Tanggal 31 Ogos setiap tahun adalah merupakan hari yang penuh bersejarah bagi negara kita kerana ianya di isytiharkan sebagai hari untuk menyambut kemerdekaan negara kita yang tercinta iaitu negara malaysia. Jadi kesempatan ini juga aku sebagai rakyat malaysia yang cintakan tanah airku ingin mengucapkan selamat menyambut hari merdeka yang ke 53.
Tema bagi sambutan kemerdekaan tahun ini ialah 1 Malaysia, Menjana Trasnformasi dan rasanya tak perlu untuk aku hurai tentang tema sambutan kemerdekaan ini.
Aku sebagai rakyat malaysia amat berbangga dengan keamanan yang kita kecapi selama 53 tahun negara kita merdeka walaupun aku baru hidup tidak sampai 30 tahun di bumi bertuah ini namun aku dapat merasakan bertapa aman dan makmurnya negara kita malaysia.
Jika kita lihat di negara-negera lain yang bergolak, kekacauan, peperangan sana sini, siri letupan bom dan pelbagai ancaman lagi walaupun mereka sudah merdeka. Namun di negara kita ini dan setakat ini alhamdulillah kerana kita masih lagi hidup dalam keadaan aman dan makmur.
Adakah anda tidak berbangga dengan apa yang kita nikmati sekarang? setiap orang bebas untuk melakukan aktiviti yang tidak menyalahi undang-undang, setiap kaum dan agama bebas untuk melakukan aktiviti keagamaan mereka tanpa anda sekatan. Seharusnya kita patut bersyukur kerana Allah telah kurniakan keamanan dan kesejahteraan kepada bumi malaysia.
Dalam menikmati erti kemerdekaan kita seharusnya ingat dan mengenang kembali pejuang tanah air kita dalam mendapatkan kemerdekaan bagi negara kita. Mereka suatu ketika dahulu sanggup menumpahkan darah demi tanah air kita yang tercinta dan pengorbanan yang mereka lakukan teramatlah besar sekali.
Jadi kita sebagai rakyat malaysia yang sudahpun merdeka, adakah tidak mampu untuk mempertahankan kemerdekaan yang kita miliki ini? Kita tidak perlu lagi pergi berperang ataupun menumpahkan darah untuk kemerdekaan kerana negara kita sudahpun merdeka, kita hanya perlu MEMPERTAHANKAN kemerdekaan yang kita miliki sahaja.
Akhir kata, selamat menyambut hari kemerdekaan negara kita walau dimana anda berada dan ingatlah merdeka bukan hanya bebas daripada penjajah tetapi merdeka dalam erti kata kita benar-benar merdeka.
Inilah luahan hati HIDUP SEORANG BLOGGER yang inginkan KEMERDEKAAN tanah air tercinta akan terus berkekalan selama-lamanya.
salam merdeka bro mijie…
ye betul tu..
kita perlu pertahankannya…
salam merdeka,
pertahankan selama-lamanya
yeah.. hidup Malaysia!!
yeah
hidup blogger?
HIDUP SEORANG BLOGGER
hehe
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 53. Semoga nikmat keamanan dan ksatbilan berkekalan. Amin.
semalam best
ameen
Salam Merdeka bro..
Bersyukur kita menyambut kemerdekaan sekali lagi dalam bulan ramadhan yg mulia ini dengan penuh aman dan harmoni
insyaAllah bro, semoga merdeka ini adalah yang terbaik untuk kita semua
Bersyukur atas nikmat kemerdekaan ini.
Salam merdeka juga.
sukran…malaysia aman dan makmur
salam merdekan
semangat ni bro..hehe,semangat blogger kental
mesti ada apa2 hehe
serius entri ini sebenarnya untuk kemerdekaan dari luahan hati
merdeka aku taun ni mcm xmeriah ler … xtau nape huhuhu
janji kita menghayati merdeka walaupun tanpa mercun, konsert dan sebagainya
Salam Merdeka !
Hargai apa yang sedang kita miliki saat ini…kemerdekaan
salam merdeeka
betul tu kakjie, kita hanya menerima merdeka dan kita perlu mempertahankan kemerdekaan yang kita miliki
salam kemerdekaan di bulan yang mulia
salam merdeka
selamat hari merdeka bro..
selamat hari merdeka
salam hari merdeka bro…. harapnya lepas ni semakin jelas erti kemerdekaan
yer betul tu etomyam, erti kemerdekaan kn jelas
tugas mencapai kemerdekaan sudah digalas oleh generasi terdahulu,sekarang tugas mengekalkan kemerdekaan terletak pada generasi kini.
lalu gua teringat akan kata-kata orang lama ” mengekalkan itu lebih sukar dari mencapainya”……dan gua akui akan hal ini semakin terbukti
sangat setuju dengan pendapat abg joe, tugas untuk mempertahankannya adalah satu tugas yang sukar
selamat menyambut hari kemerdekaan bro mijie…. yeah!!
selamat hari merdeka zik
semalam dalam berita, 22 pasangan kapel kena tangkap khalwat time merdeka..alahai, ada jugak..
itu namanya nak dapatkan anak merdeka, hohoho gila mereka tu
bro. sampai bila rasa negara akan maju dan bertambah maju lagi. sekarang ada bambang dari indon berani memanggil Dato Najib kita ‘anjing’. how?
maju terletak kepada kita, keinginan, dan juga peracangan dari pemimpin atasan
pasal memanggil PM kita begitu terpulang pada mereka, kita tak boleh menutup mulut mereka
kita tak mungkin tutup mulut mereka. tapi kita mampu buat mereka tidak berkata begitu lagi. yes. tapi.tengoklah anak muda sekarang. bendera sendiri dibakar. macam tak ada makna. dah tak nampak perjuangan untuk negara. masing2 untuk diri sendiri.
lagi 10 tahun?
kita berdoa semoga yang baik2 sahaja akan berlaku kepada negara yang kita cintai ini
selamat merdeka jugak mijie!!
yer, jangan merdeka di bibir mulut sahaja
datang dipagi hari tuan blog..
selamat pagi donny, hari ni otak beku jadi petang nanti baru ada entri baru
p/s: makan dalam betul ko donny
haha..tau tak pe
MERDEKA MERDEKA MERDEKA #MERDEKA53 (sambil berdiri tegak)
MERDEKA MERDEKA MERDEKA
kroh2… eh dah 1 september..hehe
hehehehe baru bangun ke
selamat hari MERDEKA !!!!
MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA
rasanya belum terlambat untuk ucap selamat hari merdeka untuk bro..
yer baru 2 hari merdeka, hehe
apa yang ada di postingan ini benar adanya, saya setuju dengan anda.
tq