Senarai 16 pasukan layak ke pusingan kedua piala dunia 2010

Umum
26/06/2010 | 35 komen »

Pusingan peringkat kumpulan dalam piala dunia 2010 sudahpun berakhir semalam dengan menyaksikan perlawanan diperingkat kumpulan H dan kumpulan G dimana menyaksikan pasukan Portugal dan Brazil terikat 0-0 tanpa jaringan, manakala satu lagi perlawanan di antara pasukan Ivory Coast menewaskan Korea Utara dengan jaringan 3-0. Walaupun menang 3-0 tidak mampu membawa pasukan Ivory Coast untuk layak ke pusingan kedua nanti. Hanya Brazil dan juga Portugal yang layak.

Manakala saingan peringkat kumpulan H menyaksikan Sepanyol menewaskan Chile 2-1 dan juga Pasukan Switzerland seri 0-0 dengan Honduras, dengan berakhirnya perlawanan peringkat kumpulan G dan H tersebut, perlawanan untuk 16 pasukan yang layak ke pusingan kedua nanti akan bermula pada 26 Jun 2010

Senarai lengkap 16 pasukan yang layak ke pusingan kedua (2) piala dunia 2010 ialah :

1. Uruguay

2. Korea Selatan

3. German

4. England

5. USA

6. Ghana

7. Mexico

8. Argentina

9. Netherland (Belanda)

10. Slovakia

11. Paraguay

12. Jepun

13. Brazil

14. Sepanyol

15. Portugal

16. Chile

Manakala perlawan pertama peringkat ke 2 akan bermula pada 26 Jun 2010 dimana pasukan Uruguay akan menentang Korea Selatan dan USA akan menentang Ghana

senarai 16 pasukan layak ke pusingan ke 2 piala dunia 2010Berikut ialah perlawanan di antara pasukan yang layak ke pusingan kedua dan pastinya beberapa perlawanan menarik dan dijangka sengit akan dapat kita saksikan.

Jadual perlawanan peringkat kedua seperti berikut

1. 26 Jun 2010

- Uruguay vs Korea Selatan

- USA vs Ghana

2. 27 Jun 2010

- German vs England

- Argentina vs Mexico

3. 28 Jun 2010

- Netherland vs Slovakia

- Brazil vs Chile

4. 29 Jun 2010

- Paraguay vs Jepun

- Sepanyol vs Portugal

Sudah pasti beberapa perlawanan menarik yang bakal menjadi tumpuan diantaranya pasukan German menentang England, Pasukan Argentina menentang Mexico, Sepanyol vs Portugal, dan beberapa perlawanan lain yang pasti menarik untuk disaksikan.

Setelah dua bekas juara piala dunia iaitu Perancis dan juga Itali telah tersingkir pada pusingan peringkat kumpulan itu menandakan pasti akan ada kejutan pada peringkat kalah mata ini. Sama-sama kita saksikan nanti

Ramalan saya ? Ikut hati saya penyokong England, tapi saya menjangkakan Argentina akan menjadi Juara Piala Dunia 2010

Artikel yang berkaitan

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

35 Maklumbalas kepada: Senarai 16 pasukan layak ke pusingan kedua piala dunia 2010

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge