesis. Tolong sama-sama doakan ye
Okay take care and salam to your wife. Cantik family picture dalam facebook profile picture tu
good luck mira untuk PhD tu, saya doakan yang terbaik buat awak, amin
*ok nanti saya kirim salam kat dia..
hari senin jer mesti malas…. huhu…. nanti dah kerja tak tahu dia punya mood nya… lagilah … malas….
tahu tak per zik, the time will come
bagi orang keje shif, boleh dikatakan setiap hari jadi blues..hehe…mana tak nyer, susah nak tune otak, kejap kena tido siang, kejap tido malam…
cuma, tunggu masa jer tido terus, tak tahu bila giliran
giliran kita pasti akan datang bila sampai masanya
Arini layang keroncong, so semua pekerjaan berjalan dengan lancar… wahaha…
ini semua mainan minda, aritu aku ada kongsi tips untuk hadapi monday blues ni, mungkin boleh dijadikan panduan.
mungkin juga bro eizil, mainan minda…
p/s: nanti sy explore pasal artikel tu
Kedah = Sunday Blues.
Nak keluar pergi tempat mengajar, motivasi agak kurang. Pandu pula dlm keadaan kurang semangat.
Itulah apa aku rasa.
betul lah, dekat kedah kan cuti hari jumaat dan sabtu
hari yang baik untuk memulakan sesuatu yang baru dan terbaik dari yang semalam..betul tak bro Mijie?..
sangat betul donny, semuanya minda kita
best la layan lagu Still Got The Blues tu… sebab tu org panggil Monday Blues… kalau layan lagu blues nie memang syahdu.. malas jer nak gi kerja !!!! Haaaa !!!
hahaha sebab tu lagu tu aku suka dengar, memang layan betul
salam.
keadaan memang cam 2. sepatutnya kita kena tune lebih ap 2 dit la, semua ari bagi jadi sama rutinnya, cuman sabtu n ahad sibuk berblog sediakan bahan yg lebih, ari biasa X sempat. bangun kena awal gak 5 waktu 2 kena komplit, lebihkan cari bekalan, berziarah rmh rakan saudara mara dll. cuma tak de la tekanan sebab dilakukan sambil santai bersama famili.
yer betul yang penting kena tune supaya diri kita terlatih dan hari sabtu ahad boleh la bangun subuh then tidor balik, hehe
salam..
saya google juga mencari maksudnya
last jumpa entri saya sendiri..blues blogger
he he…
itu maknanya anda sudah biasa dengan monday blues
p/s jgn marah, gurau je
kelantan ‘sunday blues’
di sekolah biasanya hari ahad ada perhimpunan pagi
‘blues’nya mungkin kurang sedikit kerana awal pagi tak buat apa2, hanya duduk2 je…
yer la, ada 3 negeri yang ada sunday blues, hehehe terengganu, kelantan, kedah
kalau kat Kat kelantan takde monday Blues tapi Blues Pagi Ahad hahaha, Tapi Macam aku ni Kerja sendiri (Berniaga) tak berpeluang nak rasa benda ni sebab kerja tak ikut time, ada peluang je sebat
note : dulu masa kerja nga orang ingat kerja sendiri ni seronok, kalau malas boleh cuti je, tapi bila dah keje sendiri, demam pun sangup kerja gak
itulah yang dinamakan tanggungjawab sebagai peniaga kan, tiada istilah cuti
psikologi tu.. tapi memang benar.. time aku kerja makan gaji dulu.. pun sama gak monday blues.. malas gile nak gi kerja.. ha ha.. bila full time blogging tu lain sikit la.. kurang sikit effect monday blues..
p/s: thanks for the LINK!
betul tu kerja memang terasa skit, bila dah jadi macam bro nampak macam rilek skit,
pasal link to sama2
pada gua blues tu cukup indah
…..jadi gua pun hidup dalam blues tanpa mengira hari !
itu aku tahu, hehe blues bro memang terbaik
fuh nasib baik penyakit mondey blus ni tak terkena kat aku,..still bersemangat nak g kerja ..:-)
hehe bagus kalau macam tu
ahhh..isnin lagi..tiap2 ari isnin mesti ada entry monday blues kan..hehe
ni kali pertama lut, hehe isnin depan for sure takder lagi entri begini, hehe
Monday sgt blues kerana kita kembali kepada kerja kita dan sangat lama untuk menanti hari jumaat.. hahaha tpi tetap kena lalui jugak hari isnin tuh..
nak tak nak hari isnin pasti akan datang selepas hari ahad kan
para blogger tegar pun menghadapi monday blues jugak…fuhh..kesunyian
kesunyian yang melampau
pada aku,tiap2 hari pun ada blues,bukan monday je..kerja aku kena membaca je,so sampai satu tahap rasa nak tido je..penat mata dan penat otak duk membaca je..
hehe everyday blues
KG, kerja apa kena mambaca tu? buat archiving atau coding? teringat masa praktikal dulu (2007) kena jaga archive satu syarikat GLC ni. nasib je tak reti bahasa Cina & Mandarin, kalau tak sure saya kena baca semua newspaper tiap-tiap hari!
pegawai paten..kena baca spec invention orang..lepas tu buat research ada tak invention tu sebelum ni..
wow.. pegawai paten! ape ye yg saya nak paten kan.. hmm..
khairol, nanti tolong paternkan saya nyer contest tu, haha
asalkan invention korang baru,industrial applicable dan menyelesaikan masalah ..contest tak leh paten..sori bro
ahahah, gurau je bro
Freelancer pun ada Monday blues walaupun selalunya tak ingat hari tu hari apa. tau-tau blues aje. maybe ter’over worked’ kot
haha, semuanya bermula dalam diri
hari isnin memang liat sikit, sebab hari ahad ada macam-macam hal kena buat, kadang penat masih tak hilang. kalau hari lain cuma buat kerja biasa saja.
mungkin bagi sesetengah orang hari ahad boleh bersenang-senang, bangun lambat, santai dsb, tapi bagi saya hari ahad adalah hari yang paling sibuk….
hari ahad lupakan pasal kerja di ofis dan bersenang lenang bersama family disamping buat kerja2 part time
memang hari ahad lupakan kerja tetap, tapi kerja parttime dan hal-hal lain banyak yang perlu dilakukan, hal-hal yang tak dapat dilakukan pada hari-hari biasa kerana kekangan waktu bekerja.
betul tu, saya pun sama bang, sekarang ni terlalu busy dengan kerja