Seperti biasa penutup setiap hujung bulan blog ini akan menulis satu post berkenaan prestasi blog ini setiap bulan, bulan lepas dah buat Review bulan julai dan bulan ini kembali dengan Review bulan ogos yang akan diulas mengikut format seperti biasa yang aku buat sebelum ini.
Statistik dari Awstats
Pertamanya aku nak tunjukkan tentang analisa trafik yang direkodkan oleh Awstats untuk bulan ogos, sila lihat gambar dibawah yer
Jika dilihat pada trafik bulan ogos ini terdapat peningkatan dari segi trafik yang masuk ke blog ini dan mungkin ini dinamaknya rezeki di bulan ramadhan kali ini. Jumlah unique visitors yang masuk ke blog ini ialah sebanyak 5344 berbanding bulan julai sebanyak 2501 dan peningkatan satu kali ganda.
Selain itu jumlah visit meningkat dari 5660 pada bulan julai kepada 12944 bagi bulan ogos dan boleh dikatakan semuanya meningkat satu kali ganda dan ini ada diluar jangkaan bagi bulan ogos ini. Secara keseluruhannya blog ini telah menerbitkan sebanyak 39 post untuk bulan ogos dan secara puratanya ialah 1 post untuk setiap hari, tetapi terdapat 2 hari blog ini tidak dapat menerbitkan post iaitu pada 20 dan juga 25 ogos. Bulan ini hangat sedikit sebab dalam masa yang sama blog ini tengah bertanding untuk SEO Contest HIDUP SEORANG BLOGGER yang akan tamat pada 06 September nanti.
Dari segi matlamat sebenarnya aku meletakkan target pada bulan ogos ialah sebanyak 3000 unique visitor seperti yang aku nyatakan dalam review bulan julai di sini dan alhamdulillah target untuk matlamat tersebut telahpun tercapai. Namun aku juga tidak dapat mencapai target untuk menerbitkan sekurang-kurangnya 1 post untuk setiap hari dan insyaAllah bulan ini aku akan dapat mencapainya, walaupun bulan ini adalah bulan paling kritikal bagi blogger kerana hari raya akan menjelma tidak lama lagi.
Ranking Alexa
Nampaknya pada bulan ini ranking alexa turun secara mendadak dan target aku untuk mendapat ranking di bawah 200,000 pada bulan Disember nanti sudahpun tercapai awal daripada yang aku jangkakan. Lihat screen capture yang aku buat dibawah ataupun kalau nak lihat secara live sila klik disini yer http://www.alexa.com/siteinfo/http://muhammadtarmizi.com
Dari segi trafik alexa ni aku tak faham tentang rank bagi malaysia iaitu di kedudukan 503 dan aku perhatikan blogger-bloger lain yang berada di ranking bawah aku untuk alexa trafik rank tetapi untuk malaysia mereka berada di tangga 1000 ke atas. Ada sesiapa yang boleh tolong jelaskan tak?
Itu sahaja analisa trafik yang aku nak buat untuk bulan ogos.
Post yang terhangat
Antara post yang terhangat sepanjang bulan ogos ialah:
Itu antara top 5 post yang terhangat bagi bulan ogos, pastinya bonus untuk hari raya yang menjadi carian ramai dan blog ini juga mendapat sedikit tempiasnya. Selain itu post lain seperti cara nak masukkan lagu dalam blog mungkin hangat pada musim nak raya dan malware pada blog juga mendapat ranking dan salah satu sebabnya ialah kesan dari gengblogger yang kena malware dan blogger yang letakkan banner gengblogger turut mendapat tempiasnya melalui pelayar google chrome
Post untuk promosi hari raya sekali seumur hidup juga menjadi top 5 dan mungkin orang mencari promosi barangan untuk musim perayaan dan harap anda semua jangan hampa kerana post tersebut adalah untuk promosi pemasangan blog, dan masih lagi dibuka hingga sekarang.
Pembaca dan pengomel setia
Tahniah buat 10 orang jurukomen hot untuk blog ini dan seperti biasa 3 orang yang teratas akan mendapat percuma iklan selama sebulan dan memandangkan sangilapi iaitu owner blog rezeki murah yang telahpun bermurah hati untuk memberikan laluan kepada orang lain maka zik akan mendapat tempat untuk iklan tersebut.
Selain itu tahniah juga buat ishakhasimi.com yang selalu berkunjung ke sini dan memberikan komen yang bernas, saudara samdaddycool, cik dila si penulis yang hebat, madlut rakan seperjuangan semasa seminar smartblogging, boy bersahaje ni orang hebat dalam SEO dan Backlink serta hadi rofiee.
Selain itu tidak dilupakan juga buat semua pembaca blog ini yang memberikan komen dan idea yang bernas dalam setiap perbincangan yang diadakan, jasa anda teramat aku hargai.
Sekian sahaja analisa trafik untuk bulan ogos dan diharapkan anda terus setia di blog buruk ini.
steady ni bro, semakin meningkat maju
terima kasih bro
he he tahniah semaik maju betul blog ko ni.. hmm biar aku tengok betul2..
tengok jgn tak tengok boss
tahniah juga bro Mijie!banyak peningkatan dari bulan lepas..
terima kasih, tapi blog bro lagi gempak
gempak sikit je bro haha
haha
Tahniah bro atas pencapaian yang telah dikecapi, semoga lebih banyak peningkatan akan diperolehi pada bulan september pula.
terima kasih, matlamat dan usaha kena seiring kan
yup sudah pasti…
matlamat semata, tanpa usaha, bagaimana akan membuahkan hasil.
semoga bertambah mantap bro..
bulan lepas aku tak tersenarai lagi dalam top 10 pengomen.. harap2 bulan ni boleh tersenarai..
terima kasih, insyaAllah boleh tu
“bulan ini adalah bulan paling kritikal bagi blogger kerana hari raya akan menjelma tidak lama lagi “….hahah,memang gua setuju !
gua rasa yang terjejas nanti alexa tu nanti,nak kecikkan angka berpeluh-peluh…….tapi kalau nak besarkan angka senang-senang je
tapi lu boleh buat liveblogging kan? selamatlah !
tahu pun, em live blogging ni time perlu je abg joe, kadang2 segan la nak buat live blogging..mcm ambil kesempatan lak
tgk keadaan la, kalau angka tu nak besar kembali nak buat mcm mana kan
janji happy untuk terus blogging, itu nombor belakang kira
blog lu mana mungkin membesar angkanya,mijie
….cepat susut lagi ada lah .
huhhu air pun ada pasang surutnya abg joe, kita tak tahu kan, manalah tau tetiba blog ni jd usang ke sekejap
wah mantap bro mijie….. alamak macam tak layak jer dapat banner tuh… huhu…
sudah rezeki bro
rezeki tu zik..kena berterima kasih dengan bro yang sangat baik hati sekali…
betul tu terima kasih kat abg joe
alamak siapa joe tu..haha
rezekimurah.com a.k.a sangilapi, ni mesti tak baca habis post ni, haha
huahua..kedapatan
boleh2..
rezeki tu..=)
Tahniah bro.. makin meningkat maju..
anyway, bukan ke tamat contest tu 9 september?
terima kasih
06 bro, 11.59, keputusan di semaka pada jam 12.01 am 7 september
heheeh check disini http://denaihati.com/hidup-seorang-blogger-entri-wajib-2
Oh.. aku tgk terbalik… ingat 9 hb.. hehe.. mujur gak bro mention.. thanks bro..
heheheeh sama2, blog bro dah mantap, aku nyer baru masuk 1st hari ni, dah seminggu terkeluar hari tu
tak de lah mantap.. biasa2 jer bro.. blog bro ni kekallah seminggu duk page 1 lepas ni.. kene menanam byk skit.. hehe..
bro pakai hosting apa yer?
heheehe letih bercucuk tanam, skrg ni tungg hasil esok dan lusa, kalau tak ok kena menanam lagi la
saya pakai hostgator
naper bro?
wah.. cepat cpt hasil tu bro.. murah rezeki tu..
tak ada apa, tanye jer..ingat bro pakai hosting malaysia punya.. hehe
oic, dulu ada la pakai, tapi sekarang pindah ke hosting us sbb senang skit, takder masalah
hehe..nama saya dalam senarai..hahaha…
hebat mijie, satu kali ganda tue naik..hehe
nanti pr naik, boleh masuk “wang sempurna”..hehe
hahaha senarai jurukomen hot dan ko memang hot Lut,
em harapnya pr naik lagi
hahaha..hot la sangat, aku rasa aku pun kena la wat review macam nie..baru boleh tau kan prestasi blog sendiri…
betul tu lut, selain prestasi kita menghargai pembaca
pastu kalau kita buat semua ni kita akan ada target
pergh terbaek r..just nk tnya penyumbang terbesar blog bro dalam menaikkan PR datang dari blog commenting ke?
banyok faktor, satu blog commenting, bakclink dari rakan-rakan
pastu trafik dari SEO, forum signature
Salam tuan..
terharulah namaku tercatit di blog hebat ini.. sungguh tak disangka..
t/kasih banyak2.
Aku amat2 menghargainya.. Huhu.
p.s: hmm..sedikit soalan, mcm na nak letak ‘senarai pengomen t’banyak di sidebar blog kita??
senarai tersebut kena install dulu plugin top commentator
boleh rujuk disini
http://www.muhammadtarmizi.com/belajar-wordpress/cara-install-plugin-top-commentators
Baik. Sekali lagi, t/kasih byk2.
Byk lg perlu dipelajari.
sama2 takper belajar pelan2
fuhhh…tahniah..power
biasa2 je sofian
kalah power mercun..haha
hahahaha
trbaik dari ladang ni bro,
pasal rank alexa malaysia tu aku pun sama,belum berapa pasti…tapi terbaik tu berada ditangga ke 500 dimalaysia..
hahah biasa je donny
aku yang ke 1000..tapi still x faham la..banyak nya blog kat malaysia ni
tu la, tunggu nanti expert explain
Semoga sukses selalu mijie..:)
Peningkatan yang sangat mengujakan..
thanks sis
boleh bah kalau warnie..
statistik bulanan nie sangatlah berguna aku tgk.. org lain pun boleh tau sejauh mana perkembangan ruangan santapan rohani dorang. aku ucap tahniah la sebab dah maju dan maju lg setiap bulan.
semoga idea senantiasa mencurah2 dan bolehla aku menyantap rohani di sini hari2
terima kasih saudara anwar
awat tak pasang commentluv?
akhirnya ada juga orang bertanya, huhuhu kakjie sebenarnya saya dah pasang sekejap commentluv tu, tapi masalahnya bila pasang jadi macam berterabur je bahagian komen, then cuba edit2 tapi tak menjadi
tu yang rehatkan sekejap commentluv, plugin tu dah ada cuma deacttivated dan insyaAllah selepas raya ni nak tukar theme baru yg boleh sesuaikan dengan Commentluv tu
ni lah yang leceh bila theme tak boleh nak ngam dengan plugin yang diinstall
tu la sebab aku ni tak expert nak ngedit theme, hihi kalau expert memang best la
mijie..lupa dah komen ker belom tapi tahniah taw..hehe..
hahaha komen je lah kalau rasa nak komen
oucchh..
tahniah2 buat commentor terbaik..
ha bro nak tanya, macam mana kita nak tengok stat gitu…dan pasal alexa in Msia tu pun tak pasti..
makin menaik ke, menurun entah la…=)
untuk stat yg pertama tu gunakan cpanel dan dalam tu ada Awstats
untuk yg kedua top 5 post tu gunakan plugin site stats
oh gitu erk..
terima kasih..
bertandang kemari dipetang hari…ada hal nak beritahu..klik link blog baru aku ni…
yer saya dah masuk, ada fungsi restore dak? cuba restore balik
ermm…tak pasti pula..nanti try balik
tergamam bila melihat carta alexa anda…fuyooo dasyat giler!!
orang lain lagi dasyat marcello
hallamak bro..cayalah!! ajarlah teknik-teknik nak bagi blog popular mcm bro ni…teringin jugakkkk rasenye….hehe..
nanti lepas raya akan di ajar, sekarang mode contest seo dan hari raya
mantap bro…tahniah
terima kasih, biasa-biasa je ni
terbaiklah..lagi gempak dari bulan julai..moge trus sukses…
sikit-sikit je
pergh…mantap la bro…memang byk pelawat unik tu. aku nak dapat 2k sebln pun payah…hehe
pasni blog bro akan naik mencanak juga
insyaAllah…tengah usahakan untuk dapat sesuatu yang mampu menaikkan trafik…sebab banyak entri yang lepas-lepas hilang begitu sahaja akibat pihak hosting yang tidak bertanggungjawab.
itulah dugaan HIDUP SEORANG BLOGGER bro
Tahniah boh…
Keep up blogging..
Keno lawan dgn demo ni..heheheh
mari kita berlawan secara sihat, haha
wah banyak tu..aku bulan ogos baru jer 13 ribu lebih unique visitor
lagi masyuk bro ni