Rezeki bulan november

Umum
03/11/2010 | 80 komen »

pemenang contest netkl

Bulan lepas aku ada masuk satu pertandingan affiliate yang dianjurkan oleh NetKL yang merupakan antara syarikat penyedia hosting yang murah dan stabil setakat ini. Dengan pakej hosting dari serendah RM 60 diberikan percuma domain pastinya ia satu tawaran yang menarik.

Apa yang ingin aku kongsikan hari ini ialah keputusan pertandingan Affiliate 2010 bagi bulan oktober telahpun di umumkan secara rasmi di laman web NetKL dan keputusannya seperti di atas. Memang aku tidak sangka kemenangan ini kerana ramai lagi mereka yang hebat di luar sana yang masuk pertandingan ini.

Walaupun aku berjaya menghasilkan jualan sebanyak RM 180 untuk bulan oktober dan komisen yang aku terima berjumlah RM 18 tapi rezeki bulan november untuk aku. Sebenarnya kalau nak diikutkan affiliate id 011 yang sepatutnya menang kerana berjaya membuat jualan sebanyak RM 700 tetapi memandangakn affiliate tersebut tidak menghantar maklumat penyertaan kepada NetKL maka secara rasminya pemenang adalah seperti diatas.

Mesti kamu semua tertanya-tanyakan siapa pemilik affiliate id 011 itu kan? Orangnya memang dikenali dan aku sendiri sangat mengkagumi beliau. Orang yang aku maksudkan ialah Mohd Zulfadli atau dikenali sebagai Smartzul dalam dunia pemasaran internet (IM). Aku sempat bertanya kepada saudara smartzul kenapa tak masuk contets ini dan ada alasan yang tersendiri dia berikan. Itu hak dia dan aku menghormatinya.

Memandangkan tiada keperluan untuk aku menggunakan hadiah yang diberikan jadi dekat sini aku ingin tawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk melanggang pakej Large Biz yang berharga RM 450 dengan harga tawaran iaitu RM 350. Ada 3 pakej tersebut yang diberikan tetapi aku hanya ingin jual 2 sahaja dan 1 pakej lagi aku nak bagi hadiah untuk contest yang bakal aku anjurkan dalam bulan ini. Kalau yang berminat boleh hubungi aku.

Nak lihat detail pakej Large Biz boleh rujuk di sini http://www.netkl.com/business.html

Cerita lain

Semalam aku sempat buat screen capture untuk jumlah komen yang ada di blog ini dan aku ingin berikan hadiah kepada pengunjung blog ini yang merupakan komen yang ke 6666.

komen yang ke 6666Pengunjung yang bertuah meninggalkan komen di blog ini ialah ProfHariz. Tahniah buat hariz dan juga pengunjung blog ini yang lain kerana tidak putus-putus memberikan sokongan untuk meneruskan kelangsungan blog ini.

Info tentang Hariz :

Merupakan anak kelahiran negeri yang dikenali dengan boria iaitu Pulau Pinang, hariz ni anak kembar yang pertama dalam 3 orang adik beradik. Masih lagi muda trang tang tang dan bergelar pelajar. Tagline blog beliau ialah “Hanya Sekadar Illusi“. Mungkin dia boleh jelaskan sendiri apakah yang dimaksudkan dengan hanya sekadar illusi itu.

Mempunyai cita-cita yang tinggi terhadap blog yang beliau miliki dan aku doakan semoga hariz akan terus berjaya dalam arena blogging ini. Satu sahaja pesan aku, jangan kenal erti putus asa jika inginkan sesuatu yang bernilai.

Bolehlah melawati blog beliau di http://profhariz.com/

Hadiah yang ingin aku berikan ialah iklan sebulan di sidebar blog ini. Hariz sila hubungi aku untuk hantarkan banner anda yang bersaiz 280 x 70 pixel.

Ok sudah tamat.

Artikel yang berkaitan

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

80 Maklumbalas kepada: Rezeki bulan november

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge