Santai dihujung minggu

Umum
01/10/2011 | 16 komen »

Kalau si Azman Ishak buat entri gambar-gambar yang diambil menggunakan kamera DSLR dia yang canggih manggih itu memang aku tak boleh nak lawan dia, lense dia pun dah 70-210 mm yang canggih. Aku hanya menggunakan kamera murah jer dengan kit lense dan kalau nak tengok hasil pun mana boleh celen si azman tu.

pasar siti khadijah kota bharu

Ni masa shoot dekat pasar siti khadijah kota bharu

Sebenarnya hampir 5 bulan aku beli kamera DSLR tu dan jarang sebenarnya aku letak hasil dari D90 tersebut, kalau ada pun banyak diletakkan dalam Facebook aku. Kebanyakkan gambar yang dah disimpan dalam hard disk laptop ni dan yang print kat kedai baru sikit sebab malas. Sepanjang memiliki kamera ni banyak juga yang dapat dipelajari dari belajar shoot panning semasa Japan GT lepas tu kenduri kahwin sepupu aku (jadi OP hari tu haha) lepas tu adik aku sendiri kahwin dan gambar-gambar lain yang sempat aku belajar iaitu shoot sunset dan lain-lain.

Apa kata layan gambar dibawah yang telah dirojakkan hasil dari beberapa bulan yang lepas dan kalau nak komen dipersilakan kerana baru belajar pegang kamera.

shoot dari tingkat 2 pasar siti khadijah kota bharu

shoot dari tingkat 2 pasar siti khadijah kota bharu, ramai yang suka shoot dari sini dan aku pun cuba juga tapi hasil ala kadar sahaja.

paramotor untuk dua orang

sepupu aku siap bawak paramotor sempenan wedding sepupu kami, siap dengan banner

gambar kahwin sepupu

gambar kahwin sepupu aku, yg ni aku edit

selamat pengantin baru

kelainan dalam wedding sepupu aku

layan gambar sunset di kuching waterfront

ni capture sunset masa kerja di kuching-lokasi kuching waterfront

kuching waterfront sunset

dari sudut yang lain di kuching waterfront

ikan siakap, sotong

menu masa berbuka puasa di hotel ioi marriot putrajaya

penyanyi masa majlis berbuka puasa di hotel

penyanyi masa majlis berbuka puasa di hotel

gambar eddie nokhtam hitam dan aisyahrozi

semasa pergi kenduri eddi nokhtahhitam dan asiyahrozi

mas kahwin di kelantan

mas kahwin adik aku, kat kelantan wang hantaran di isytihar sebagai mas kahwin

adik ipar

adik ipar yang tengah berdebar-debar sebelum akad nikah

gotong royong kenduri kahwin

di kampung, kenduri kahwin masih lagi dilakukan secara gotong royong

yonex badminton

shoot ni sebab nak betulkan white balance sebelum perlawanan badminton bermula di dalam dewan

perlawanan badminton tertutup JBPM HQ 2011

kalau nak shoot dalam dewan, jangan guna flash..kalau flash tak boleh guna, kena naikkan iso, f number kecik (apperture besar) dan shutter speed kn ikut untuk balance, jadi nak dapat yang tak blur susah la dengan kit lense

gaya seorang juara

gaya seorang juara

Ok dibawah ini adalah gambar terakhir untuk entri ini..

azman ishak dan amirul

wacaaaa....percubaan nak shoot lubang hidung azman tak dapat...ahahaha

Sebenarnya banyak lagi ilmu fotografi yang perlu aku belajar dan akan belajar dari masa ke semasa, maaf gambar kat atas tu tak cantik sangat kalau nak banding dengan gambar dari kamera hebat yang mempunyai lense zoom jauh si azman tu.

Minggu akan tambah koleksi lagi, jap lagi nak gi kenduri kahwin member, esok ke johor bharu, minggu depan ke sabah dan lagi minggu depan ke melaka…boleh tambah koleksi gambar

Artikel yang berkaitan

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

16 Maklumbalas kepada: Santai dihujung minggu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge