Kisah hidup blogger yang terdesak

Umum
17/08/2010 | 85 komen »

Cerita ini tiada kaitan samada yang masih hidup ataupun yang telah tiada, blogger yang terdesak ini dihasilkan adalah merupakan projek kedua yang dianjurkan oleh En Rohaizad yang sebelum ini telah berjaya dengan projek pertama iaitu Blogger yang tersepit. Aku nak kaitkan blogger yang terdesak ni kepada kisah dan pengalaman yang aku lalui sekitar penghujung tahun 2003.

blogger yang terdesak
gambar ini tiada kaitan dengan cerita

Sekitar penghujung tahun 2003 aku sepatutnya menghabiskan pengajian aku diperingkat ijazah sarjana muda masa tu di sebuah universiti tempatan, tetapi memandangkan kami masa tu adalah merupakan batch yang pertama belajar dalam tempoh 3 tahun dan sebelum ni dilakukan selama 4 tahun jadi aku tidak dapat menghabiskan pengajian selama 3 tahun genap disebabkan oleh jam kredit yang aku ambil terlalu sedikit pada tahun pertama dan kedua.

Nak tak nak aku terdesak untuk sambung lagi satu semester untuk menghabiskan pengajian aku dan masa tu pinjaman PTPTN aku hanya diberikan untuk 3 tahun sahaja. Jadi aku pun meneruskan pengajian selama 1 semester lagi tanpa pinjaman PTPTN kerana masa tu aku dah cuba untuk apply pinjaman tambahan tetapi jawapan yang diberikan ialah pengajian aku hanya 3 tahun. Sebarang tambahan semester tidak layak untuk mendapatkan pinjaman tambahan.

Jawapan yang diberikan oleh PTPTN menyebabkan aku terdesak untuk meneruskan pengajian, memikirkan yuran semester yang perlu dibayar sebanyak RM 1k lebih, nak bayar rumah sewa lagi 5 bulan, nak makan, nak beli keperluan untuk belajar dan semua persoalan tu membuatkan aku terus terdesak dengan hidup.

Akhirnya aku membuat keputusan untuk teruskan jua pengajian tanpa sebarang pinjaman dan bermulalah kisah hidup yang terdesak aku. Aku ingat lagi sepanjang semester tersebut aku jarang ke kelas kerana bermulanya semester aku dah mula membuat part time di kedai makanan segera iaitu Marrybrown untuk mendapat duit belanja dan juga membayar sewa rumah. Kelas dalam seminggu kalau ada 3 kelas aku hanya pergi sekali je. Adik-adik semua jangan tiru macam abang yer.

Disebabkan terdesak juga aku membuat part time di salah sebuah hotel yang terkenal di Putrajaya sebagai waiter untuk menampung keperluan perbelanjaan aku semasa belajar, bukan aku tak nak bergantung kepada keluarga tetapi ibu aku hanya bekerja sebagai penoreh getah sahaja dan masa tu ada 2 orang adikku yang masih lagi belajar dan aku tak nak menyusahkan ibu ku untuk berhutang dan bergolok gadai sana sini untuk memberikan aku wang saku. Aku sedar memang tanggungjawab ibu untuk menampung perbelanjaan aku tapi sebagai anak sulong aku tak sanggup menyusahkan ibu. Kalaulah masa tu aku dah hidup seorang blogger pasti tak perlu kerja part time lagikan.

Kerja sebagai waiter di hotel teramatlah besar cabarannya, aku kerja sebagai waiter part time jika hotel tersebut mempunyai majlis-majlis besar seperti annual dinner syarikat korporat, kilang, majlis kahwin dan sebagainya. Kalau dah hotel tu faham-faham lah yer, minuman keras adalah salah satu kebiasaan di dalam majlis-majlis besar sebegitu. Walaubagaimanapun dalam keadaan TERDESAK itu aku cuba untuk berbincang dengan penyelia menyuarakan kehendak hati aku, hanya satu permintaan iaitu aku tak nak dan takkan sesekali serve minuman keras kepada pelanggan hotel.

Nampaknya penyelia tersebut faham dengan kehendak aku dan aku boleh bekerja di situ dengan gaji RM 5 satu jam. Pelbagai dugaan dan cabaran yang aku lalui sepanjang bekerja di hotel tersebut, melayan karenah tetamu hotel, rakan-rakan di hotel yang terlalu sosial bagi aku. Tapi disebabkan terdesak aku meneruskan juga bekerja disana memandangkan gaji yang aku dapat kalau bekerja 12 jam dalam sehari sebanyak RM 60. Jadi seminggu dapatlah dalam 3 hari bekerja 60×3=RM180. Kadang-kadang aku bekerja sampai tidak berjumpa matahari pun, masuk kerja 7 pagi dan balik pula pukul 5 pagi esoknya. Yer aku pernah bekerja selama 20 jam di hotel tersebut.

Hasil dari dua kerja yang aku lakukan dapatlah menampung perbelanjaan aku untuk membayar rumah sewa, dan mengumpulkan duit untuk membayar yuran, serta membeli keperluan untuk belajar. Walaupun hidup dalam keadaan terdesak masa tu, aku juga mempunyai prinsip dan pernah orang lain mempertikaikan kenapa aku bergelumang dalam keadaan begitu? Aku tidak dapat memberikan jawapan kerana orang yang bertanyakan kepada aku tidak pernah menghadapi masalah kewangan, duit yuran semua ibu bapa tanggung, perbelanjaan dan sebagainya. Malahan disediakan lagi motorsikal untuk ke kuliah. Aku? hanya menumpang mereka dan pergi bekerja pun menumpang rakan-rakan yang bersimpati.

