Selamat hari raya aidiladha buat semua rakan blogger dan juga pengunjung blog ini, tiada yang istimewa melainkan dapat beraya bersama keluarga dan berkongsi pengalaman suka duka. Walaupun sambutan kali ini ringkas tetapi bermakna bila dapat beraya bersama keluarga, apatah lagi dapat berjumpa dengan kakak ipar dan keluarga yang sudah hampir setahun lebih tidak berjumpa kerana berada di perantauan.
Sepanjang hari raya aidiladha kali ini keluarga kami tak ambil bahagian dalam ibadah korban dan hanya sekadar buat makan-makan biasa sahaja. Pada malam hari raya sempat juga main bunga api yang dibeli oleh bapa mertua untuk cucu-cucu dia.
Salah satu minat aku bila menggunakan kamera DSLR ialah mengambil gambar bunga api pada waktu malam, nampak senang tetapi kalau tak kena dengan caranya memang tak jadi, inipun setelah pemahaman asas tentang cara nak mengendalikan kamera DSLR barulah aku berjaya ambil gambar ini.
Sajer nak kongsikan dengan kamu semua dan aku percaya kamu semua lebih hebat dan lebih tahu tentang cara nak ambil gambar bunga api pada waktu malam. Teringat waktu pergi kursus pengendalian kamera dulu ada tenaga pengajar bercerita tentang satu kisah iaitu bagaimana nak ambil gambar kilat, gambar bunga api yang mana ianya berlaku sekejap sahaja. Sebab tu orang kata sepantas kilat dan moment tu hanya sekejap sahaja, jadi bagaimana caranya.
Tertarik dengan penerangan dari tenaga pengajar dengan memberikan perumpamaan seperti ingin memikat wanita cantik untuk dijadikan isteri no 2. erk itu ayat aku tambah sendiri haha. Orang kata kalau nak tackle wanita cantik kita tak boleh kejar dia sebab semakin kejar semakin jauh dia dengan kita, so kalau nak tackle wanita cantik kita kena bersabar dan menunggu. Sebagai contoh kita perhatikan dekat mana dia keluar, jalan mana yang dia lalu so kita kena tunggu disitu untuk dapat bersua dengan dia.
Macam tu juga dengan kilat dan bunga api, ianya hanya berlaku sekejap dan ianya takkan nak tunggu kita on kamera, setting shutter speed, iso, apperture dan bagai lagi. Silap hari bulan baru nak tekan snap kilat atau bunga api dah habis.
Jadi kalau nak tangkap gambar bunga api ataupun kilat kita kena tunggu bila ianya muncul dan kamera pula kena dalam keadaan ready untuk release shutter speed itu. Kalau kamera DSLR Nikon ada fungsi yang dipanggil BULB, jadi fungsinya ialah bila kita tekan separuh shutter tu maka shutter speed akan dalam keadaan sedia untuk menerima cahaya, maksudnya sedia untuk menerima moment didepan lense. Cuma kena ingat bila dalam keadaan malam kamera takkan dapat buat auto focus dan kita takkan dapat tekan shutter tu separuh dan penyelesaiannya ialah dengan gunakan MANUAL focus.
Biasanya cara yang aku guna ialah gunakan auto focus dulu pada benda disekeliling sehingga kamera dapat focus dan boleh tekan shutter lepas tu tukar kepada manual focus dan setting kedudukan kamera ke tempat yang kita nak snap moment tu samada kilat ataupun bunga api. Lepas tu bila bunga api dah keluar tekan separuh shutter (cara yang terbaik ialah menggunakan tripod dan juga remote shutter release untuk elak blurr serta gegar pada kamera). Bila nak lepas shutter tu bergantung pada keadaan dimana kilat ataupun bunga api dah cukup cantik keluar dalam viewfinder kamera tu. Ok itu sahaja, nak lebih detail dengan video sila cari dalam youtube. Berlambak tutorial dalam youtube yang boleh belajar. Jadi layan beberapa keping gambar bunga api yang aku snap.
Ok dah habis gambar bunga api dan sorotan hari raya aidiladha diteruskan lagi dengan beberapa keping gambar yang sempat aku ambil semasa hari raya tersebut. Pagi selepas sembahyang raya aidiladha kami sekeluarga ke stesen keretapi segamat untuk menghantar kak ipar aku naik keretapi untuk ke Ipoh, dia nak balik raya di rumah mentua di batu gajah, perak. Sempat juga sementara nak tunggu keretapi sampai ambil beberapa keping gambar. Layan
Sudah habis sorotan hari raya aidiladha kali ini, sila berikan komen dan pendapat kamu semua. Walaupun entri ni dah kelaut dengan bebelan yang merapu dan siap macam nak buat tutorial lagi, apa-apa pun selamat hari raya aidiladha buat kamu semua dan semoga pergorbanan yang kita lakukan semua mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah SWT, insyaAllah.
“Kan dah cakap, entri ni memang kelaut, sampaikan aku tulis cara nak ambil gambar bunga api, haha..”
Nota : Lepas ni nak ajak rakan-rakan yang berminat dengan fotografi untuk sama-sama kita buat outing di KL dan kawasan sekitar, sama2 berbincang dan belajar untuk mengambil gambar, harap si Azman Ishak yang ada lense hebat sudi outing dengan aku walaupun dia dah ada geng sony iaitu yanmie.
aku blom tidok lagi ah wei. ape pon…aku dah tengok ni kat FB hang. memang nice. aku blom ade peluang prektis snap gambar bunga api. nanti ajar aku eh. thanks
p/s: hang camera mahai.. bley la.. tadek noise. :p EXIF kat gambar pon sorok. gile kemut. hahaha
Entri terbaru dari Azman Ishak..Semalam balik Pahang.. Hari ni dah balik Kolumpo!
giler keji komen diam2 muahahaa..apa2 pun aku pun masih belajar lagi, nanti aku ajar hang amik gambar kilat kalau berani ekekeke
kamera mahal menda bang, aku guna photoscape dia dah hilangkan exif le tew, nanti sat aku bagi kat hang EXIF nya
ni ha EXIF bunga api
Fstop f8
shutter speed guna BULB dan gambar 1st 4.3 sec
iso aku set 200
ok aku bukan kemut ok haha,
yg keretapi tu f9, 1/160 sec, iso 200
bhahaha teraser kau. padan muke, mengalahkan pro nak sorok exif. lol. sebenarnya tak kesah pon bro. haha.. jangan la terasa hati plak. saje je nyakat hang.
aku ade bulb function. tapi memang aku tak pernah terai. nanti kita test main light painting eh.
Entri terbaru dari Azman Ishak..Semalam balik Pahang.. Hari ni dah balik Kolumpo!
tambah lagi… story dalam gambar keretapi tu aku suke ah.
Entri terbaru dari Azman Ishak..Semalam balik Pahang.. Hari ni dah balik Kolumpo!
Saya pernah ambil gambar bunga api semasa sambutan Hari Raya. Terus terang bukan mudah timing mesti tepat.
Entri terbaru dari akubiomed..Sepetang di Pantai Puteri
selamat hari raya mijie, cantik shot gambar bunga api tu hehe, gambar no 3 the best!
Entri terbaru dari aimannajmy..Blog lu memang macam taik
Bagi aku yg tak der kamera ni gambar dah cantik dah…he3..
Entri terbaru dari azman..Busut ada penunggu
Terimal kasih bro