Itulah namanya hidup dalam keadaan terdesak, melakukan pekerjaan lain dan dalam waktu yang sama untuk belajar aku rasakan tidak mampu dan gaji yang diterima tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan dan sebab itulah aku memilih untuk bekerja di hotel. Walaupun bekerja di hotel tidak semestinya aku tidak solat dan juga minum arak, pilihan ditangan aku, jadi sebagai muslim aku masih lagi berpijak di bumi yang nyata dan masih sedar aku adalah orang Islam.

Aku hanya berhenti bekerja di hotel tersebut apabila berada di bulan terakhir sebelum semester tamat, itupun setelah mengumpul duit yang cukup untuk menyelesaikan yuran pengajian dan juga sedikit simpanan untuk membayar sewa rumah dan juga makan. Memang aku terpaksa berhentiĀ  bekerja masa itu kerana aku juga perlu bersedia untuk menghadapi peperiksaan akhir, menyiapkan projek tahun akhir dan juga mengulangkaji pelajaran yang dah beberapa bulan aku tinggalkan.

Alhamdulillah aku dapat juga menghabiskan pengajian aku dan dapat juga aku merasa memakai jubah konvokesyen pada tahun 2004. Tetapi kehidupan terdesak aku masih lagi panjang dan tidak berhenti setakat peringkat aku belajar sahaja.

Setelah aku berjaya menamatkan pengajian pada tahun 2004 aku memulakan kehidupan sebagai seorang graduan yang mencari pekerjaan. Setiap hari aku memohon pekerjaan dan juga menghadiri temuduga, tetapi rezeki aku belum lagi sampai dan untuk meneruskan hidup dalam keadaan terdesak aku bekerja kembali di hotel tersebut untuk aku teruskan hidup, membayar sewa rumah dan juga kos untuk menaiki bas bagi menghadiri temuduga.

Semasa belajar dulu orang kata ambil kos sains komputer senang untuk dapat kerja tetapi bila aku dah tamat pengajian semuanya indah khabar dari rupa. Persaingan terlalu sengit dan juga peluang yang diberikan adalah terhad disekitar tahun 2005. Jadi kehidupan aku masa itu ialah cari kerja dan buat part time di hotel.

Sehinggalah sampai pada satu tahap aku membuat keputusan untuk tidak lagi kerja di hotel dan aku bekerja secara full time di sebuah stesyen minyak dengan jawatan pam attendant. Aku masih ingat lagi masa tu dengan gaji tidak sampai satu ribu tetapi dalam keadaan terdesak aku teruskan juga kerja tersebut dan dalam masa yang sama jika ada panggilan temuduga aku akan bercuti.

Aku bekerja di stesyen minyak tersebut tidak lama, hanya sebulan kerana dek sikap majikan yang terlalu mengerah tenaga, semua kerja disuruhnya aku lakukan dan tak perlu aku tulis disini sehinggalah ada satu tahap dimana kali kedua aku tidak dibenarkan untuk pergi sembahyang jumaat dengan alasan bimbangkan keselamatan stesyen minyak bila waktu solat jumaat memandangkan pekerja lain ialah pekerja perempuan. Majikan aku takut kalau ada rompakan berlaku waktu ketiadaan pekerja lelaki seperti aku. Aku pun tak faham kenapa majikan tersebut bersikap demikian sedangkan dia juga seagama denganku. Jadi keputusan aku ialah berhenti bekerja. Buat apa bekerja kalau aku tidak dibenarkan melakukan rukun yang wajib aku lakukan sebagai orang islam.

Aku teruskan lagi kisah terdesak yang aku alami ini, selepas berhenti kerja aku hilang punca sehinggalah aku dapat bekerja sebagai buruh binaan di Kajang. Disebabkan terdesak aku sanggup bekerja sebagai buruh binaan di sebuah tapak projek perumahan di Kajang. Masa tu akulah pekerja yang mempunyai kelayakan paling tinggi untuk bekerja sebagai buruh. Ada ijazah hahaha. Pelbagai suka duka aku alami semasa bekerja di tapak projek, menggunakan tulang empat kerat, di bawah panas terik matahari tetapi aku meneruskan juga pekerjaan ini selama 3 bulan sehinggalah aku ditawarkan pekerjaan lain.

Akhirnya sinar harapan menjelma, kehidupan terdesak aku semakin hari semakin hilang, aku telah mendapat pekerjaan sebagai IT Executive di sebuah syarikat penyediaan mesin percekatan. Semua penat lelah aku sebelum ini akhirnya berakhir jua, disinilah bermulanya kerjaya aku sehingga sekarang. Jadi kisah terdesak aku berakhir disini dan tak perlu rasanya aku ceritakan sambungannya kerana semuanya indah sehinggalah ke jawatan aku sekarang.

Inilah gambar kenangan aku.

dubai dan singapura

Artikel yang berkaitan

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

85 Maklumbalas kepada: Kisah hidup blogger yang terdesak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge